Saya tidak kisah jika tidak bermain lagi

Sunday, April 10, 2011
JENS LEHMANN kekalkan Arsenal dalam laluan pencarian gelaran - selepas itu dia sedia berundur dengan gembira jika inilah perlawanan terakhirnya.

Oleh MARTIN BLACKBURN 

Pemain veteran Jerman, 41, membuat kejutan dengan kembali berada di dalam skuad untuk kemenangan ke atas Blackpool.

Dan dia akan menjadi pemain tertua dalam sejarah the Gunners jika dia diturunkan untuk berhadapan dengan Liverpool pada hujung minggu depan.

Tetapi dia menolak bahawa memecahkan rekod Jock Rutherford adalah perkara terakhir dalam fikirannya.

Katanya: "Saya tidak pernah menjangkakannya tetapi ia berlaku dan kadang-kala hidup ini selalu berlaku kejutan-kejutan.


"Adakah saya akan bermain untuk perlawanan berikut? Saya tidak kisah kerana jika itu merupakan perlawanan terakhir saya, saya gembira dengannya kerana kami menang."

Walau bagaimanapun, Lehmann mendakwa dia berupaya untuk menyimpan Manuel Almunia menjadi pemerhati untuk seketika lagi.

Katanya: "Jurang di antara Manuel dan saya agak besar pada awalnya dan saya memerlukan 3 minggu untuk berkeadaan cergas.

"Kini saya telah kembali cergas secara fizikalnya. Marilah kita tunggu dan lihat apa yang apa berlaku kemudian."



(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)