Taiwan 3-2 Malaysia (4-4 agg)

Sunday, July 3, 2011

Taipei: Malaysia layak ke pusingan kedua dalam kelayakkan Piala Dunia FIFA 2014 walaupun kalah 3-2 kepada Taiwan pada hari Ahad, dengan juara ASEAN tersebut memperoleh kelebihan gol ditempat lawan selepas kemenangan 2-1 di Kuala Lumpur.

Skuad Harimau Malaya mengalami kekecewaan kerana kegagalan untuk tidak memenangi perlawanan Rabu lepas dengan margin yang lebih besar dalam pusingan pertama, peringkat pertama tetapi ia kelihatan seolah-olah pembaziran di halaman sendiri tidak dibayar dengan harga yang terlalu mahal apabila Mohd Aidil Radzak, penjaring kedua Malaysia di Stadium Bukit Jalil, membawa skuadnya dengan agregat 3-1 hanya selepas lapan minit perlawanan bermula di Stadium Taipei Municipal.

Namun begitu Han Chang membawa Taiwan menghampiri dengan satu gol selepas setengah jam perlawanan tetapi Safiq Rahim, yang memperoleh gol pembukaan pusingan pertama Malaysia sebelum ini, mengembalikan pasukan pelawat gol kedua apabila penyerang Selangor itu berjaya menjadikan perlawanan 2-1 pada malam itu dan 4-2 ke atas agregat pada masa lima minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bagaimanapun, Chen Po Liang membawa pasukannya sekali lagi bernafas dengan menyumbat gol ke gawang pasukan Malaysia selepas empat minit kemudian, yang menyaksikan setiap pemain yang memperoleh gol dalam pusingan pertama lepas turut melakukannya sekali lagi pada hari tersebut.

Pada minit ke-75, pasukan Malaysia dibolosi dengan sebuah sepakan penalti kedua dalam perlawanan itu yang mana telah berjaya dijaringkan oleh Xavier Chen yang membawa kepada masa-masa kecemasan kepada skuad K. Rajagopal pada suku akhir masa perlawanan tersebut.

Tetapi Taiwan gagal mencari gol keempat yang boleh membawa mereka untuk pergi ke pusingan seterusnya dan Malaysia layak secara aggreget untuk ke pusingan kedua kelayakkan Piala Dunia dengan pertemuan bersama jiran ASEAN mereka, Singapura.


(Sumber: http://www.the-afc.com/)