Wilshere 'EA Sport Player of the Month'

Friday, April 1, 2011

Jack Wilshere adalah 'EA Sport Player of the Month' untuk sepanjang bulan Mac.

Kelab diminta jaga sikap terhadap pengadil

Kelab Liga Perdana Inggeris telah bersetuju agar menjaga sikap terhadap pegawai yang bertugas bermula pada musim hadapan.

Oleh Taufik Bagus


Pemain dan jurulatih kelab-kelab Liga Perdana Inggeris tidak boleh lagi mengulas sinis mengenai pegawa yang bertugas bermula pada musim hadapan. Ini kerana telah ada persetujuan yang disepakati bersama untuk tidak mengkritik, menyindir mahupun memaki pengadil dan pembantunya samada sebelum, semasa mahupun selepas perlawanan.

Wenger intai gelaran selepas pemain utamanya cerdas

Arsène Wenger amat mengalu-alukan kehadiran kembali pemain-pemainnya seperti Cesc Fabregas, Theo Walcott dan Robin van Persie pada hujung minggu ini dan menaruh kepercayaannya bahawa Arsenal mampu dinobatkan sebagai juara.

Oleh Lee Husson

Arsenal akan kembali ke landasan asal apabila berpeluang untuk mengejar gelaran mereka apabila mereka bakal bertemu Blackburn di Emirates esok selepas persembahan mengecewakan untuk terlepas tiga kejuaraandalam berapa minggu pada bulan lepas.

Wenger telah menerimabarita yang sangat diharapkan dengan bebasnya masalah kesihatan oleh Fabregas, Walcott dan Alex Song, sementara van Persie juga bakal beraksi selepas pulih daripada satu kecederaan lutut dalam tanggungjawabnya untuk persembahan antarabangsa.

“Kami telah mendapat kembali Fabregas, Song, Walcott and Diaby. Mereka semua telah kembali di dalam skuad,” kata Wenger.

“Robin kelihatan semakin baik. Dia akan berada di dalam skuad. Dia mendapat tenjahan di lututnya, tetapi dia telah menerima satu ujian pagi ini dan keputusannya memuaskan. Jika dia tidak mengalami sebarang masalah semalaman, dia sepatutnya OK.

“Saya sangat optimis dan saya selalu berharap ia tidak akan mengganggu. Namun kali ini ia merupakan berita gembira kepada kami.

“Ini bahagian terakhir bagi musim ini dan kehilangan seorang pemain kali ini pada asasnya seperti kehilangan mereka untuk semua baki terakhir sepanjang musim ini. Kami berada dalam persaingan terakhir untuk kejohanan ini maka kami mahu semua pemain-pemain ini terus ada.”

Wenger turut memuji kemampuan Arsenal, dan percaya pasukannya patut memenanginya dan mereka sepatutnya menamatkan kemarau trofi enam tahun mereka dan memperoleh gelaran Liga Perdana pada bulan Mei.

“Kami telah berada di satu larian untuk 12 permainan tanpa kalah dan itu merupakan sesuatu ketekalan,” katanya.

“Kami keluar menentang Barcelona di bawah keadaan amat istimewa. Satu-satunya perkara yang memberi kesalan kepada kami adalah kehilangan kejuaraan dalam pertemnuan akhir Piala Carling dan dalam minit-minit terakhir.

“Apa yang penting adalah untuk fokus dengan apa yang kami masih boleh capai, dan menjadikannya suatu musim yang sangat cemerlang.

“Kami agak sedikit tidak bernasib baik dengan jadual perlawanan kerana kita telah berdepan dengan satu demi satu perlawanan penting, dan ia adalah sangat sukar menghadapinya kerana kita kehilangan banyak pemain, tetapi sikap pasukan ini sangat baik dan mereka berhak untuk mendapat penganugerahan.”



(Sumber: http://www.telegraph.co.uk/)

Kajian: Messi impian setiap pengurus kelab Inggeris

Bintang Barcelona itu menjadi impian hampir setiap pengurus yang berkerjaya di dalam Liga Inggeris, hasil bancian yang dikelolakan oleh Liga Perdana Barclays.
Oleh M Yanuar F

Liga Perdana Barclays dan Persatuan Pengurus Liga telah mengadakan kajian kecil dengan mendapat suara 15 daripada 20 pengurus yang bertugas dalam Liga Perdana Inggeris, dan keputusan bancian menunjukkan beberapa keputusan yang mengejutkan.

