Bintang Arsenal bergaduh di bilik persalinan

Tuesday, April 12, 2011

Oleh Tom Witham

Penyerang Arsenal Robin van Persie dilaporkan terlibat dalam pergaduhan di bilik persalinan dengan teman sepasukan Abou Diaby semasa the Gunners' menang 3-1 kepada Blackpool pada hari Ahad (10hb April).

Pemain penyerang Belanda dan pemain tengah Perancis itu terpaksa dipisahkan oleh beberapa pemain lain dalam skuad Arsene Wenger selepas satu pertengkaran berlaku antara mereka, lapor Daily Mirror.


Dipercayai bahawa van Persie telah kehilangan sabar terhadap tindakan Diaby selepas dilayangkan kad kuning kerana dengan sengaja menyepak bola keluar.

Diaby telah dikeluarkan daripada permainan pada Februari lepas apabila kelab London Utara itu mendahului dengan jaringan 4-0 dan akhirnya berkesudahan dengan keputusan seri 4-4 semasa menentang Newcastle dan kini van Persie mahu berhati-hati untuk mengelak daripada kejadian sama berulang.

Pasangan tersebut bertengkar di dalam bilik persalinan semasa berada di Bloomfield Road sebelum rakan-rakan sepasukan mereka yang lain masuk campur untuk meredakan mereka, jelas akhbar.

Sementara itu, penjaga gol veteran Jerman, Jens Lehmann – yang telah dipanggil untuk bersama pasukan itu pada minit-minit terakhir sebelum sepak mula bermula menentang Blackpool selepas kecederaan Manuel Almunia semasa melakukan pemanasan badan – mungkin bermain untuk perlawanan terakhirnya bersama kelab pada hari tersebut.

Ini kerana Wojciech Szczesny hampir kembali selepas dia cergas sepenuhnya dan berkemungkinan akan beraksi apabila menentang Liverpool hujung minggu ini.

Arsenal masih di dalam persaingan untuk gelaran Liga Perdana, dan ketika ini mereka cuba untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Manchester United dengan tujuh mata serta satu perlawanan dalam tangan. 



(Sumber: http://www.uknetguide.co.uk/)

1 Komen:

  1. Filippo said...:

    ni apa gadoh2 plak...
    mcm mana nk mng cup nnt...huhuhu