SPURS telah bersedia untuk menyertai perlumbaan dalam mengejar permain Bolton serta pertahan tengah England yang bernilai £17 juta, Gary Cahill.
Bos Tottenham Harry Redknapp merupakan seorang yang telah lama mengidamkan bakat bekas pemain Aston Villa dan telah merisik mengenainya sejak Januari.
Namun kini dia berdepan dengan persaingan terhadap pemain berusia 25 tahun itu daripada Arsenal dan kelab kaya Manchester City.
Pegawai di Bolton, Owen Coyle mahukan pertukaran pemain untuk Cahill beserta perjanjian kewangan untuk membantu dalam pengurangan jumlah hutang sebanyak £90 juta.
Cahil boleh meninggalkan Reebok jika kelab boleh mendapatkan £17 juta.
Coyle berkata: "Mereka harus memastikan bahawa mereka datang dengan tawaran yang betul.
"Dia tidak akan keluar dengan harga yang murah, itu yang pasti.
"Gary boleh bermain dengan siapa sahaja dan mencari beberapa tawaran yang berlaku pada waktu ini, dan ia mengejutkan saya kerana terdapat persaingan sengit dalam tawarannya."
Redknapp boleh meletakkan pemain pertahanan Sebastian Bassong dalam perjanjian manakala pilihan lain adalah Danny Rose untuk ditawarkan melalui perjanjian pinjaman selama setahun.
Spursjuga boleh mengakhiri perebutan terhadap saingannya Arsenal untuk mendapatkan Chris Samba dari Blackburn.
(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)
0 Komen:
Post a Comment