Untuk pemain yang paling diinginkan oleh pengurus di dalam Liga Inggeris contohnya, mereka menginginkan Lionel Messi. Bintang Barcelona itu dipilih oleh 46 peratus pemilik suara. Selain Messi, ada juga diantara mereka menyebut nama-nama pemain seperti Wayne Rooney, Cesc Fabregas dan Nemanja Vidic. Ketiga-tiga mereka mendapat kutipan jumlah suara yang sama, iaitu 14 peratus.

Untuk pemain baru musim panas terbaik, 80 peratus pemilik suara sepakat bahwa Rafael Van Der Vaart adalah pemain tersebut. Tottenham Hotspur dikatakan beruntung memiliki pemain Belanda tersebut yang dibeli dari Real Madrid dengan harga 8 juta poundsterling, yang kini sudah menjadi penjaring gol terbanyak bagi pasukannya dengan 12 gol.

Sementara untuk pemain muda Inggeris paling impresif, Jack Wilshere mendapat suara teramai, disusul Andy Carroll, Danny Welbeck dan Phil Jones.

Kelab yang menjadi pilihan untuk menjuarai gelaran musim ini, Manchester United menduduki tempat teratas dengan 80 peratus pemilik suara. Sedangkan Sir Alex ferguson disebut sebagai pengurus terbaik sepanjang masa, diikuti dengan Jock Stein, Bob Paisley dan Jose Mourinho. Ryan Giggs juga mendapat suara majoriti sebagai pemain terbaik sepanjang masa, diikuti dengan Eric Cantona, Alan Shearer, Thierry Henry dan Steven Gerrard.

Selain itu Blackpool mendapat perhatian majoriti pengurus sebagai pasukan dengan penampilan paling mengejutkan pada musim ini.

10 stadium termahal di dunia

Ini adalah senarai stadium yang termahal di dunia. Dalam dunia sukan, stadium merupakan unsur yang amat penting. Beberapa kelab untuk sesebuah pasukan sanggup membelanjakan wang untuk beratus bilion hanya untuk membina sebuah stadium yang besar dan hebat. Mereka tidak berasa ragu untuk membelanjakan banyak wang untuk membina sebuah stadium yang besar dan hebat, kerana dengan satu stadium yang besar, ia akan dapat menampung begitu ramai penonton dan ia juga akan secara tidak langsung memberi sumbangan positif untuk kelab dalam soal kedua-dua aspek iaitu kewangan dan teknikal.

Untuk pengetahuan semua pembaca blog The Gunners Malaysia, stadium Emirates merupakan salah satu stadium yang tersenarai.

10. Stadium ANZ – Sydney, Australia ($ 624 juta)

Most Expensive Stadiums in The World

Stadium ANZ dikenali sebagai Telstra Stadium, ialah sebuah stadium serbaguna yang mana terletak dalam kawasan Sydney Olimpik Park Homebush Bay. Sejak dibina ia telah menganjurkan Piala Dunia Rugbi pertama untuk peringkat akhir pada 2003 dan Liga Rugbi Kebangsaan pada setiap tahun. 

Most Expensive Stadiums in The World


9. Safeco Field – Seattle, USA ($ 656 juta)
Most Expensive Stadiums in The World


Safeco Field terletak di Seattle, Washington, merupakan stadium besbol beratap yang boleh dibuka. Stadium ini adalah stadium tempatan bagi Seattle Mariners untuk Liga Besbol Utama (MLB), dimiliki dan dikendalikan oleh Hak Stadium Negeri Washington-King.


8. StadiumLucas Oil – Indianapolis, USA ($ 675 million)

Most Expensive Stadiums in The World  

Stadium Lucas Oil adalah sebuah tapak utama untuk konvensyen-konvensyen, pameran perdagangan dan pertandingan bola keranjang NCAA. Bumbung boleh buka atau ditutup dalam masa sembilan minit, dan keunikan fleksibilitinya membuatkan sesuai untuk kedua-dua acara terbuka dan tertutup. 

Most Expensive Stadiums in The World


7. Soldier Field – Chicago, USA ($ 714 juta)
Most Expensive Stadiums in The World
Soldier Field terletak di Chicago yang betul-betul berada di Tasik Shore Drive, dan pada masa ini ia merupakan rumah bagi Chicago Bears NFL. Stadium ini menjadi stadium paling kecil dalam NFL apabila Indianapolis Colts berpindah dari RCA Dome dan ke dalam Stadium Lucas Oil pada 2008. 

