BolaShebbie: Pengadil atau diktator?

Friday, March 11, 2011
PADA 15 Februari lalu di Stadium San Siro, ketika perlawanan Liga Juara-Juara di antara AC Milan menentang Tottenham Hotspur, pemain tengah Milan Mathieu Flamini menerjah ke arah Vedran Corluka dengan kedua-dua belah kakinya.

Akibatnya, Corluka cedera parah dan terpaksa diusung keluar padang. Tindakan pengadil adalah sekadar amaran kad kuning.


Pada 6 Mac pula, di Stadium Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United, pemain pertahanan The Reds, Jaime Carragher menerjah ke arah Nani dengan kedua dua belah kaki. Akibatnya, kaki Nani cedera teruk! Tindakan pengadil perlawanan adalah amaran kad kuning.


Dua hari selepas itu di Stadium Camp Nou, dalam perlawanan Liga Juara-Juara i antara Barcelona menentang Arsenal, penyerang Robin van Persie menyepak bola selepas pengadil meniup wisel. Tindakan pengadil adalah amaran kad kuning. Itu adalah kad kuning kedua van Persie dalam perlawanan itu yang bermakna dia terpaksa meninggalkan padang.


Pembaca kolum ini sudah tentu sedar saya kurang selesa dan senang dengan tahap pengadilan keseluruhan dan sekali lagi kita menyaksikan keputusan pengadil yang amat mengelirukan.

Dalam dua insiden pertama yang saya nyatakan tadi, kad merah harus dilayangkan kepada Mathieu Flamini serta Jaime Carragher kerana tindakan yang begitu kasar dan merbahaya.

Pemain yang dikasari cedera parah akibat tindakan itu.

Apakah agaknya dalam minda kedua-dua pengadil - Stephane Lannoy dari Perancis dan Phil Dowd dari England - pada waktu insiden itu berlaku? Bukankah seharusnya, Massimo Busacca dari Switzerland menggunakan budi bicara terhadap Robin van Persie yang ketika itu sudah miliki kad kuning? Jelas bahawa perkataan budi bicara dan pengadil sudah tidak serasi lagi dalam dunia bola sepak. Jelas pengadil sudah mula bertukar menjadi diktator di atas padang! Jelas bahawa pengadil sudah menjadi bintang bola sepak dunia. Setahu saya Undang-undang Perlawanan masih lagi sama di semua negara.

Dan Fifa melaung-laungkan kempen Fair Play ke semua pelusuk bumi ini!


(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

United tempang tanpa Nani

MANCHESTER - Manchester United bakal mengharungi perlawanan suku akhir Piala FA menentang Arsenal hari ini tanpa sayapnya, Nani, sekali gus menambah kepincangan pendahulu Liga Perdana England itu yang sudahpun kehilangan beberapa tonggak penting.

Nani mengalami kecederaan teruk di tulang kering ekoran terjahan keras pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher ketika pasukan itu kalah 3-1 di Anfield dalam saingan liga, Ahad lalu.

Kecederaan tersebut bukan saja menyebabkan pemain antarabangsa Portugal itu terlepas aksi menentang Arsenal, malah tidak dapat diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Olympique Marseille, Selasa depan.

Nani menambah masalah kecederaan skuad bimbingan Alex Ferguson itu yang sudahpun kehilangan tonggak pertahanan, Rio Ferdinand serta dua pemain tengah, Park Ji-sung dan Antonio Valencia.

Ferguson bagaimanapun enggan melihat ketiadaan Nani sebagai musibah buat pasukannya, sebaliknya menegaskan, apa yang penting United kekal bersatu dan akan berdepan Arsenal sebagai sebuah pasukan yang kuat.

"Kami pernah mengalami pengalaman seperti ini dan mampu bangkit. Ini bukan kali pertama berlaku sudah beberapa kali.

"Anda tidak mungkin melalui satu musim di mana semuanya sentiasa cerah. Apabila anda berdepan detik buruk, maka anda kena berdepan dengannya dan bangkitt,'' tegas Ferguson.

Menurut Ferguson, apa yang melegakan, pemulihan Nani berjalan pantas meskipun dia terpaksa disisihkan daripada dua perlawanan penting.

