Showing posts with label Liga Juara-juara Eropah. Show all posts
Showing posts with label Liga Juara-juara Eropah. Show all posts

Hambat Udinese, Arsenal genggam tiket ke Liga Juara-juara

Wednesday, August 24, 2011

Gol-gol Robin van Persie dan Theo Walcott membawa Arsenal mengubah dari ketinggalan dan menutup perlawanan di Friuli dengan kemenangan 2-1


Oleh Dede Sugita

Kemenangan ke atas Udinese dalam play-off Liga Juara-juara 2011/12 telah memastikan langkah Arsenal ke babak utama kejuaraan antara kelab termewah di Eropah itu.

Setelah membolosi wakil dari Serie A itu 1-0 di Emirates minggu lalu, the Gunners kembali menggasak Le Zebrette 2-1 pada perlawanan ke dua semasa mereka bertamu ke Friuli.

Arsenal minta hukuman Arsene Wenger ditunda selepas lawan Udinese

Tuesday, August 23, 2011
The Gunners berharap agar pengurus dapat memimpin anak buahnya dalam perlawanan di Friuli


Oleh Dede Sugita

Pertubuhan tertinggi bolasepak Eropah, UEFA, menyatakan bahawa Arsenal meminta hukuman dua pergantungan perlawananan untuk Arsene Wenger dalam kancah Liga Juara-juara ditunda sehingga selesai petembungan ke Udinese.

Pengurus the Gunners itu dijatuhi hukuman tambahan lantaran terus memberikan arahan kepada para pemainnya semasa Arsenal bertemu dengan Le Zebrette dalam perlawanan pertama play-off Liga Juara-juara 2011/12 minggu lepas.

Arsenal cari penawar di Udinese

Selepas gagal dua aksi pertama EPL


PARIS: Arsenal membawa bekalan 1-0 ke Itali esok menjelang pertemuan kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Udinese, manakala Bayern Munich dan Lyon juga memburu tempat ke saingan peringkat kumpulan.

Barisan Arsene Wenger sudah mengatasi rasa kehilangan Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona serta ketiadaan beberapa pemain penting lain untuk mencari kelebihan awal hasil jaringan Theo Walcott dalam perlawanan pertama.

Namun Udinese tidak bernasib baik mendapat jaringan di tempat lawan dan berharap menterbalikkan situasi itu di gelanggang sendiri, terutama ketika tahap keyakinan lawan Inggeris itu semakin rapuh selepas kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada Liverpool, beberapa hari lalu.

Francesco Guidolin: Arsenal masih pilihan

Sunday, August 21, 2011
Francisco Guidolin mengatakan Udinese mengharapkan nasib


Oleh Aditya Ramadhan

Francisco Guidolin, jurulatih Udinese, mengatakan Arsenal masih tetap pasukan pilihan untuk melepasi babak kelayakan Liga Juara-juara.

"Perlawanan kedua akan lebih ketat, keranaa kami harus mencipta gol untuk membuka peluang layak ke peringkat kumpulan," ujar Guidolin.

Walcott buat ‘Fab’ pantas dilupai

Thursday, August 18, 2011
Ledak gol tunggal kemenangan ke atas Udinese play-off Liga Juara-Juara


PARIS: Arsenal memulakan era tanpa Cesc Fabregas dengan nota kemenangan selepas menundukkan kelab Serie A Udinese 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama play-off Liga Juara-Juara tetapi ia bukanlah kemenangan meyakinkan.

Gol awal Theo Walcott sudah cukup tetapi Udinese memiliki beberapa peluang untuk sekurang-kurangnya memaksa keputusan seri dan masih berpeluang menebusnya dalam perlawanan timbal balik di Itali minggu depan yang pasti memberi tekanan tambahan kepada pengurus, Arsene Wenger.

Sesungguhnya prestasi memberangsangkan Udinese di gelanggang lawan memberi harapan kepada mereka untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan.

Antonio Floro Flores optimis singkirkan Arsenal

Wednesday, August 17, 2011
Penyerang Udinese yang tidak hadir di Emirates itu merasa pasukannya tidak patut kalah pada pertemuan pertama


Oleh Dede Sugita

Udinese telah tewas 1-0 oleh Arsenal di Emirates, tetapi mereka bersedia untuk menggempur kelab dari Inggeris tersebut dan menyambar tiket ke peringkat kumpulan dalam Liga Juara-juara dengan meraih kemenangan yang lebih besar apabila bertindak sebagai tuan rumah pada minggu depan.

Keyakinan tinggi Le Zebrette itu dinyatakan oleh penyerang Antonio Floro Flores. Menurut pemain berusia 28 tahun itu, rakan-rakannya tidak patut menelan kekalahan dalam perlawanan pertama kerana telah mempersembahkan permainan yang baik.

