FA Inggeris dakwa Ferguson

Saturday, March 5, 2011
LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson didakwa melanggar peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kelmarin akibat kritikan terbukanya terhadap pengadil, Martin Atkinson ketika tewas kepada Chelsea.

Ferguson mempersoal keputusan Atkinson selepas United tewas 1-2 di Stamford Bridge, Selasa lalu.

Pengurus Red Devils itu berang dengan Atkinson yang tidak mengambil tindakan terhadap pertahanan Blues, David Luiz.

“Pengurus United didakwa kerana melanggar peraturan berkaitan dengan komennya kepada pihak media,” menurut kenyataan yang dibuat FA. Ferguson mempunyai tempoh hingga Selasa ini untuk membela diri. Dakwaan itu boleh menyebabkan beliau dikenakan hukuman denda atau penggantungan. - AFP


[Sumber http://www.hmetro.com.my/]