John O'Shea dikhabarkan akan mempertimbangkan untuk penghijrahan ke London dalam pasaran perpindahan musim panas ini.
Arsenal dikhabarkan tertarik untuk membawa pemain pertahan pasukan musuh mereka dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester United, John O'Shea.
Seperti yang diketahui, pihak pengurusan United telah mengizinkan pemain berusia 30 tahun tersebut mencari kelab baru setelah Phil Jones tiba ke Old Trafford.
Seperti yang dilaporkan oleh The Mirror, O'Shea tidak tertarik untuk berhijrah ke Sunderland yang telah menyatakan minat mereka.
Tetapi O'Shea dikhabarkan telah mengetahui minat Arsenal terhadap dirinya dan sumber yang dekat dengan pemain tersebut menyatakan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke London.
Dengan situasi tersebut, United kelihatan akan memanfaatkan minat Arsenal terhadap O'Shea untuk memujuk mereka melepaskan Samir Nasri.
(Sumber: http://www.goal.com/)
0 Komen:
Post a Comment