Arsenal dibelasah teruk

Monday, August 29, 2011
Young dan Rooney tampil gemilang dalam perlawanan


Oleh Happy Susanto

Manchester United berjaya memperolehi kemenangan besar 8-2 ke atas kelab rival Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

Perlawanan ini dilakari dengan hat-trick yang dicetak oleh penyerang Wayne Rooney, dua gol melalui tendangan percuma yang menarik dan satu lagi melalui sepakan penalti.

Kemenangan besar skuad Syaitan Merah ini merupakan detik kedua terbaik mereka sepanjang sejarah Liga Perdana.

Pasukan Sir Alex Ferguson mengawal perlawanan dengan permainan pantas dan menyerang. Pada minit kedua, pemain pertahanan Chris Smalling melakukan satu pergerakan berbahaya di dalam kotak penalti. Bola sempat menghampiri Tom Cleverley, namun tendangan pemain muda tersebut tersasar ke tepi gawang Wojciech Szczesny.

Fakta: Ulangtahun ke-125 Kelab Bolasepak Arsenal

Thursday, August 25, 2011
 

Komentar BBC, Martin Keown dan Lee Dixon merupakan dua orang bekas pemain pertahanan hebat di Arsenal. Martin disenaraikan dalam 20 pemain terhebat Arsenal sepanjang zaman, manakala Lee berada dalam senarai ke 21 seperti yang telah diundi oleh peminat melalui Arsenal.com.





(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Hambat Udinese, Arsenal genggam tiket ke Liga Juara-juara

Wednesday, August 24, 2011

Gol-gol Robin van Persie dan Theo Walcott membawa Arsenal mengubah dari ketinggalan dan menutup perlawanan di Friuli dengan kemenangan 2-1


Oleh Dede Sugita

Kemenangan ke atas Udinese dalam play-off Liga Juara-juara 2011/12 telah memastikan langkah Arsenal ke babak utama kejuaraan antara kelab termewah di Eropah itu.

Setelah membolosi wakil dari Serie A itu 1-0 di Emirates minggu lalu, the Gunners kembali menggasak Le Zebrette 2-1 pada perlawanan ke dua semasa mereka bertamu ke Friuli.

Fergie simpati nasib Wenger


LONDON: Bos Manchester United, Alex Ferguson memuji cara rakan sejawatnya di Arsenal, Arsene Wenger menangani tekanan selepas dikritik berterusan kerana melepaskan dua tonggak utama – Cesc Fabregas dan Samir Nasri – serentak sepanjang jendela perpindahan musim panas ini.

Pengendali dari Scotland itu juga menganggap spekulasi mengatakan Wenger bakal meninggalkan Emirates sebagai mengarut.

“Orang bercakap mengenai Arsenal dan Arsene yang akan meninggalkan kelab,” kata Ferguson. “Tetapi siapa yang dapat menggantikannya?

Manchester City ikat kontrak Samir Nasri 4 tahun

Tandatangan kontrak dilakukan selepas Nasri menjalani pemeriksaan medik


Oleh Donny Afroni

Pengejaran Manchester City untuk mendapatkan Samir Nasri akhirnya selesai setelah kelab dari Eastlands ini mengeluarkan wang €27,3 juta untuk mendapatkan pemain perancang yang berasal dari Perancis tersebut.

Sepanjang musim panas ini, City berterusan melakukan pendekatan terhadap Nasri agar berhijrah ke Eastlands. City akan mengikat kontrak Nasri selama empat tahun setelah menjalani pemeriksaan medik.

Juan Mata rasmi milik Chelsea

Mata berpeluang diturunkan dalam perlawanan minggu ini menentang Norwich


Oleh Donny Afroni

Chelsea secara rasmi mengumumkan telah berjaya mendapatkan pemain sayap Juan Mata dari Valencia. Pemain berasal dari Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun.

Mata sudah melepasi ujian medik, dan terus berlatih bersama rakan barunya. Mata berpeluang diturunkan dalam perlawanan pada minggu ini.

Bacary Sagna: Tanpa Cesc Fabregas & Samir Nasri, Arsenal masih kuat

Sagna jamin Arsenal masih mampu bersaing, walau tanpa kehadiran dua pemain tengah


Oleh Happy Susanto

Bacary Sagna yakin Arsenal masih mampu bersaing dalam liga teratas, meskipun terpaksa kehilangan pemain perancang Cesc Fabregas dan Samir Nasri pada musim panas ini.

Fabregas telah secara rasmi menyarungi jersi Barcelona, manakala Nasri sedang menuju ke Manchester City setelah memperolehi persetujuan dengan pihak the Gunners.

Pengurus Arsene Wenger telah membawa masuk Gervinho, Alex Oxlade-Chamberlain, Carl Jenkinson, dan Joel Campbell.

Bukan satu kebetulan apabila semua orang berhijrah ke City: Wenger

'Semua kerana wang'


LONDON: Pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengakui dia tidak pernah terfikir akan kehilangan Samir Nasri dan Cesc Fabregas serentak, tetapi percaya faktor ‘psikologi’ memainkan peranan dalam memaksanya melepaskan dua pemain itu.

Nasri yang meninggalkan Emirates untuk menyertai kem Etihad bersama Manchester City selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan harga 23 juta pound (RM113 juta) buat pemain tengah Perancis itu, bakal mengikut jejak bekas rakan sepasukan, Gael Clichy.

Wenger mengakui Roberto Mancini berjaya dalam usahanya memancing semua pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, apatah lagi disokong dana berterusan pemilik kelab berkenaan.

Everton tolak tawaran Arsenal untuk Phil Jagielka

Everton inginkan jumlah tawaran yang lebih tinggi


Oleh Happy Susanto

Arsenal telah mengajukan tawaran baru untuk mendapatkan permain pertahanan Phil Jagielka, namun ditolak pihak Everton.

The Gunners sedang mengalami hari-hari yang tidak menggembirakan sejak belakangan ini. Ini adalah kerana, beberapa ketika setelah kehilangan Samir Nasri yang keluar ke Manchester City, tawaran mereka terhadap Jagielka telah ditolak.

Sebelum ini, Arsenal juga telah kehilangan Cesc Fabregas yang sudah rasmi berhijrah ke Barcelona.

Dipetik melalui the Sun, Everton menolak tawaran Arsenal sebesar £15 juta. Mereka menginginkan jumlah tawaran yang lebih tinggi seminimum sebesar £18 juta.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Nasri dikecam pentingkan wang

LONDON - Samir Nasri dikecam oleh pemain baru Gunners selepas bintang Perancis itu meninggalkan Arsenal untuk Manchester City kerana mengejar tawaran yang lumayan.

Emmanuel Frimpong, 19, membidas Nasri yang bakal menerima gaji 175,000 pound (RM859,769) seminggu.

Pemain tengah, Frimpong menerusi laman sosial Twitter berkata: "Wang merupakan akar umbi kepada semua kejahatan."

Kenyataannya itu dibuat selepas Arsenal mengumumkan perpindahan pemain itu menerusi laman web rasmi kelab tersebut, kelmarin.