Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Matsuda mati sakit jantung

Friday, August 5, 2011

TOKYO: Bekas pemain pertahanan Jepun, Naoki Matsuda meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung, dua hari selepas jatuh ketika sesi latihan. Dia berusia 34 tahun.

Matsuda, yang membuat 40 penampilan bersama Jepun dan turut menyarung jersi negaranya ketika Piala Dunia 2002, diberi alat bantuan pernafasan di hospital selepas tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Fifa lancar ‘Anti-Diskriminasi’

Thursday, July 14, 2011
 

PERSEKUTUAN Bola Sepak Dunia (Fifa) semalam mengambil kesempatan melancarkan ‘Kempen Anti-Diskriminasi’ ketika Kejohanan Piala Dunia Wanita 2011 berlangsung di Jerman.

Presiden, Joseph S Blatter berkata, kempen itu semasa perlawanan separuh akhir di Frankfurt dan Monchengladbach bagi menerangkan kepada masyarakat mengenai sebarang bentuk ketidakadilan sosial.

Arsenal: Hari ke-4 di Kuala Lumpur


Oleh Josh James di Kuala Lumpur

Empat jaringan gol tanpa bolos, setiap pemain beraksi dan sokongan yang tidak akan dilupa dari peminat - semuanya dalam perlawanan sebuah malam yang meyempurnakan jejalah Arsenal ke Malaysia.

'Lethal Gunners' adalah tajuk utama di muka surat belakang akhbar The Star di Kuala Lumpur pagi ini, dan seterusnya akhbar itu menyatakan bahawa 'Arsenal memberikan pengajaran buat Malaysia dalam bolasepak' serta mengulas lanjut dalam tiga muka surat.

Bangga melihat penyokong Arsenal di Malaysia

Wednesday, July 13, 2011

Assalamualaikum,

Tentu ramai di antara pembaca 'Blog The Gunners Malaysia' pada hari ini sangat teruja dengan kehadiran kelab bolasepak kesayangan kita terutama apabila berjaya melihat mereka di hadapan mata sendiri serta menangkap imej mereka melalui lensa kamera peribadi. Selama ini kita cuma dihidangkan dengan persembahan mereka melalui kaca-kaca televisyen.

Tidak kurang dengan itu, ada yang berpeluang mengambil gambar bersama pemain kelab kesayangan, melakukan sesi autograf serta sempat berbual kecil bersama para pemain. Dalam thread kali ini, penulis ingin sekali menyatakan ribuan terima kasih terhadap semua penyokong Arsenal yang hadir ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan persahabatan di antara kelab kesayangan kita skuad the Gunners, Arsenal bersama pasukan kebangsaan kebanggaan kita, skuad Harimau Malaya, Malaysia. Penulis ingin menyatakan rasa kagum penulis di ruangan ini serta rasa bangga penulis kepada semua penyokong yang hadir.

Wilshere - Kekal teguh dan kita akan jadi juara


Oleh Chris Harris

Kekuatan karakter dan beberapa wajah-wajah baru mampu menjadikan Arsenal juara pada musim ini, menurut Jack Wilshere.

Pemain berusia 19 tahun itu menikmati musim perkembangan yang menakjubkan bagi kelab dan negaranya sepanjang musim 2010/11 lepas, dengan melakukan lebih banyak kemunculan dalam skuad utama berbanding mana-mana rakan sepasukan Arsenalnya dalam memperkukuhkan dirinya sebagai pemain bahagian tengah England.

Arsenal: Hari ke-3 di Kuala Lumpur


Oleh Josh James di Kuala Lumpur

Sesi latihan semalam tidak pernah dialami oleh mana-mana pemain Arsenal sebelum ini.

Selepas menandatangani autograf kepada peminat yang bertempat di hotel yang terletak di pinggir KL itu, para pemain akhirnya di hantar ke Stadium Bukit Jalil pada jam 6.30pm.

Lionel Messi gemarkan Arsenal & Manchester United

Thursday, July 7, 2011

Pemain lincah tersebut menyukai gaya permainan dua klelab Inggeris yang disingkirkan oleh Barca dalam Liga Juara-juara pada musim lepas itu.