Most Expensive Stadiums in The World


6. Stadium Emirates – London, England ($ 770 juta)
Most Expensive Stadiums in The World

Stadium Emirates telah dibuka pada Julai 2006. Ia sebuah stadium bolasepak yang bertempat di Holloway dalam London Borough of Islington dan ialah merupakah rumah bagi Arsenal FC , dan mempunyai 60,353 kapasiti penonton dalam satu-satu masa.

Most Expensive Stadiums in The World
Most Expensive Stadiums in The World


5. Roger Center – Toronto, Canada ( $ 930 juta)
Most Expensive Stadiums in The World
Stadium ini telah dinamakan semula sebagai “Rogers Centre” berikutan pembelian stadium oleh Rogers Communications yang mana juga memiliki Toronto Blue Jays pada 2005. Ia sering kali digunakan untuk sebarang acara seperti pameran-pameran perdagangan, konsert-konsert, konvensyen-konvensyen, pesta ria dan persembahan trak raksasa. 

Most Expensive Stadiums in The World


4. State de France – Paris, France ( $ 974 juta)
Most Expensive Stadiums in The World

Stade de France adalah stadium negara Perancis, bertempat di pinggir bandar Paris Saint-Denis. Ia menjadi kemudahan rumah kedua kepada Stade Francais, kelab ragbi Paris utama. Kemudahan dimiliki dan dikendalikan oleh Consortium Stade de France, dan ia juga digunakan untuk konsert muzik dan acara-acara sukan lain. 

Most Expensive Stadiums in The World


3. Madison Square Garden – New York, USA ($ 1.1 billion)
Most Expensive Stadiums in The World

Madison Square Garden ialah gelanggang paling sibuk ketiga di dunia dalam soal jualan tiket, di belakang hanya M.E.N Arena, Manchester dan Gelanggang O2, London yang kedua-duanya terletak di England. Ia merupakan sebuah arena dalaman yang serbaguna, dan terletak di 8th Avenue. 

Most Expensive Stadiums in The World


2. Stadium Olympic – Montreal, Canada ($ 1.4 billion)
Most Expensive Stadiums in The World
Olympic Stadium merupakan sebuah stadium serbaguna, bertempat di daerah Hochelaga-Maisonnevenue Montreal. Ia tidak mempunyai pemilik utama, dan dengan sejarah masalah kewangan dan strukturnya, pada keseluruhannya ia hanya kelihatan seperti seekor gajah putih. 

Most Expensive Stadiums in The World


1. Stadium Wembley – London, England ($ 1.5 billion)
Most Expensive Stadiums in The World

Stadium Wembley adalah sebuah stadium bola sepak bertempat di Wembley Park yang mana pernah menempatkan stadium sebelumnya pada 1923, dan ia adalah stadium kedua terbesar di Eropah dan menjadi stadium negara England. Ia direka bentuk oleh Foster and Partners dan juga Populous, ia termasuk dalam sebuah stadium yang mempunyai atap yang boleh sentap. 

Most Expensive Stadiums in The World



(Sumber: http://www.rockingfacts.com/)

Target Arsenal Benatia enggan tinggalkan Udinese

Wednesday, March 30, 2011
Udinese tidak tewas dalam 13 perlawanan terakhir dan berpeluang muncul dalam Liga Champions.

Oleh Gunawan Widyantara

Pemain pertahanan Udinese, Mehdi Benatia membenarkan Arsenal cuba memikatnya untuk pindah ke London, tetapi dia mendakwa bahagia di Friuli dan enggan mengembara ke England. The Gunners diberitahu mula meninjau Benatia atas permintaan Samir Nasri.

"Saya bahagia di Friuli dan hanya memikirkan Udinese," kata Benatia dalam sebuah sidang media.

"Saya menandatangani kontrak untuk jangka masa lima tahun dan tidak mahu pergi sebelum ia berakhir. Sejak pertama kali menyertainya, saya tahu Udinese adalah sebuah kelab yang hebat."

"Saya belajar banyak dari rakan sepasukan seperti Cristian Zapata dan Andrea Koda. Mereka merupakan pemain yang baik dan berpengalaman. Pasukan ini mempunyai hubungan yang akrab di dalam dan luar padang."

