ADMIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Salam diberi kepada setiap pengunjung blog yang hadir. Tarikh 5 March 2011 merupakan tarikh permulaan bagi blog 'The Gunners Malaysia'. Tarikh ini sangat menggembirakan bagi penulis kerana penulis berpeluang untuk berkongsi dengan para pembaca terutama peminat skuad Arsenal yang semakin ramai di Malaysia sekaligus menambah bahan bacaan bagi peminat bolasepak Malaysia melalui internet selain blog-blog Arsenal yang sudah sedia ada.

Penulis akan cuba sedaya upaya untuk memeriahkan blog ini dengan berita-berita baru mengenai dunia bolasepak, rumors perpindahan, cerita berkaitan dengan kecederaan pemain dan yang lebih penting adalah segala yang berkaitan dengan skuad Arsenal yang sempat penulis lampirkan melalui sumber-sumber luar dan dalam negara. Apa yang pasti, blog ini menyediakan ruang untuk para peminat bolasepak untuk membaca artikel-artikel dalam Bahasa Kebangsaan kita.

Penulis berharap agar pembaca terus melawat blog ini untuk mendapat info-info terkini dan memberi cadangan bernas agar penulis dapat meningkatkan mutu blog ini sesuai dengan kemahuan para pembaca.

Sekian dan terima kasih, wassalam.


Salam pendahuluan dan kasih sayang dari penulis,
 
A.D.A.M