"Bengkak di kakinya sudah semakin susut, itu berita baik tetapi saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar bila dia boleh kembali beraksi.

"Mujurlah, kami akan berehat dua minggu selepas ini untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa bermula Sabtu depan, jadi dia pasti sedia beraksi sebaik liga disambung,'' ujar Ferguson lagi.

Arsenal akan turun ibarat 'singa lapar' hari ini selepas disingkirkan oleh Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu, malah masih kecewa dengan kekalahan kepada Birmingham pada final Piala Liga, dua minggu lalu. - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

PREVIEW: ARSENAL vs MANCHESTER UNITED


BARISAN BERKEMUNGKINAN

Arsenal: Almunia; Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs; Denilson, Wilshere, Nasri; Bendtner, Van Persie, Arshavin.

Manchester United: Van der Sar; Rafael, Smalling, Vidic, Evra; Fletcher, Carrick, Gibson, Giggs; Berbatov, Rooney.



TAHUKAH ANDA?
  • Manchester United telah memenangi lapan perlawanan-perlawanan terakhir di tempat sendiri.
  • Pasukan Sir Alex Ferguson tidak pernah kalah dalam enam perlawanan terakhir mereka menentang Arsenal di Old Trafford dalam semua kejohanan.
  • Manchester United telah menjulang Piala FA sebanyak 11 kali.
  • Arsenal telah memenangi Piala FA 10 kali dalam sejarah mereka.
  • Arsenal hanya memenangi satu daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan. Kemenangan terakhir mereka adalah melalui Piala FA menentang Leyton Orient apabila mereka menang 5-0 di Emirates.
  • Skuad the Gunners telah dibawa kepada dua kali perlawanan ulangan dalam pertandingan musim ini oleh Leeds and Leyton Orient.
  • Perlawanan ini adalah perlawanan pertama Arsenal menentang pasukan lawan dari Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan melibatkan piala musim ini.
  • Dalam 13 perlawanan Piala FA bagi kedua-dua pasukan, Manchester United telah memenanginya sebanyak enam kali manakala Arsenal sebanyak lima kali. Dua perlawanan berkesudahan seri.
  • Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger telah bertemu dalam Piala FA sebanyak 5 kali. United telah memenangi tiga daripadanya dan skuad the Gunners hanya memenangi satu. Terdapat dua keputusan seri yang salah satunya berlaku pada perlawanan akhir 2005 yang kemudiannya Arsenal memenangi trofi melalui keputusan penalti.
  • Secara keseluruhannya antara kedua-dua pasukan ini, Manchester United telah memenangi 87 kali pertemuan, sementara Arsenal telah memenangi pada 77. Keputusan seri antara keduanya adalah sebanyak 46 kali.

PERTEMUAN TERAKHIR

December 13, 2010: Manchester United 1-0 Arsenal

Park Ji-Sung menjaringkan satu-satunya gol perlawanan kepada Manchester United untuk meneruskan penguasaan mereka di tangga teratas Liga Perdana. Ia adalah pertembungan yang sukar tetapi Park bijak menggunakan tandukkannya untuk memastikan tuan rumah mendapat kejayaan dengan keputusan 1-0.



(Sumber: http://www.goal.com/)

FERGUSON: ARSENAL ANCAMAN TERBESAR UNITED MUSIM INI

Thursday, March 10, 2011
Oleh Rob Harris


LONDON — Pengurus Manchester United Alex Ferguson percaya Arsenal adalah ancaman terbesar pasukannya musim ini.

Walaupun Arsenal telah disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh Barcelona tanpa memberikan satu tentangan pun dalam perlawanan Selasa lepas, skuad the Gunners hanya tiga mata ketinggalan di belakang United dalam perlumbaan mengejar kejuaraan Liga Perdana dan mempunyai satu permainan dalam tangan.

United dan Arsenal turut bertemu dalam FA Cup suku akhir pada hari Sabtu nanti, dengan kedua-dua mencuba untuk segera bangkit dari keputusan teruk baru-baru ini. United mengalami kekalahan berturut-turut dalam persaingan liga kepada Chelsea dan Liverpool untuk menyekat kemaraan dalam Arsenal mencapai cita-cita, sementara skuad the Gunners juga kalah dalam peringkar akhir Piala Liga kepada Birmingham.