Udinese tidak tewas dalam 13 perlawanan terakhir mereka dan berpeluang muncul dalam Liga Champions.

"Udinese bertunjangkan pemain berkualiti dan jika melihat baki perlawanan, saya rasa kami berpeluang melakukan lebih banyak perkara-perkara hebat di masa hadapan.



(Sumber: http://www.goal.com/)

Manchester United paling di benci di England

United mendapat 26 peratus daripada 1000 orang bancian.

Oleh Dede Sugita

Satu tinjauan dilakukan secara online oleh Online Opinions untuk mengetahui perusahaan yang mana paling dibenci di England. Perusahaan yang dimaksudkan di sini adalah organisasi yang mengaut keuntungan, termasuk juga kelab bolasepak.

Tahukah anda siapa yang menjadi ‘juara’? Manchester United! Ya, kelab paling berjaya di negara Big Ben dalam Liga Perdana Inggeris itu diletakkan dalam senarai pertama dengan jumlah perolehan suara sebanyak 26 peratus daripada 1000 orang yang mengikuti bancian tersebut.

Ironisnya, The Red Devils adalah satu-satunya kelab bolasepak yang termasuk dalam senarai, ataupun paling kurang bagi 11 undian terbanyak.

“Manchester United mungkin menjadi mangsa oleh kejayaan mereka sendiri sertacara penilaian terhadap mereka oleh penyokong kelab lawan, namun perkara tersebut berbeza untuk organisasi lain bagi bank dan perusahaan keperluan sehari-hari,” demikian ujar seorang jurucakap Online Opinions apabila nama The Red Devils dipaparkan di tempat teratas.

“Bank-bank memperoleh jutaan pound sterling untuk menyelamatkan diri dari orang awam kemudian memberikan jutaan pund sterling untuk bonus ketika negara sedang berada dalam masalah ekonomi, jadi tidak menghairankan jika mereka amat tidak disukai. Dan perusahaan yang menguruskan keperluan sehari-hari, mereka terus menaikan harga barangan apabila orang awam mengalami kesulitan untuk membayarnya, tetapi mereka secara terus-menerus memperoleh banyak keuntungan,” lanjutnya.

“Sedangkan untuk perusahaan-perusahaan lainnya, alasannya lebih bersifat pribadi. Ryanair mungkin merupakan syarikat penerbangan terkenal di Great Britain kerana harga tambang murahnya. Walaupun begitu, para penumpang tetap mengeluhkan terhadap bayaran yang harus mereka keluarkan untuk membiayai tempat simpanan bagasi mereka atau pembiayaan tempahan melalui kad kredit.”

Berikut merupakan hasil lengkap bancian Online Opinions:

• Manchester United - 26%
• Ryanair - 23%
• British Gas - 22%
• McDonald's - 19%
• RBS - 17%
• Lloyds Bank - 16%
• Starbucks - 14%
• BT - 13%
• Sky - 13%
• easyJet - 10%
• Network Rail - 9%



(Sumber: http://www.goal.com/)

Van Persie diharap berakhir hujung minggu

Penyerang Arsenal itu diharap tidak mengalami kecederaan serius selepas pertarungan untuk pasukan Belanda.

Oleh M Yanuar F

Robin Van Persie kembali ke Arsenal daripada tugas antarabangsa untuk mewakili pasukan kebangsaan Belanda pada peringkat kelayakkan Piala Eropa 2012 dalam keadaan mengalami kecederaan.

Van Persie mendapat kecederaan tersebut selepas menerima terjahan Vilmos Vanczak apabila Belanda menang 5-3 ke atas Hungary semalam. Hasil pemeriksaan awal menunjukkan bahawa pemain ini mengalami kecederaan buku lali.

Situasi ini sedikit sebanyak membuatkan keresahan kepada skuad Belanda. Ini kerana untuk mengembalikan pemain yang mengalami kecederaan selepas selesai tugas mewakili negara ke kelab semula bukanlah sesuatu yang baru yang mereka lakukan.

Arjen Robben sebelum itu, pada kejohanan Piala Dunia 2010 telah direhatkan daripada bermain untuk skuad Bayern Muenchen untuk separuh musim kerana kecederaannya. Bayern turut menuntut ganti rugi di atas kecederaan yang dialami oleh Robben.