Oleh Dede Sugita

Lionel Messi mengaku bahawa dirinya menyukai gaya permainan yang ditampilkan oleh Arsenal dan Manchester United.

Kedua-dua pasukan Inggeris itu ditewaskan oleh Barcelona dalam perjuangan menuju ke peringkat kejuaraan dalam kejohanan Liga Juara-juara 2010/11.

Piala Emirates

Saturday, July 2, 2011

Oleh Alfreedino Ahmad

Piala Emirates merupakan sebuah perlawanan bolasepak pra-musim dua hari tahunan yang dihoskan oleh kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal dan diadakan di Stadium Emirates, di halaman sendiri kelab tersebut. Ia merupakan kejohanan yang sama Kejohanan Amsterdam dihoskan oleh Ajax.

Arsenal dedah jersi ke-2 ulangtahun ke 125 untuk musim 2011/12

Monday, June 27, 2011

15 perpindahan terbesar bintang bolasepak sepanjang masa

Tuesday, June 21, 2011
Oleh Joe Tansey

Dengan musim pemindahan yang sedang hangat dan lebih banyak wang perbelanjaan dikeluarkan dari biasa dan bintang-bintang terkemuka bertukar dari kelab besar ke satu kelab besar yang lain telah menjadi satu kebiasaannya, tiba masanya untuk mengenang kembali perpindahan15 bintang besar yang terkenal sepanjang masa.

Dari Cristiano Ronaldo ke Ronaldo, dari David Beckham ke Zinedine Zidane dan beberapa lagi yang lain, di sini kita tampilkan perpindahan 15 bintang bolasepak terkenal sepanjang masa. 

United, City masih ada harapan dapat Sanchez


LONDON: Manchester City dan Manchester United mendapat harapan baru dalam usaha mereka menandatangani Alexis Sanchez selepas Udinese mendakwa pemain itu tidak akan menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Pemilik Udinese, Gianpaolo Pozzo berkata, Barca masih belum memenuhi permintaan terhadap tawaran harga yang mereka berikan untuk Sanchez, selain turut meningkatkan tawaran awal mereka kepada 27 juta pound (RM132.81 juta)

Alisher Usmanow tingkatkan sahamnya 20% di Arsenal

Lelaki Russia tersebut telah membeli tambahan 2% kepentingan dalam the Gunner selepas menaikkan tawaran yang dibuat oleh Stan Kroenke untuk saham di Arsenal Holdings, dengan ini bermaksud tiada kuasa muthlak


Oleh Alex Fisher

Pemegang saham Arsenal Alisher Usmanov telah menguatkan kedudukannya di dalam lembaga the Gunners selepas meningkatkan kepentingannya di dalam kelab kepada 29%.

Selepas pemegang saham majoriti Stan Kroenke meningkatkan kepentingannya kepada 67% pada April, telah dijangka bahawa lelaki Amerika tersebut akan mengambil alih kawalan keseluruhan kelab, namum peningkatan 2% Usmanow telah memberi mesej jelas bahawa dia tidak bersedia untuk itu berlaku.

Jangan ukur kejayaan Arsenal melalui trofi sahaja

Monday, June 20, 2011
Oleh Jack Preston

Arsene Wenger dikritik kerana keengganannya melenturkan kuasa kewangan Arsenal dalam jendela perpindahan, yang akhirnya telah menyebabkan the Gunners tidak berkemampuan dalam halangan terakhir (atau lebih awal) pada hampir setiap kejuaraan sejak 2005. Tetapi bolehkah sesuatu kejayaan itu diukur dalam cara yang lain selain daripada kejuaraan? Ya, ia boleh.

Morinho tukar formasi dari 4-2-3-1 kepada 4-3-3

Sunday, June 19, 2011
Jose Morinho akan melakukan pertukaran bagi permulaan XI-nya pada penggal berikut untuk membenarkan Nuri Sahin berada dalam skuad utama berikutan ketibaannya dari Borussia Dortmund


Oleh Salvatore Landolina

Jurulatih Real Madrid Jose Mourinho bersedia untuk menukar formasi 4-2-3-1nya dan melaksanakan sistem 4-3-3 yang baru untuk musim akan datang, menurut Marca.

