Showing posts with label Gooner. Show all posts
Showing posts with label Gooner. Show all posts

Bacary Sagna: Tanpa Cesc Fabregas & Samir Nasri, Arsenal masih kuat

Wednesday, August 24, 2011
Sagna jamin Arsenal masih mampu bersaing, walau tanpa kehadiran dua pemain tengah


Oleh Happy Susanto

Bacary Sagna yakin Arsenal masih mampu bersaing dalam liga teratas, meskipun terpaksa kehilangan pemain perancang Cesc Fabregas dan Samir Nasri pada musim panas ini.

Fabregas telah secara rasmi menyarungi jersi Barcelona, manakala Nasri sedang menuju ke Manchester City setelah memperolehi persetujuan dengan pihak the Gunners.

Pengurus Arsene Wenger telah membawa masuk Gervinho, Alex Oxlade-Chamberlain, Carl Jenkinson, dan Joel Campbell.

Arsenal positif

Saturday, August 20, 2011

LONDON: Arsenal tidak pernah tumpas kepada Liverpool di gelanggang sendiri sejak memasuki era milenium namun situasi itu mungkin berubah apabila prestasi Gunners tampak goyah dalam dua perlawanan awal musim ini.

Perpindahan Cesc Fabregas dan kedudukan Samir Nasri masih belum menentu menyebabkan pengurus, Arsene Wenger kini kehilangan dua tonggak utama menjelang pertembungan getir di Stadium Emirates, hari ini.

Tambah memeritkan apabila masalah kecederaan dan penggantungan pemain melanda skuadnya yang menyaksikan pemain tengah, Alex Song dan pemain baru, Gervinho digantung perlawanan selepas bergaduh dengan Joey Barton ketika seri 0-0 di Newcastle minggu lalu.

Robin Van Persie ucap tahniah pada Cesc Fabregas

Friday, August 19, 2011
Robin Van Persie dan Jack Wilshere akui kehilangan Cesc Fabregas


Oleh Tegar Paramartha

Kapten baru Arsenal Robin van Persie mengucapkan tahniah ke atas selesainya proses perpindahan Cesc Fabregas ke kelab Sepanyol Barcelona dalam pasaran perpindahan musim panas ini.

Seperti yang diketahui, Cesc telah rasmi menyarungi jersi Barcelona. Malah, pemain pasukan kebangsaan Sepanyol tersebut telah menjalani penampilan pertamanya bersama Barcelona dengan mengalahkan Real Madrid dalam perlawanan Piala Super Sepanyol.

Theo Walcott: Saya menjadi pemain tertua dalam kelab!

Theo Walcott menyedari bahawa dia telah menjadi salah seorang pemain tertua di Arsenal

Oleh Tegar Paramartha

Pemain Arsenal Theo Walcott mengaku bahawa bukanlah sesuatu masalah baginyapabila dia diberi tanggungjawab yang lebih besar pada musim ini.

Walcott menyedari, dalam usianya yang ke-22 hari ini, dia telah menjadi salah seorang pemain tertua di dalam skuad kendalian Arsene Wenger.

Ryo Miyaichi tidak ingin dipandang tinggi

Thursday, August 18, 2011
Ryo Miyaichi anggap dirinya masih belum layak untuk dibandingkan dengan Ronaldinho


Oleh Tegar Paramartha

Pemain muda Arsenal yang berasal dari Jepun Ryo Miyaichi menegaskan, dirinya belum layak untuk dipandang tinggi sebagai seorang pemain bolasepak dan dibandingkan dengan Ronaldinho.

Dia menyatakan bahawa dia akan tetap menjejakkan kaki di tanah dan tidak akan terbawa oleh arus pujian yang menghampiri dirinya.

Bacary Sagna: Arsenal tetap padat

Bacary Sagna anggap Arsenal harus menampilkan pertahanan seperti dua perlawanan terakhir, untuk dapat meraih kejayaan


Oleh Tegar Paramartha

Pemain pertahanan Arsenal Bacary Sagna menganggap kemenangan pasukannya ke atas Udinese dalam kelayakkan Liga Juara-juara menunjukkan bahawa mereka masih padat.

"Itu adalah gol terbaik, mencetak gol tanpa dibolosi. Itu bukan sesuatu perkara yang mudah kerana mereka mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi kami memenangi perlawanan jadi kami harus terus melangkah ke hadapan," ujar Sagna kepada Arsenal Player.

Bacary Sagna: Aaron Ramsey tidak kalah hebat

Wednesday, August 17, 2011
Sagna menyatakan bahawa Ramsey mampu menutup lubang yang ditinggalkan Cesc Fabregas


Oleh Gunawan Widyantara

Pemain pertahanan Arsenal Bacary Sagna memberi sokongan kepada Aaron Ramsey untuk memberikan impak besar di Emirates selepas kepergian Cesc Fabregas.

