Oleh Donny Afroni
Penyerang Arsenal Andrey Arshavin menafikan dirinya bakal menyertai kelab Rusia Anzhi Makhachkala.
RIA Novosti melaporkan, perbincangan Arshavin untuk menyertai kelab terkaya Rusia itu telah selesai. Hanya masalah perpindahan sahaja yang sehingga kini belum menemui kata putus.
“Ia tidak benar, hanya khabar angin sahaja,” tegas Arshavin kepada Sport-Express.
Selain Arshavin, penyerang Zenit St Petersburg Danko Lazovic juga dikhabarkan berpotensi berhijrah ke Anzhi. Namun Lazovic juga menafikannya.
“Saya tidak pernah mendengar mengenai kemungkinan perpindahan ke Anzhi,” kata Lazovic.
(Sumber: http://www.goal.com/)
0 Komen:
Post a Comment