Arsene Wenger: Peminat boleh harap aktiviti perpindahan pada akhir Julai

Saturday, July 2, 2011
Lelaki Perancis tersebut meyakinkan peminat bahawa belum ada keputusan dibuat tentang kemasukan atau perpindahan pemain, dan berkata strategi kelab seharusnya dilihat sebagai satu contoh kepada yang lain


Oleh Joel Lamy

Arsene Wenger telah menjawab kegelisahan para peminat berkenaan polisi perpindahan Arsenal dengan menyatakan bahawa aktiviti tersebut akan meningkat pada akhir Julai.

Lelaki Perancis tersebut telah dikritik kerana kelemahan dalam melakukan perbelanjaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan telah dilaporkan tidak menggunakan bajet penuhnya dalam beberapa jendela perpindahan.

Dasar tersebut turut mendapat pujian seperti dari presiden UEFA Michel Platini, yang telah memuji Arsenal kerana tidak membuat hutang sebagaimana yang dilakukan oleh Manchester United, namun menjadi perbalahan di kalangan peminat yang kecewa dengan pembelian pemain-pemain muda.

Dam khabar angin yang bertiup akan penghijrahan pemain kunci pasukan seperti Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Gael Clichy telah meninggalkan kebimbangan kepada para penyokong kerana mereka akan ketinggalan dengan pesaing-pesaing mereka yang kian berbelanja lebih banyak.

Namun apabila ditanya berkenaan kemungkinan perpindahan pada masa akan datang, Wenger berkata bahawa keputusan yang dilakukan untuk membeli atau menjual pemain tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa, kerana kelab masih mempunyai du abulan sebelum jendela perpindahan berakhir.

“Kita masih lagi dalam waktu-waktu menunggu, semua orang menanti perpindahan yang berlaku pada [kelab] yang lain,” beritahunya kepada Alsace TV.

“Ia merupakan waktu-waktu perpindahan. Semua orang mempunyai satu tiket di tangan [mereka], berharap untuk sebuah perpindahan besar. Belum ada sebarang perpindahan lagi. Waktu-waktu perpindahan ini pasyti akan lebih aktif di akhir July apabila kita benar-benar mahu menguatkan pasukan.

“Sentiasa ada tekanan. England mempunyai kejohanan yang paling sukar sekali di dunia, beberapa pasukan punyai kewangan yang lebih besar berbanding kami. Kita harus menerimanya dan melakukan semaksimumnya.

“Kami memutuskan untuk menghormati beberapa peraturan dalam kelab kami, terutama berkenaan kewangan dalam sebuah persekitaran yang tidak menghormatinya. Kami menghormati kualiti sebuah permainan dam kualiti seseorang. Ia bermakna ia sukar bagi kami apabila anda menghormati ketiga-tiga unsur tersebut.

“Kita hidup sebagaimana yang orang lain patut hidup, dengan keseimbangan dalam penghasilan dan perbelanjaan. Saya rasa kita sepatutnya dilihat sebagai satu contoh dan ia seharusnya bukan dijadikan sebuah isu. Kami sangat berketetatap sejak beberapa tahun kebelakangan ini hingga sekarang.”

Wenger terus menekankan bahawa mereka telah hampir untuk memenuhi potensi mereka sebagai sebuah pasukan  dan percaya bahawa hanya kecederaan membuatkan mereka gagal untuk memperoleh kejuaraan dalam liga.

Dia menambah: "Kami telah hampir untuk memenangi kejuaraan. Masalah adalah kami berhadapan dengan terlalu banyak kejohanan sekaligus dan kami membayarnya secara fizikal dalam perjalanan terakhir.

“Serhingga tiga minggu berakhir pada musim lepas, kami sangat hampir untuk menjuarainya. Kami sering kehilangan Fabregas dan Van Persie dengan begitu banyak pada tahun lepas dan mereka sangat penting bagi kami.”

Ditanya samada dia masih lagi gembira berada di kelab, Wenger menjawab: "Jika anda bijak anda pasti tidak mahu untuk memperoleh apa yang anda tidak ada. Saya mempunyai keinginan sebagaimana impian setiap jurulatih dan saya bersyukur kepada pihak atasan saya selamanya. Saya boleh etrus bekerja bersama filosopi saya serta kebebasan."

Tambahnya: "Saya sangat bernasib baik, saya terus bertugas dan saya menyukai apa yang saya lakukan."


(Sumber: http://www.goal.com/)