Ramsey bermain dengan baik ketika the Gunners menewaskan Udinese 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Juara-juara dan Sagna berpendapat bahawa bekas pemain Cardiff City itu mampu mengisi lubang kosong yang ditinggalkan Fabregas.

Theo Walcott ingin jadi penyerang tengah

Theo Walcott tidak gemar bermain sebagai penyerang sayap


Oleh Anugerah Pamuji

Theo Walcott sejak beberapa musim terakhir memang kerap dijadikan oleh jurulatih Arsene Wenger sebagai penyerang sayap, bahkan dia beberapa kali diletakkan di bahagian belakang dalam posisi sayap tengah dalam formasi 4-4-2.

Perkara tersebut diakuinya sedikit sebanyak membuatkan dia agak kecewa. Menurutnya, bermain di bahagian tepi sebegitu tidak mengembirakannya. Apa yang diinginkan oleh Walcott adalah kembali bermain dalam posisi asalnya, iaitu sebagai penyerang tengah. Dan harapan itu sangat dinantikan oleh pemain sayap Inggris ini untuk musim baru ini.

Aaron Ramsey: Lupakan Cesc Fabregas, Arsenal!

Aaron Ramsey berpendapat kepergian Cesc Fabregas tidak akan menjejaskan kekuatan Arsenal pada waktu ini


Oleh Anugerah Pamuji

Kepergian Cesc Fabregas sedikit banyak telah memberi kesan keraguan sesetengah pihak akan halatuju Arsenal dalam kempen yang sedang mereka lalui pada waktu ini. Seperti yang diketahui, bekas ketua pasukan Arsenal itu akhirnya memutuskan untuk menyarungi jersi Barcelona pada musim panas ini.

Namun begitu, pemain tengah Aaron Ramsey tidak melihat perpindahan Cesc adalah "bencana" bagi the Gunners. Pemain tengah tersebut berusaha untuk mengetepikan anggapan-anggapan negatif berkaitan kehilangan pemain Sepanyol tersebut.

Nicklas Bendtner mungkin kekal

Tuesday, August 16, 2011
Arsenal mungkin akan kekalkan penyerang Denmark tersebut musim ini

Oleh M Yanuar F

Arsene Wenger tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan Nicklas Bendtner pada musim ini, walaupun pemain tersebut yakin akan mendapat kelab baru.

Manajer Arsenal itu menyatakan setakat ini belum ada tawaran yang datang untuk Bendtner dan apabila keadaan ini berterusan sehingga tertutupnya jendela perpindahan musim ini, tenaga pemain yang berasal dari Denmark itu akan terus diperlukan.

Cesc Fabregas: Arsenal masih miliki Jack Wilshere & Aaron Ramsey

Arsenal dianggap akan tetap memberi daya saingan dengan bantuan dua pemain muda mereka pada musim ini


Oleh M Yanuar F

Cesc Fabregas meyakinkan peminat Arsenal bahawa kelab akan tetap berdaya saing setelah dirinya meninggalkan Stadium Emirates.

Pemain Barcelona itu menganggap Arsenal masih memiliki dua pemain berbakat dan memiliki masa depan cerah yang mampu membawa pasukan ke arah kejayaan yang lebih baik dari musim lalu. Dua pemain versi Fabregas itu adalah Jack Wilshere dan Aaron Ramsey.

"Saya telah melihat persembahan Aaron selama tiga tahun dan Jack untuk dua setengah tahun. Jack pastinya akan menjadi ketua pasukan Inggeris pada masa akan datang, tidak diragukan lagi," ungkap Fabregas.

Cesc: Terima kasih Arsene Wenger

Monday, August 15, 2011
Fabregas sampaikan ucapan terima kasih kepada Arsenal dan Wenger yang telah membentuknya menjadi pemain seperti sekarang


Oleh Donny Afroni

Pemain tengah baru Barcelona Cesc Fabregas menyatakan kegembiraannya menyertai Blaugrana pada musim panas ini, dan mengucapkan terima kasih kepada Arsene Wenger dan Arsenal yang telah memberikan kesempatan kepadanya semasa di London.

Fabregas telah lulus pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Barcelona. Fabregas yang akan memakai jersey bernombor 4 diperkenalkan kepada 20 ribu peminat di Nou Camp.

“Saya sangat gembira kerana dapat kembali semula ke kampung. Saya merasa harus mengejar peluang ini. Saya tidak tahu apakah peluang itu akan datang lagi atau tidak. Saya sempat berfikir mengenai perkara ini yang merupakan kesempatan terakhir untuk datang ke Barca,” ujar Fabregas.

Ray Parlour: Nama Arsenal lebih besar berbanding pemainnya

Sunday, August 14, 2011
Parlour melemparkan kritikan kepada Fabregas dan Nasri berkaitan khabar keluar kedua pemain tersebut


Oleh Donny Afroni

Bekas bintang Arsenal Ray Parlour menyatakan the Gunners tidak perlu khuatir jika akan mengalami kemerosotan seandainya kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Fabregas dan Nasri dilaporkan bakal meninggalkan Emirates dalam waktu terdekat. Fabregas ingin kembali ke kelab semasa kecilnya, Barcelona manakala Nasri ke duo Manchester, samada United ataupun City.