"Arsene Wenger dan pemain-pemainnya telah merombak kembali pasukan untuk datang menyerang dan memastikan mereka terus berada di tempat ke-2," kata Ferguson. "Musim lepas mereka merosot sekitar bulan Februari hingga Mac menyebabkan Chelsea dan pasukan kami ditinggalkan dalam satu persaingan yang melihat kami ditinggalkan dengan satu mata.

"Saya rasakan ramai spekulator melihat perkara yang sama akan berlaku pada musim ini, ditambah dengan cabaran dari Spurs and Manchester City membuat ia lebih sukar lagi untuk Arsenal kembali ke tangga teratas liga."

Tetapi itu tidak diketahui.

"Secara jelas mereka menjadi ancaman bahaya bagi kami mencapai cita-cita dalam persaingan sejak beberapa tahun lepas, dan saya pasti mereka menganggap kami sebagai ancaman utama bagi harapan mereka," Ferguson berkata.

Bagi pemain tengah Arsenal Jack Wilshere, keutamaan kini adalah liga.

"Mungkin sekarang kami telah tersingkir dari kejohanan Eropah, kami boleh jadi lebih kuat dalam liga, memberikannya tumpuan yang lebih banyak, memberi lebih perhatian untuk memenangi gelaran," kata Wilshere. "Kini kami perlu untuk menjadi kuat dalam liga, memberi lebih perhatian dan memastikan kami mendapat sebuah trofi pada hujung tahun ini."

Arsenal mungkin bukan satu-satunya pasukan yang akan merombak barisannya untuk Sabtu.

Wenger berkata bahawa ketua pasukan Cesc Fabregas akan menjadi pemerhati untuk "mungkin dua permainan berikutnya" dan penjaga gol Wojciech Szczesny akan direhatkan "untuk seketika" kerana kecederaan jari. Wenger menambah bahawa kelab mungkin terpaksa mencari penjaga gol tambahan melalui pinjaman.

Wilshere menjangka pemain-pemain utama United akan direhatkan kerana pasukan itu masih terlibat dalam persaingan Liga Juara-juaranya dalam 16 pasukan akhir pada Selasa menentang Marseille.



"Kami tahu Manchester United adalah sebuah pasukan yang hebat, tetapi mereka mempunyai satu perlawanan untuk kejohanan Eropah minggu depan, jadi mereka mungkin akan menurunkan barisan yang lemah, oleh itu kami boleh pergi ke sana dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan itu," kata Wilshere.

Disebalik kemarau gelaran Arsenal selama enam tahun ini, Manchester City pula belum memenangi apa-apa trofi sejak kemenangan Piala Liga 1976.

City, yang berada di tempat ketiga dalam liga, akan dikunjungi Reading untuk pertemuan ke-2 pada hari Ahad, yang telah menewaskan pasukan dari Liga Perdana, Everton dan West Bromwich Albion dalam FA Cup pada musim ini.

Perlawanan-perlawanan piala untuk West Ham dan Birmingham turut akan berlangsung sementara mereka dalam usaha untuk selamat dari penyingkiran dari Liga Perdana.

Birmingham, yang memenangi piala pertamanya dalam 48 tahun pada peringkat akhir Piala Liga bulan lepas, harus menewaskan Bolton pada hari Sabtu untuk mencapai peringkat separuh akhir FA Cup.

West Ham pula akan menghadapi Stoke pada hari yang berikutnya.



(Sumber: http://news.bbc.co.uk/)

Malaysia tak gentar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR

HALANGAN pusingan pertama berjaya dilepasi skuad bola sepak Olimpik kebangsaan setelah mereka mengikat Pakistan 0-0 pada aksi kedua di Stadium Punjab, Lahore malam kelmarin.

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 berbekalkan kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Shah Alam 23 Februari lalu.

Kini semua mata tertumpu kepada majlis undian pusingan kedua yang akan berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 30 Mac ini.