Oleh kerana itulah juga Bert Van Marwijk mengharapkan agar situasi demikian tidak berlaku kepada Van Persie. Dia berharap agar Persie tidak mengalami kecederaan serius dan boleh beraksi pada hujung minggu ini.

"Robin mendapat hantaman di pahanya melalui lutut. Jika bernasib baik, dia boleh beraksi untuk Arsenal pada hujung minggu ini," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Demi Fabregas, Barcelona gugur 6 pemain

Tuesday, March 29, 2011
Sandro Rosell sanggup gugurkan beberapa pemain demi menambah dana yang diperlukan untuk mengembalikan Cesc Fabregas ke Barcelona.

Oleh Dede Sugita

Sandro Rosell sanggup melepaskan beberapa pemain Barcelona demi menambah dana yang diperlukan untuk memperoleh pemain tambatan Arsenal, Cesc Fabregas.

Pada awal minggu ini, presiden Barca itu mengaku bahwa satu-satunya cara untuk mengembalikan ketua pasukan kelab Utara London itu ke Camp Nou adalah dengan melakukan penjualan besar-besaran di musim panas nanti.

AS mengkhabarkan bahawa Rosell telah menyenaraikan beberapa pemain yang dijangkakan tidak akan mengganggu keseimbangan pasukan jika dilepaskan.

Antara enam nama yang termasuk dalam senarai itu di antaranya adalah Seydou Keita, Adriano, Maxwell, Gabi Milito, Jeffren Suarez dan Ibrahim Afellay.

Pemain yang terakhir dalam senarai tersebut menarik minat pengurus Arsenal, Arsene Wenger, dan berkemungkinan besar akan digunakan sebagai pertukaran untuk tawaran bersama Fabregas.




(http://www.goal.com/)

Siapa 'jodoh' skuad Olimpik?

Monday, March 28, 2011


LAWAN skuad bola sepak Olimpik kebangsaan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bagi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan bakal diketahui petang esok.

Namun apa yang pasti, lawan skuad bawah 22 tahun negara itu bukanlah pasukan mudah berdasarkan ranking pasukan yang disusun mengikut prestasi pada pusingan kelayakan dan pusingan akhir Sukan Olimpik 2008.

Malaysia di ranking ke-19 daripada 24 pasukan akan di- letakkan dalam Kumpulan 2 bersama-sama Vietnam, Kuwait, Thailand, Oman, UAE, Iran, Yemen, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan (ranking 13 hingga 24).

Manakala 12 pasukan teratas (1 hingga 12) akan diletakkan dalam Kumpulan 1 iaitu Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria, Lebanon dan Uzbekistan.

Apa yang pasti, lawan Malaysia pada pusingan kedua itu hanyalah dari kala- ngan 12 pasukan Kumpulan 1 dengan kebarangkalian besar untuk berdepan negara Arab (Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Lebanon) atau negara Asia Timur (Korea Selatan, China, Jepun, Korea Utara).

Bagi Kim Swee, 41, perlawanan pertama pusingan kedua pada 19 Jun depan bakal menjadi detik paling penting bagi menentukan hala tuju skuad negara yang dibarisi majoriti pemain dari skuad Harimau Muda A.

“Mana-mana pasukan yang akan kita jumpa sudah tentu mempunyai kekuatan masing-masing. Tiada beza andai kita jumpa Korea Selatan, Jepun, Uzbekistan mahupun Qatar.

“Cuma pasukan-pasukan dalam Kumpulan 2 termasuk Malaysia akan beraksi di tempat lawan dahulu sebelum beraksi di tempat sendiri pada 23 Jun depan dan ini mahu saya jadikan satu kelebihan.

“Kita perlu atur strategi bagi memastikan perlawanan pertama berakhir dengan keputusan memihak kepada kita, tidak kiralah kita berjaya mengikat pasukan tuan rumah atau tewas dengan jaringan tipis.

“Ini kerana saya yakin para pemain kita mampu memberikan aksi dan keputusan lebih baik apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan kedua,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Malaysia layak ke pusingan kedua setelah menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama bulan lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Shah Alam sebelum seri 0-0 pada aksi kedua di Lahore.

Kim Swee yang turut mengemudi skuad Harimau Muda A bakal mengharungi aksi padat sembilan perlawanan Liga Super sepanjang April ini bermula pertemuan dengan Kelantan di Kota Bharu, Jumaat ini.