Arsenal menang tipis ke atas Udinese

Tuesday, August 16, 2011
Gol tunggal Theo Walcott bawa Arsenal atasi Udinese


Oleh Henry AA

Arsenal menjalani perlawanan perdana dalam babak play-off Liga Juara-juara dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Udinese, dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Emirates.

Turun tanpa ketua pasukan baru mereka, Robin van Persie yang masih menjalani hukuman kad merah, pasukan didikan Arsene Wenger ini seperti biasa cuba mengawal rentak permainan sejak permainan dimulakan.

Cesc Fabregas pergi, Arsenal tetap digeruni

Udinese tidak mahu pandang remeh Arsenal yang kehilangan beberapa pemain mereka


Oleh M Yanuar F

Keluarnya Cesc Fabregas yang bakal disusuli Samir Nasri, tidak membuatkan Arsenal lumpuh, begitulah keyakinan Francesco Guidolin.

Perkara itu diungkapkan jurulatih Udinese menjelang perlawanan playoff Liga Juara-juara menentang Arsenal di Stadium Emirates.

Menurut Guidolin, Arsenal memiliki pemain berkualiti yang cukup untuk mampu bersaing walaupun Fabregas, dan mungkin Nasri, meninggalkan kelab.

Arsene Wenger minta semua pihak tidak panik

Monday, August 15, 2011
Wenger ingatkan pentingnya kesepakatan menjelang pertandingan menentang Udinese


Oleh Donny Afroni

Pengurus Arsenal Arsene Wenger meminta agar para pemain tidak perlu merasa khuatir tentang perpindahan Cesc Fabregas ke Barcelona, dan memilih untuk terus menumpukan perhatian untuk menghadapi Udinese dalam perlawanan play-off Liga Juara-juara.

Arsenal menempah tempat ke-empat pada akhir musim lepas dalam Liga Perdana, dan kini terpaksa melalui perlawanan play-off. Menjelang pertemuan menentang Udinese, Arsenal terpaksa kehilangan Fabregas, kerana bekas ketua pasukan the Gunners itu kini telah memakai jersi Barcelona.

Arsenal daftarkan Cesc Fabregas untuk Liga Juara-juara

Tuesday, August 9, 2011
Pendaftaran Fabregas ke dalam skuad Arsenal dalam Liga Champions akan menghadirkan cerita menarik


Oleh Donny Afroni

Kesatuan Bolasepak Eropa (UEFA) menyatakan bahawa Arsenal telah menyenaraikan nama Cesc Fabregas ke dalam skuad the Gunners untuk play-off Liga Juara-juara menentang Udinese.

Pendaftaran pemain yang dilakukan oleh Arsenal ini bakal menimbulkan masalah pada masa akan datang. Berdasarkan peraturan UEFA, pemain yang sudah diturunkan pada peringkat play-off tidak boleh diturunkan oleh kelab lain pada fasa berikutnya.

Undian Play-Off Liga Juara-juara temukan Arsenal & Udinese

Friday, August 5, 2011
Hasil undian peringkat play-off Liga Juara-juara mengejutkan


Oleh M Yanuar F

Arsenal akan berhadapan dengan Udinese untuk menenpah tiket ke peringkat kumpulan dalam kancah Liga Juara-juara musim ini.

Pertemuan antara pasukan Italy dan Inggeris tersebut merupakan salah satu hasil daripada undian peringkat play-off Liga Juara-juara yang dilakukan di Nyon, Switzerland.

Selain Arsenal yang bakal menentang Udinese, hasil undian lain mempertemukan kelab gergasi Bundesliga Jerman Bayern Muenchen menghadapi wakil dari Switzerland, FC Zurich.

Rangers, Dynamo jadi mangsa penyingkiran awal


PARIS - Gergasi bola sepak Scotland, Rangers dan gergasi Ukraine, Dynamo Kiev merupakan nama besar yang menjadi mangsa penyingkiran pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, semalam.

Rangers gagal bangkit daripada kekalahan 0-1 pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri minggu lalu, apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Malmo di Sweden, sekali gus tersingkir menerusi agregat 2-1. Malah, memburukkan lagi keadaan mereka menamatkan saingan dengan sembilan pemain.

Mario Gotze berharap bertemu Barcelona-Arsenal dalam Liga Juara-juara

Sunday, July 17, 2011
Namun daripada dua kelab tersebut, pemain Borussia Dortmund Mario Gotze teringin untuk merasai pengalaman melalui pertembungan bersama Barcelona.


Oleh Anugerah Pamuji

Sering terdapat kesan berlainan bagi kelab manapun yang menghadapi pasukan yang impresif dan menyerang seperti Barcelona dan Arsenal. Setidak-tidaknya begitulah pandangan di kalangan peminat bolasepak dalam reaksi mereka terhadap dua kelab raksasa Eropah itu.