Untuk aksi pusingan kedua secara timbal balik pada 19 dan 23 Jun depan, Malaysia bersama 10 lagi pemenang pusingan pertama bakal diundi bertemu 13 pasukan yang mendapat bye pada pusingan pertama.

Kemungkinan lawan Malaysia pada pusingan kedua itu ialah Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, beliau tidak gentar siapa yang bakal ditentang pada pusi- ngan kedua nanti sambil menyuarakan keyakinan Malaysia mampu mencipta kejutan.

“Tiada mana-mana pasukan saya harapkan untuk diundi bertemu nanti. Ini kerana, jika telah mendapat bye, sudah tentu mereka semua pasukan yang bagus.

“Tetapi kita tidak akan menye- rah kalah sebelum turun beraksi dan akan memberi saingan. Dengan persiapan rapi, tak mustahil untuk kita mencipta kejutan,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Lahore semalam.

Andai berjaya melepasi pusingan kedua, Malaysia berpeluang menjadi 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk bersaing dalam enam perlawanan sepanjang 21 September 2011 hingga 14 Mac 2012.

Hanya juara setiap kumpulan akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertarung merebut satu slot pertemuan playoff dengan pasukan di tangga keempat saingan kelayakan zon Afrika.

Diminta mengulas aksi para pemainnya di Lahore kelmarin, Kim Swee berkata, sasaran untuk tidak melepaskan sebarang gol berjaya dicapai biarpun mereka gagal meraih kemenangan.

“Seperti dijangka, Pakistan mengasak dari awal tetapi pemain kita telah menjalankan tugas dengan baik. Cuma keadaan padang yang teruk tidak membenarkan kita bermain mengikut rentak sebenar.

“Pada babak kedua, kita mula menguasai permainan dengan mendapat tiga percubaan terbaik tetapi gagal disempurnakan dengan baik,” ujarnya.


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

ARSENAL CARI HARAPAN PIALA MENENTANG UNITED


LONDON - ARSENAL akan cuba membuang segala kekecewaan selepas terkeluar dari saingan Liga Juara-juara pada hari Sabtu apabila mereka akan melawat Old Trafford untuk satu pertemuan suku akhir Piala FA dengan Manchester United.

Selepas menyatakan persediaan pasukannya pada bulan lepas untuk mencabar empat kejuaraan yang julung-julung kali berlaku, Arsene Wenger akan hanya tinggal satu kejuaraan iaitu Liga Perdana sekiranya mereka ditewaskan pada hari Sabtu.

Kekalahan yang mengejutkan dalam peringkat akhir Piala Liga ke atas Birmingham telah diikuti dengan kekalahan pada hari Selasa menentang masterclass Nou Camp di tangan Barcelona, di mana Gunners kalah 3-1 pada malam itu, 4-3 atas agregat.

Perasaan kecewa dan penuh dendam terhadap kekalahan itu tidak dapat menyembunyikan realiti yang Arsenal telah ditewaskan dengan mudah di dalam kedua-dua perlawanan, dan Wenger kini perlu menaikan semangat pasukannya segera untuk sebuah lagi tugasan di tempat lawan. Arsenal tidak menewaskan Manchester United dalam tiga tahun ini dan dalam pertemuan di Old Trafford pun mereka mempunyai rekod yang lebih buruk, sepanjang lima tahun sejak 2006.

Satu lagi kekalahan pada hari Sabtu, menentang pasukan Manchester United yang telah berhadapan dengan kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool, dan keraguan akan keupayaan Arsenal dalam menghadapi permainan yang penuh dengan tekanan akan berlaku lagi.

Wenger telah berjanji untuk menyenaraikan barisan terkuat dalam pasukannya, dia percaya Arsenal amat memerlukan satu semangat rangsangan untuk mencapai kemenangan untuk memastikan pada baki musim ini mereka terus berada di landasan yang betul. 'Pada masa itu nanti kami memerlukan kemenangan yang besar, ia akan membantu kami kerana kita telah tewas dengan teruk baru-baru ini. Kami mengejar satu kemenangan seperti itu,' Wenger berkata pada minggu ini. -- AFP


(Sumber: http://www.straitstimes.com/)

FERGUSON AKUI UNITED 'LEMAH'



ENGLAND - Alex Ferguson mengakui pasukannya memang 'lemah' ketika kalah 1-3 kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana hujung minggu lalu dan pengurus Manchester United itu enggan memberikan alasan lain.

