Wenger intai gelaran selepas pemain utamanya cerdas

Friday, April 1, 2011
Arsène Wenger amat mengalu-alukan kehadiran kembali pemain-pemainnya seperti Cesc Fabregas, Theo Walcott dan Robin van Persie pada hujung minggu ini dan menaruh kepercayaannya bahawa Arsenal mampu dinobatkan sebagai juara.

Oleh Lee Husson

Arsenal akan kembali ke landasan asal apabila berpeluang untuk mengejar gelaran mereka apabila mereka bakal bertemu Blackburn di Emirates esok selepas persembahan mengecewakan untuk terlepas tiga kejuaraandalam berapa minggu pada bulan lepas.

Wenger telah menerimabarita yang sangat diharapkan dengan bebasnya masalah kesihatan oleh Fabregas, Walcott dan Alex Song, sementara van Persie juga bakal beraksi selepas pulih daripada satu kecederaan lutut dalam tanggungjawabnya untuk persembahan antarabangsa.

“Kami telah mendapat kembali Fabregas, Song, Walcott and Diaby. Mereka semua telah kembali di dalam skuad,” kata Wenger.

“Robin kelihatan semakin baik. Dia akan berada di dalam skuad. Dia mendapat tenjahan di lututnya, tetapi dia telah menerima satu ujian pagi ini dan keputusannya memuaskan. Jika dia tidak mengalami sebarang masalah semalaman, dia sepatutnya OK.

“Saya sangat optimis dan saya selalu berharap ia tidak akan mengganggu. Namun kali ini ia merupakan berita gembira kepada kami.

“Ini bahagian terakhir bagi musim ini dan kehilangan seorang pemain kali ini pada asasnya seperti kehilangan mereka untuk semua baki terakhir sepanjang musim ini. Kami berada dalam persaingan terakhir untuk kejohanan ini maka kami mahu semua pemain-pemain ini terus ada.”

Wenger turut memuji kemampuan Arsenal, dan percaya pasukannya patut memenanginya dan mereka sepatutnya menamatkan kemarau trofi enam tahun mereka dan memperoleh gelaran Liga Perdana pada bulan Mei.

“Kami telah berada di satu larian untuk 12 permainan tanpa kalah dan itu merupakan sesuatu ketekalan,” katanya.

“Kami keluar menentang Barcelona di bawah keadaan amat istimewa. Satu-satunya perkara yang memberi kesalan kepada kami adalah kehilangan kejuaraan dalam pertemnuan akhir Piala Carling dan dalam minit-minit terakhir.

“Apa yang penting adalah untuk fokus dengan apa yang kami masih boleh capai, dan menjadikannya suatu musim yang sangat cemerlang.

“Kami agak sedikit tidak bernasib baik dengan jadual perlawanan kerana kita telah berdepan dengan satu demi satu perlawanan penting, dan ia adalah sangat sukar menghadapinya kerana kita kehilangan banyak pemain, tetapi sikap pasukan ini sangat baik dan mereka berhak untuk mendapat penganugerahan.”



(Sumber: http://www.telegraph.co.uk/)