Perkara yang sama turut dirasai oleh pemain serangan Borussia Dortmund, Mario Gotze. Baginya, bertemu dengan dua pasukan tersebut bakal menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

Keputusan terkini Liga Juara-juara

Sunday, May 29, 2011
Keputusan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011.

 

UEFA minta maaf harga tiket final terlalu mahal

Thursday, April 21, 2011

LONDON: Presiden UEFA, Michel Platini meminta maaf kelmarin kerana harga tiket final Liga Juara-Juara yang terlalu mahal dan mendakwa ia dijual lebih 10 kali ganda di pasaran gelap.

Harga tiket untuk perlawanan di Stadium Wembley pada 28 Mei itu, naik dua kali ganda daripada harga final dua tahun lalu buat sebahagian penyokong.

Chelsea buru empat teratas

Saturday, April 16, 2011
Selepas tiada peluang realistik untuk menjulang piala musim ini


LONDON: Fokus Chelsea tiba-tiba bertukar daripada mengejar kejuaraan kepada penentuan masa depan jurulatih Carlo Ancelotti sebaik tewas kepada Manchester United dalam Liga Juara-Juara, tempoh hari.

Kekalahan itu memberi tamparan buat pasukan kendalian Ancelotti yang kini tidak mempunyai peluang realistik untuk menjulang piala tahun ini, dan akan berkunjung untuk bertemu West Bromwich Albion dengan hanya sasaran mengejar tempat empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Keputusan terkini Liga Juara-juara

Thursday, April 14, 2011
Keputusan suku akhir ke-dua Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011.

Keputusan terkini Liga Juara-juara

Thursday, April 7, 2011
Keputusan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011.

Undian suku akhir Liga Juara-juara

Monday, March 21, 2011

Roo: Bawakan Barcelona kepada kami...!!!

Tuesday, March 15, 2011
Oleh NEIL CUSTIS

WAYNE ROONEY melaung 'Bawakan Barcelona' selepas Javier Hernandez menjaringkan dua gol untuk membawa Manchester United ke dalam pusingan Lapan Pasukan Akhir Liga Juara-juara.


Roo menyatakan bahawa United tidak akan takut kepada sesiapa pun dalam undian penentuan pada Jumaat - termasuk pasukan yang memperbudak-budakkan Arsenal iaitu Barcelona.

Katanya: "Kami yakin kami boleh menewaskan sesiapa pun yang bakal kami temui dalam pusingan berikut.

"Jika anda mahu memenangi kejohanan ini anda perlu bertemu dengan sesiapa pun - dan menewaskan mereka.

"Ia ialah satu perlawanan yang agak lasak, kami tahu Marseille ialah satu pasukan yang mempunyai fizikal yang besar tetapi kami perlu melaluinya dan akhirnya kami berhak untuk meperolehinya."

Rooney, 25, membantu Hernandez untuk jaringan gol pertama dan mengaku dia suka peranannya apabila bermain di belakang pemain Mexico itu.

Roo berkata: "Dia memperoleh peluang pergerakkan yang lebih banyak dan saya telah melakukan tugas saya di posisi yang mana merupakan posisi saya mula bermain secara profesional.

"Ia menggembirakan saya dan terima kasih kerana dia berjaya menyudahkannya.

"Jarang sekali pemain penyerang mendapat peluang untuk bergerak membawa bola dan gembira dalam permainannya. Tapi malam ini saya sangat berpuas hati."

Bos mereka Alex Ferguson gembira dengan keserasian antara mereka apabila mendapat kemenangan Liga Juara-juara ke-100nya - dan kemenangan Eropah ke-150 United.

Fergie berkata: "Wayne telah bermain di tempat itu dalam beberapa perlawanan dan dia menjadi satu ancaman besar dan dia turut menikmati kebebasan.

"Dia seolah-olah memperoleh kuasa serta kelajuan dan Hernandez tidak percaya dengan pergerakannya - pemain itu telah menjaringkan gol darinya."

Ferguson kini percaya United berupaya mendapat keputusan yang baik di tempat lawan dan ia boleh membawa mereka untuk mendapat tempat terbaik di Eropah.

Katanya: "Ia peluang terbaik kami kerana kita mampu meperoleh keputusan yang baik di tempat lawan."

Ditanya mengenai kemenangan ke-100 Liga Juara-juara ke-100nya, dia menambah: "Saya bangga pencapaian pasukan.

"Kami telah menimba pengalaman yang menarik dalam Piala Eropah. Ia perlawanan terbaik bagi sesiapa pun."

Semalam United telah membilang jumlah kemenangan mereka.

Skipper Nemanja Vidic telah dikeluarkan selepas satu kecederaan betis dan mungkin juga terlepas perlawanan Sabtu dalam pertembungan Liga Perdana dengan Bolton.

Tetapi John O'Shea and Rafael kedua-dua mengalami kecederaan urat kaki dan mungkin akan diketepikan untuk jangka waktu sebulan.



(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)