Perubahan ini dilakukan untuk memberikan ruang kepada Nuri Sahin mengambil posisi di sebelah kiri daripada tiga pemain di bahagian tengah.

Yang mana pula bakal menjadi Away Kit dan Third Kit bagi Arsenal?

Jersi ulangtahun ke 125 tahun Arsenal telah dilancarkan. Pada masa ini, hanya home kit sahaja yang telah kita ketahui namun pelbagai rumor telah kita dengar. Jadi, yang mana pula bakal menjadi away kit dan 3rd kit Arsenal?


Dalam banyak-banyak rumor tersebut, hanya salah satu daripadanya kelihatan hampir tepat kerana video di atas telah memberi sedikit bayangan kepada kita. Blog The Gunners Malaysia akan membawa anda untuk mengkaji screenshot semasa gambar Home Kit Wilshere sedang diambil.

Page 'Blog The Gunners Malaysia' di Facebook

Thursday, June 16, 2011
Kini 'Blog The Gunners Malaysia' telah melancarkan pagenya di laman web Facebook. Anda boleh melihat perkembangan yang berlaku di dalam blog ini melalui laman web tersebut. Dalam page tersebut, ia memuatkan link update terbaru yang telah diposkan untuk memastikan pengguna-pengguna facebook dapat melihat perkembangan yang berlaku dan tidak terlepas peluang untuk mengetahui berita-berita terbaru terutama tentang pasukan Arsenal serta beberapa pos lain berkaitan sukan bolasepak. Gambar-gambar berkaitan pasukan kegemaran kita ini juga turut dimuatkan di dalam page tersebut.
(http://www.facebook.com/pages/Blog-The-Gunners-Malaysia/105746809517613)

Skrin besar di Dataran Merdeka


PEMINAT bolasepak tempatan berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia menentang Lebanon melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, siaran langsung itu dibawakan oleh kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Malaysia vs Arsenal, Liverpool dan Chelsea - Sambutan hangat

Wednesday, June 15, 2011
Perlawanan Malaysia menentang Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Tiket-tiket mendapat mambutan memberangsangkan

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) - Tiket untuk perlawanan-perlawanan persahabatan antara Malaysia dan gergasi-gergasi Inggeris - Arsenal, Liverpool dan Chelsea di sini pada bulan depan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Arsenal bantu Poland untuk pengawasan hooliganism di Euro 2012

Tuesday, June 14, 2011
Hos bersama mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian bersama the Gunners bagi membantu menghasilkan pengawasan lebih baik kerana kebimbangan dalam aktiviti hooliganism sepanjang kejohanan tersebut.


Oleh Ananth

Poland FA telah mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian bersama Arsenal dalam latihan terhadap pelatih kawalan untuk Kejuaraan Eropah tahun depan, yang mana mereka merupakan tuan rumah bersama dengan Ukraine.

Terdapat beberapa masalah berkenaan hooliganism di Poland seketika dahulu, dan negara tersebut telah mencuba untuk mendapat bantuan dari the Gunners untuk memastikan bahawa peraturan akan terpelihara di dalam stadium.

Arsenal lancar jersi tuan rumah untuk ulang tahun ke-125

Thursday, June 9, 2011
Kelab Bolasepak Arsenal melancarkan pakaian kelengkapan tuan rumah untuk musim 2011/12 pada tengah malam Rabu lepas dengan acara istimewa untuk para penyokong yang hadir.

Di samping penampilan oleh tetamu legenda Arsenal seperti Rachel Yankey dan bintang pemain wanita Arsenal, Rachel Yankey, DJ turut dimainkan secara langsung di dataran Stadium Emirates dan peminat diberikan peluang untuk menguji kemahiran mereka dengan beberapa cabaran permainan bolasepak.