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

Capello sedia berperang rebut Carroll, Wilshere

LONDON - Pengurus England, Fabio Capello sedia untuk 'berperang' bagi mendapatkan khidmat dua bintang muda, Jack Wilshere dan Andy Carroll.

Capello menyokong penuh hasrat pengurus skuad Bawah 21 England, Stuart Pearce, yang mahu memilih pemain terbaik bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejohanan Eropah Bawah 21 di Denmark pada 11-25 Jun ini.

Ini bermakna, Capello perlu bertarung dengan pengurus Arsenal dan Liverpool, Arsene Wenger dan Kenny Dalglish yang pastinya keberatan untuk melepaskan pemain tonggak kelab masing-masing.

Capello berkata, kejohanan Bawah 21 ialah satu pertandingan yang penting dan keputusan harus dibuat oleh pengurus Arsenal.

"Wilshere beraksi dalam banyak perlawanan musim ini dan menjadi tonggak utama Arsenal, tetapi dia juga sekarang pemain penting untuk pasukan kebangsaan dan Bawah 21.

"Wilshere sememangnya mahu bermain, saya amat pasti," jelas Capello.

Mengenai Caroll, pengurus kelahiran Itali itu menganggap ia satu perkara yang baik bagi penyerang Liverpool tersebut selepas direhatkan selama dua bulan.

"Carroll tidak bermain selama dua bulan dan adalah bagus jika dia diberi peluang beraksi lebih banyak perlawanan," ujarnya.

Capello merasakan kejayaan berganda Sepanyol mengungguli Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 adalah hasil keberkesanan sistem pembangunan remajanya yang membiarkan pemain muda menimba pengalaman dalam pertandingan besar seperti kejohanan Bawah 21.

Namun, Wenger tidak mahu Wilshere terlibat dalam kejohanan Eropah dan aksi kelayakkan Euro 2012 menentang Switzerland pada 4 Jun ini.

Liverpool juga percaya Carroll seharusnya berehat.

Wilshere sebelum ini pernah menyatakan: "Saya mahu bermain dalam apa jua bola sepak antarabangsa." - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

Mourinho buat pendedahan

PARIS - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho mendedahkan bahawa dia sebenarnya hampir membimbing skuad kebangsaan England selepas meninggalkan Chelsea pada 2007.
Mourinho berkata, tawaran bagi menjadi jurulatih skuad Three Lions hadir beberapa jam sebelum beliau membuat keputusan untuk terus membimbing pasukan berstatus kelab.
"Selepas meninggalkan Chelsea, saya melalui bulan pertama yang menakjubkan.
"Saya telah pergi ke Afrika Selatan dan Jepun bagi melakukan beberapa perkara yang tidak dapat saya lakukan ketika menjadi pengurus Chelsea.
"Perasaan itu tidak seperti ketika saya membimbing Chelsea buat kali pertama menjuarai liga selepas setengah abad. Ia tidak terhenti begitu sahaja.
"Saya berjaya melakukannya sekali lagi pada musim berikutnya, namun segala-galanya musnah dalam musim ketiga saya bersama Chelsea," kata Mourinho.
Beliau mengakui ada menerima tawa- ran daripada beberapa buah kelab yang berminat bagi mendapatkan khidmatnya tetapi lebih tertarik untuk menjadi juru- latih England.
Segala-galanya bermula selepas Steve McClaren dipecat selaku jurulatih skuad Three Lions sebelum kekosongan tersebut diisi oleh Fabio Capello.
"Saya hampir menandatangani kontrak bagi membimbing England, namun pada saat-saat akhir saya mula berfikir.
"Saya bakal menjadi jurulatih buat pasukan kebangsaan yang mana hanya akan beraksi dalam satu perlawanan untuk tempoh sebulan dan selebihnya saya hanya akan menghabiskan waktu saya di dalam pejabat ataupun menyaksikan perlawanan.
"Tidak cukup dengan itu, saya ter- paksa menunggu sehingga musim panas bagi menyertai aksi kelaya- kan Euro ataupun Piala Dunia. Tidak, itu bukan saya.
"Akhirnya saya memutuskan untuk menunggu tawaran daripada kelab yang mampu memberikan cabaran kepada saya agar dapat menyuntik semangat saya," jelas Mourinho lagi. - AFP

