Bekas anggota lembaga mendakwa dia meninggalkan rakan sejawatnya kerana mereka "tidak boleh menangani seorang wanita" yang bekerja bersama mereka, dan berharap kumpulan yang "lebih muda, lebih pro aktif" untuk menjalankan the Gunners
Oleh Shane Farrington
Bekas pengarah Arsenal Lady Bracewell Smith telah melancarkan satu serangan marah pada lembaga kelab pada waktu ini dengan menyatakan bahawa mereka seharusnya dipecat kerana gagal untuk membawa the Gunners pergi jauh ke hadapan.
"Saya bersetuju jika kesemua ahli lembaga semasa kini berundur," Bracewell-Smith menyatakannya di Twitter.
"Mereka semua telah ketinggalan zaman. Mereka sudah tidak punyai apa-apa lagi untuk diberikan kepada kelab.
Lembaga semasa terdiri daripada Kroenke, pengerusi Peter Hill Wood, ketua pegawai Ivan Gazidis dan pengarah-pengarah lain seperti Ken Friar, Sir Chips Keswick dan Lord Harris of Peckham.
Bracewell-Smith menambah: "Pada masa sekarang kita sangat memelukan sebuah lembaga yang lebih muda proaktif yang lebih dinamik, dan satu kepimpinan berhaluan baik."
Bila ditanya tentang mengapa dia dipecat dari lembaga, dia membalas: "[Mereka] tidak boleh menangani seorang wanita yang mempunyai kuasa dalam lembaga. Mereka berasa tidak selamat. Bersifat Cauvinisme lelaki."
Bekas ahli lembaga itu juga turut meninggalkan kata-kata kemarahannya terhadap bekas pengerusi the Gunners David Dein dengan mendakwa bahawa dia merupakan "punca semua masalah-masalah di AFC" dan dia "tidak mampu bekerja dengan ahli-ahli lembaga lain".
Namun begitu dia kemudiannya menjelaskan: "Dein menyayangi kelab dan walaupun kadang-kala personalitinya bercelaru, sumbangannya di Arsenal sungguh bermakna."
(Sumber: http://www.goal.com/)
0 Komen:
Post a Comment