PENGURUS Tottenham, Harry Redknapp menafikan khabar angin dia bakal mengendalikan Chelsea.
Sebelum ini dakwaan tersebut, bertiup kencang mengaitkan nama pengurus itu antara calon untuk menggantikan tempat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti pada musim panas ini.
Namun, Redknapp pantas menepis dan menyifatkan ia hanya dibuat-buat.
Dia tidak sangka ada orang yang membuat spekulasi sebegitu.
“Saya tidak mahu ambil tahu mengenai perkara itu dan ia hanya spekulasi sesetengah pihak semata-mata,” katanya.
(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)
0 Komen:
Post a Comment