Untuk itu katanya, matlamat utama United kini adalah untuk menjarakkan kedudukan daripada Arsenal, yang ketika ini di tangga kedua liga.

"Tiada sebarang alasan yang dapat saya berikan kerana kalah Ahad lalu, Liverpool sememangnya layak menang.

"Memang saya rasa kecewa kerana kami tidak beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut namun saya tetap berharap prestasi pasukan ini dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik,'' kata Ferguson.

Arsenal hanya tiga mata di belakang United, ketika skuad Ferguson perlu fokus untuk perlawanan Piala FA menentang Gunners esok.

"Musim ini tidak banyak beza berbanding musim lalu kerana ada pasukan yang berupaya meningkatkan prestasi mereka ke tahap terbaik seperti Manchester City dan Spurs, yang mampu memberikan kesukaran kepada Arsenal.

''Saya juga yakin Arsene Wenger dan para pemainnya akan mengatur perancangan untuk menghambat kedudukan kami sebagai pendahulu liga.

''Ini juga adalah salah satu cabaran yang terpaksa kami harungi untuk mendapatkan kejuaraan Liga Perdana,'' kata Ferguson. - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

FABREGAS LUPAKAN AKSI OLD TRAFFORD

LONDON - Cesc Fabregas terlepas aksi Piala FA menentang Manchester United esok. Ketua pasukan Gunners itu mengalami satu lagi kecederaan pelipat lutut ketika pasukan itu kalah kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

Fabregas berkata: "Kira-kira 15 minit selepas permainan bersambung, saya rasa sakit di bahagian belakang dan ketika itu saya sedar harapan untuk terus bermain sudah berakhir,''.

Pemain tengah Sepanyol berusia 23 tahun itu akan menjalani ujian imbasan untuk mengetahui tahap kecederaannya itu.

Dia juga tidak beraksi pada perlawanan akhir Piala Liga dan seri dengan Sunderland di tempat sendiri selepas mengalami masalah kecederaan paha yang dialaminya ketika menentang Stoke.

Lebih memburukkan keadaaan buat bos Arsenal, Arsene Wenger ialah Thomas Vermaelen juga mungkin tidak dapat beraksi pada baki perlawanan musim ini.

Pemain pertahanan tengah dari Belgium itu menjalani pembedahan pergelangan kaki pada Januari lalu dan dijangka boleh beraksi pada bulan ini.

Namun kata Vermaelen: "Saya tidak tahu bila dapat beraksi. Apa yang pasti ia bukan bulan ini. Saya belum dapat menjalani latihan. Ia tempoh panjang yang sukar buat saya." - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

SPURS ENGGAN JUMPA BARCA

LONDON - Harry Redknapp memuji semangat juang pemain Tottenham ketika memastikan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara, semalam.

Namun bos Spurs itu merayu badan bola sepak Eropah UEFA: 'Jangan beri kami berdepan Barcelona!'

Permainan menarik pasukannya berjaya mempertahankan kelebihan satu gol daripada perlawanan pertama untuk menyingkirkan gergasi bola sepak Itali, Milan di White Hart Lane.

Sekurang-kurangnya mereka berjaya mara dengan agregat 1-0, lebih baik berbanding musuh setempat di utara London, Arsenal yang tersingkir kepada Barcelona di Sepanyol kelmarin.

Redknapp berkata: "Barcelona adalah pasukan yang sememangnya mahu anda elakkan. Mereka membuatkan pasukan seperti Arsenal, hampir tidak melawan.

"Saya rasa persembahan Barcelona tempoh hari adalah yang terbaik yang pernah saya saksikan. Mereka cukup menakjubkan.

"Bagi semua orang, untuk mengalahkan Barcelona adalah satu tugas yang amat sukar. Namun kami mahu mara sejauh yang boleh,''.

Bos Spurs itu akan tahu siapa akan menjadi lawan mereka pada suku akhir dalam undian Jumaat depan.

Mengenai perlawanan semalam, beliau menambah: "Malam ini adalah malam gemilang buat pemain, penyokong dan semua orang. Kami sangat gembira.