Ryo Miyaichi peroleh permit di Inggeris

Tuesday, August 9, 2011
Miyaichi kini boleh perkuat Arsenal dalam kejohanan yang disertai the Gunners pada musim 2011/12

Oleh Donny Afroni

Harapan Ryo Miyaichi agar dapat bermain bersama Arsenal pada musim 2011/12 akhirnya menjadi kenyataan setelah pemain berasal dari Jepun itu mendapatkan permit kerja dari kerajaan Inggeris.

Miyaichi menyertai Arsenal pada Januari lalu, namun menghabiskan musim bersama klub Eredivisie Feyenoord kerana belum memperolehi permit. Perkara ini dilakukan agar Miyaichi mendapatkan pengalaman dalam bolasepak Eropah, dan secara tidak langsung menanti leputusan permitnya.

Arsenal Bersiap Perpanjang Kontrak Robin Van Persie


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal Arsene Wenger dilaporkan telah bersedia untuk memperpanjangkan kontrak untuk Robin van Persie.

Pemain berasal dari Belanda tersebut akan memasuki tahun terakhirnya pada akhir musim depan dan Wenger menyedari bahawa mereka harus segera mencorakkan masa depan Van Persie dan terhindar dari penjualan dengan harga rendah.

Janji Van Persie buat Arsenal

Monday, August 8, 2011

LONDON: Robin van Persie berjanji menjadikan kegagalan Arsenal musim lalu sebagai pengajaran berguna dalam usaha penyerang Belanda itu menamatkan kemarau enam tahun tanpa sebarang piala kelab berkenaan.

Dia yang dikurniakan bakat luar biasa serta semangat juang tinggi di atas padang, seharusnya berada dalam sebuah pasukan yang merangkul piala demi piala saban tahun, tetapi bersama Arsenal, sumbangannya tidak berakhir dengan kejuaraan.

Wenger: Saya faham ketidaksabaran terhadap pengambilan baru

Sunday, August 7, 2011

Oleh Richard Clarke di Lisbon

Arsène Wenger memahami kekecewaan penyokong mengenai pengambilan baru pemain Arsenal dalam pasaran perpindahan musim panas ini dan berharap agar dapat menyediakan "berita gembira" tidak lama lagi.

Sejak jendela perpindahan dibuka pada Jun, pengurus tersebut telah membawa masuk Gervinho dan pemain muda Carl Jenkinson. Kedua-duanya merupakan sebagai tambahan untuk meningkatkan kualiti kelab namun Wenger mengakui bahawa dia mahu untuk terus menambah kekuatan pasukan.

Dengan musim baru yang hanya tinggal lebih seminggu sahaja lagi, dalam satu temubual eksklusif dengan Arsenal Player selepas Piala Eusebio di Benfica, lelaki dari Perancis tersebut menyatakan bahawa dia sedang gigih berusaha untuk mencapainya.

Arsenal akhiri pra-musim dengan kekalahan kepada Benfica


Benfica 2-1 Arsenal, Estadio da Luz, Portugal.

Arsenal played their final pre-season game of the summer in Lisbon, where a second half capitulation handed Portuguese side Benfica the Eusébio Cup.

The Gunners telah bertandang ke Estadio da Luz untuk menebus kekecewaan di Piala Emirates dan telah berjaya mengawal permainan selama 45 minit dengan persembahan mengagumkan oleh pemain baru Gervinho.

Arsene Wenger: Percayalah pada kami

Friday, August 5, 2011
Arsene Wenger yakin Arsenal telah melakukan persiapan untuk menyambut musim baru dengan sangat baik.


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal Arsene Wenger meminta kepercayaan peminat the Gunners, kerana jurulatih berasal dari Perancis tersebut yakin skuadnya telah melakukan persiapan dengan baik.

Seperti yang diketahui, Arsenal akan menghadapi musim Liga Perdana Inggeris dengan perlawanan-perlawanan yang berat. Dengan perlawanan yang akan mengunjungi Newcastle United kemudian diikuti oleh perlawanan menentang Liverpool dan Manchester United.

Pemain Arsenal berhutang gelaran juara

Tuesday, July 26, 2011
Peminat Arsenal tetap setia walaupun kelab tidak meraih gelaran juara...


Oleh Gunawan Widyantara

Pemain sayap Arsenal Theo Walcott mengakui para pemain skuad the Gunners memiliki hutang trofi untuk diraikan oleh para peminat setia mereka.

Musim lepas Arsenal harus berpuas hati setelah berada di tempat ke empat dalam kumpulan teratas pada akhir Liga Perdana Inggeris, sebuah fakta yang ingin cepat dilupakan oleh pemain yang dikenali memiliki kepantasan tinggi tersebut.