(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

Hubungan kami dengan Arsenal tidak baik

Pengarang: Ben Moss
Presiden Barcelona Sandro Rosell mengakui bahawa pengejaran berlarutan terhadap pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas kelihatan akan berakhir dengan kegagalan sekali lagi pada musim panas ini selepas dia mempersoalkan permintaan €50 juta dari kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 23 tahun itu berkeinginan untuk kembali ke kelab sejak usia kecilnya yang ramai telah ketahui, dalam pada yang sama pasukan Catalan itu sering menggembar-gemburkan berita tersebut melalui media mereka yang berat sebelah, namun Rosell mendakwa bahawa pasukan pilihan Liga Juara-juara itu tidak akan menyediakan wang sedemikian untuk mendapatkan khidmat pemain tengah pilihan Piala Dunia itu.

Rosell memberitahu the Daily Telegraph: "Barca tidak akan menyediakan bayaran €50 juta kepada Cesc Fabregas pada musim panas depan."

"Ia telah diputuskan dan, walaupun [Pep] Guardiola menuntut pemain ini, kami tidak akan membayar harga sedemikian.

"Ia agak mustahil hanya kerana alasan yang mudah. Dalam bolasepak, harga pemain akan berkurangan setiap tahun dan, andai kami tawarkan kepada Arsenal sebanyak €40 untuk mendapatkan Fabregas pada tahun lepas, 50 juta pada kali ini mustahil.

"Jika jurulatih menuntut untuk mendapatkan Cesc juga, kami akan berunding bersama the Gunners tetapi dengan had yang betul dan munasabah, jika perbincangan itu tidak kelihatan menjadi, kami akan menunggu untuk peluang-peluang yang lain.

Rosell turut beranggapan bahawa hubungan antara kedua-dua kelab semakin menipis berikutan pengambilan salah seorang pemain muda berbakat oleh Arsenal iaitu Jon Miguel Toral.

"Hubungan kami bersama Arsenal tidak begitu baik - (Jon Miguel) Toral tidak menggembirakan kami," katanya. "Masa hadapan Cesc di dalam tangannya dan kami hanya mampu melakukan rundingan dengan Arsenal jika Guardiola mendesak.

"Hanya dengan sebarang harga yang munasabah untuk meningkatkan kuasa wang rundingan."



(Sumber: http://www.sport.co.uk/)

10 pemain Italy paling bermasalah dalam sejarah

Sunday, March 27, 2011
10) Giorgio Chinaglia
Suatu ketika dahulu nama Chinaglia begitu besar di Rom sehingga cerita Pope akan berada di muka surat ketiga akhbar tempatan untuk memberi laluan buat kisah penyerang yang telah menyumbat 98 gol di Lazio sepanjang tahun 1969 dan 1976.

Beliau jugalah bintang yang membawa kemenangan Scudetto pada tahun 1974 sekali gus, bergelar Capocannoniere kerana berjaya meledak paling banyak gol.

Selain pencapaian hebatnya, Chinaglia juga dikenali dengan perangai kontroversinya dan menyebabkan karier bersama Itali musnah. Sewaktu perlawanan menentang Haiti dalam Piala Dunia, Chinaglia digantikan dan hal ini menyebabkan dia menyumpah jurulatih, Ferruccio Valcareggi.

Seterusnya dia membuat helah dengan mengotorkan bilik persalinan. Selepas itu, dia berpindah ke Amerika Syarikat untuk bermain bersama New York Cosmos namun, perkara yang sama terjadi apabila dia bergaduh dengan rakan sepasukan, Pele.

9) Christian Vieri
Seorang yang sensitif. Sewaktu zaman kegemilangannya Vieri adalah penyerang terbaik dunia. Pemain yang baru sahaja bersara itu juga tidak mempunyai hubungan baik dengan media apabila jarang mahu ditemu bual dan pernah memberitahu kepada media, dia adalah lebih dari lelaki yang media gambarkan.

Dia juga merungut mengenai kelabnya, Inter Milan sebelum mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas kelabnya itu kerana mengintip kehidupannya secara haram berhubung penyiasatan Calciopoli.

Kisah cintanya juga kelam-kabut apabila kebanyakan wanita yang didekatinya terdiri daripada pelakon di Itali termasuk Elisabetta Canalis dan Melissa Satta.:

8) Francesco Flachi
Salah seorang penyerang yang tidak mampu mengawal sikapnya ketika di luar padang. Pada 2006 Flachi digantung dua bulan kerana berjudi secara haram sebelum menerima penggantungan dua tahun bagi tahun berikutnya akibat pengambilan kokain.