"Semua ini dicapai hasil kerja kuat. Anda sendiri lihat Milan adalah kelab yang hebat, memiliki tradisi yang hebat.

"Memang sukar apabila hanya memiliki kelebihan satu gol. Anda akan cuba mempertahankan kelebihan tersebut.

"Jika dua tahun lalu ada yang berkata bahawa selepas saya melatih semula pasukan ini yang menduduki tempat tercorot ketika itu saya mampu membawa pasukan ini ke suku akhir Liga Juara-Juara, anda harus katakan ia gila.

"Kini apa yang kami capai merupakan bonus. Amat menakjubkan kerana pemain berjaya melakukannya,''. - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

MALAYSIA LEPASI HALANGAN PERTAMA



LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.

Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0.

Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.

Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Swee tidak boleh terus dibuai mimpi dengan kejayaan tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu mengekalkan rentak kecemerlangan itu bagi menghadapi ujian yang dijangkakan lebih getir pada saingan pusingan kedua kelak.

Pada aksi pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan, skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam.

Sebanyak 13 pasukan terbabit mendapat undian bye pada pusingan pertama.

Apa-apa pun, tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama.


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

WILSHERE: KINI KAMI MESTI TUNJUKKAN SEMANGAT KAMI

Wednesday, March 9, 2011
Oleh Chris Harris

Jack Wilshere telah terpanggil untuk terus berusaha lebih keras dan menunjukkan semangat mereka untuk terus memastikan mereka tidak mengakhiri musim ini dengan tangan kosong.

Pemain berusia 19 tahun itu mempertikaikan andai pasukannya dikatakan menonjol di Nou Camp pada malam Selasa apabila skuad the Gunners tewas 3-1 kepada Barcelona, menjadikan kedudukan agregat 4-3.

Penyingkiran dari Liga Juara-juara itu hanya sembilan hari selepas mereka ditewaskan di peringkat akhir Piala Carling tetapi dua kejuaraan masih di dalam cengkaman Arsenal - mereka hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Liga Perdana Manchester United dan mereka dalam perjalanan ke Old Trafford Sabtu ini untuk suku akhir Piala FA menentang pesaing gelaran mereka.

Wilshere sangat kecewa seperti rakan-rakannya yang lain ketika dia meninggalkan Nou Camp tetapi dia tidak akan membiarkan kepalanya tertunduk.

"Kami perlu menaikkan semangat kami," kata pemain berusia 19 tahun itu. "Kami masih dalam perebutan kejuaraan, kita hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu dan masih mempunyai satu perlawanan di tangan. Kami berkunjung ke Manchester United dalam Piala FA pada hari Sabtu ini dan kami perlu meningkatkan semangat kami untuk mencapai kemenangan di sana.

"Kami tidak akan berputus harap, begitulah semangat Arsenal. Kami masih di dalam dua kejohanan dan kami mesti memperoleh sebuah trofi tahun ini, itulah sasaran kami."

Liga Juara-juara sentiasa melibatkan pertaruhan luar setiap kali pasukan Arsène Wenger ditemukan dengan Barcelona dalam peringkat Pasukan 16 terakhir. Bagaimanapun Wilshere menyesai dua keadaan genting dalam separuh masa ke-2 - Kad kuning kedua Robin van Persie kerana melengahkan masa dan peluang lewat Nicklas Bendtner merebut satu peluang gol terbuka.

"Robin amat marah, malah saya sendiri tidak dapat mendengar bunyi wisel," kata Wilshere. "Kami semua tahu ia adalah satu keputusan yang tidak patut, tetapi kami perlu menghadapinya dan meneruskan perjuangan. Ia aalah keputusan yang salah tetapi itu merupakan sebahagian daripada bolasepak.

"Saya berfikir bahawa kami menanganinya dengan baik, tetapi jika terdapat sebarang pasukan yang anda tidak mahu menentang dengan hanya 10 orang, ia adalah Barcelona. Kami mendapat satu gol kembali yang merupakan sasaran kami, dan kami memberi tekanan kepada mereka, kemudian Robin disingkirkan dari perlawanan jadi kami terpaksa bertahan dan mungkin kami telah kehabisan khudrat di akhirnya.