Tidak lama selepas kembali beraksi tahun 2009, Flachi ditahan lagi kerana penggunaan kokain dan kali ini dia digantung selama 12 tahun.

7) Pasquale Bruno
Pemain paling tidak terkenal dalam bola sepak Itali selepas persaraan Claudio Gentile. Bruno digelar ‘Binatang’ kerana sikapnya yang kasar ketika mempertahankan bola. Bekas pemain Juventus itu pernah digantung lapan perlawanan selepas menyerang pengadil serta semua rakan sepasukan yang cuba menghalangnya.

Bruno mampu menggelecek dengan kasar dan memperoleh banyak kad ketika kariernya. Selain pernah membuat simbol mengerat leher kepada semua yang duduk di bangku Ireland selepas menendang salah seorang pemain di buah pinggang.

Dia juga pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi, “Pari-pari (pemain bola sepak) hanya mengambil tahu mengenai subang, tatu, kelab malam dan membeli-belah,” ditambah dengan kata-kata “Saya akan memberi Zlatan Ibrahimovic pengajaran.”

6) Omar Sivori
Sivori sentiasa dikenang sebagai salah seorang pemain Juventus dan Serie A yang hebat tetapi juga seorang yang panas baran. Pemain Bola Terbaik Eropah 1961 juga terlibat dengan konfrontasi dengan lawan dan pengadil.

Bagaimanapun, dia meninggalkan Bianconeri pada tahun 1965 selepas melakukan aksi ganas ke atas jurulatih, Heriberto Herrera.

5) Marco Materazzi
Salah seorang pemain yang paling dibenci dan tidak difahami di dunia, Materazzi boleh dianggap sebagai pengganas tiada bakat sepanjang kariernya tahun 2006.

Sandiwara yang dimainkannya dengan ekspresi wajah yang menjengkelkan termasuk permainan kasar menjadikan dia antara musuh yang tidak digeruni lawan.

4) Mario Balotelli
Walaupun hanya berusia 20 tahun penyerang kelahiran Sicily ini telah bergaduh dengan kebanyakan rakan sepasukannya, pihak lawan, jurulatih dan peminat. Antara kata-kata yang membawa kontroversi diucap olehnya adalah, “Saya warganegara kelas kedua”, dan berkata mengenai Cristiano Ronaldo, “ Seseorang yang saya tidak suka”. Dia juga pernah mengakui menyokong Milan ketika bersama Inter. Selain tidak mahu menyertai Manchester City sebaik sahaja tiba dan pernah mendakwa tidak pernah mendengar mengenai pemain berbakat Arsenal, Jack Wilshere.

3) Paolo Di Canio
Salah seorang pemain hebat dari Itali yang tidak pernah bermain untuk Itali, Di Canio telah dijual oleh Juventus selepas bergaduh dengan jurulatih, Giovanni Trapattoni selain menolak pengadil, Paul Alcock selepas dibuang padang ketika menentang Arsenal.

Kerana masalah itu Di Canio digantung 11 perlawanan. Sebelum itu, dia bergaduh dengan pengurus, Ron Atkinson dan Danny Wilson dan telah dilayangkan dua kad kuning.

2) Claudio Gentile
Gentile antara pemain yang kejam dan kasar apabila menjejakkan kaki ke padang. Dia menjadi terkenal setelah menghantar Diego Maradona keluar padang pada Piala Dunia 1982 selain, mengoyakkan baju Zico pada perlawanan sama.

Mario Kempes pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Gentile “Jika anda ke tandas, Gentile akan ikut anda ke sana.”

1) Antonio Cassano
Dilahirkan sehari selepas Itali memenangi Piala Dunia 1982, ‘El Pibe de Bari’ dikatakan sebagai pemain paling berbakat apabila mula mencetus fenomena pada usia 17 tahun setelah menyumbat gol untuk Bari ketika menentang Inter.

Cassano mempunyai buku autobiografi yang bertajuk Vi Dico Tutto atau Saya Memberitahu Anda Segalanya. Di dalam buku tersebut ada mengatakan dia pernah bergaduh dengan jurulatih, Luciano Spalletti “Anda tidak mengajar semua pemain tidak guna itu di Udinese, itu bukan rumah awak tetapi rumah saya.”