"Ia adalah sebuah detik yang amat berharga bagi kami, dan nasib kami agak tidak begitu baik. [Di peluang terakhir] Nicklas menjadi harapan kepada kami dan mungkin jika dia membuat satu sentuhan yang lebih baik, dia akan berjaya menjaringkan ke gawang, tetapi sasaran itu tidak menjadi."

Wilshere akan balik dengan beberapa kesalan dari Nou Camp tetapi reputasinya telah meningkat oleh dua persembahan cemerlang menentang Barcelona. Pemain berumur 19 tahun itu melakukannya dengan caranya sendiri dalam berhadapan dengan pemain seperti Xavi and Andres Iniesta dan mengakui dia menikmati setiap minit pertembungan antara mereka.

"Untuk bermain menentang pemain seperti Xavi dan Iniesta merupakan satu yang bagus," katanya. "Ia merupakan satu pengalaman yang hebat.

"Pada usia seperti saya, saya masih dalam pembelajaran dan tiada pemain-pemain lain yang lebih baik untuk mempelajari sesuatu. Barcelona mungkin akan memenangi Liga Juara-juara kali ini kerana mereka adalah sebuah pasukan terbaik di Eropah."



(Sumber: http://www.arsenal.com/)

SAGNA: KAMI MESTI BAWA BALIK SATU TROFI



Oleh Richard Clarke

Bacary Sagna tidak boleh menerima andai kemungkinan Arsenal hanya menamatkan musim ini dengan tangan kosong.

Pada malam Rabu, Arsenal telah disingkirkan daripada Liga Juara-juara oleh Barcelona. Sepuluh hari sebelum itu mereka ditewaskan oleh Birmingham dalam minit terakhir pada Akhir Piala Carling.

Mereka mendapat tamparan hebat dalam satu musim yang menjanjikan begitu banyak peluang tetapi pasukan Arsène Wenger masih berpeluang dalam memburu kejuaraan bagi Liga Perdana dan Piala FA. Pertemuan dalam pusingan ke-6 bertemu Manchester United kini dilihat sebagai kunci kepada kempen untuk meraih gelaran tetapi bagi Sagna, musim ini adalah separuh penuh bukan separuh kosong.

“Kami perlu menjadi lebih kuat kerana kami mahu untuk mendapat kejayaan” dkata pemain Perancis itu. “Kami harus berlawan untuk pasukan, untuk para peminat dan semua orang.

“Tidak terlintas dalam fikiran tentang [kemungkinan untuk tidak mendapat apa-apa]. Saya yakin dan berharap untuk memenangi sesuatu. Kita perlu membawa sesuatu kembali kerana kita mempunyai kualiti untuk melakukannya dan kami harus lakukannya.

“Kami telah bersedia untuk melawan kerana kami terlalu kecewa setelah apa berlaku semasa menentang Barcelona dan kami hendak melakukan lebih baik lagi. Semua orang bersedih tetapi kita mahu bangkit semula. Kami bermain sekali lagi pada hari Sabtu dan ia akan menjadi satu lagi perlawanan besar. Kami hanya mahu bertandang ke sana dan bermain bolasepak dengan cara kami.”

Mengikut perangkaan statistik, Barcelona menguasai perlawanan Selasa semasa ikatannya menentang Arsenal. Tetapi apabila dilihat dari segi agregat – pasukan pelawat mungkin masih berpeluang jika Nicklas Bendtner tidak mensia-siakan peluang dalam masa kecederaan.

Namun begitu, seperti yang sering diperkatakan oleh pemerhati Arsenal, Sagna turut berfikir penyingkiran Robin van Persie telah memberikan perubahan.

“Kami bertahan dengan baik sebagai satu pasukan,” kata pemain pertahanan itu. “Pada masa perlawanan masih dalam keadaan 11 lawan 11, kami menghadapi kesukaran tetapi selepas [kad merah] ia lebih mustahil.

“Tidak ada jurang besar antara kami. Mereka bermain di tempat sendiri maka mereka memegang posisi lebih banyak tetapi kami mahu bertahan yang dilakukan oleh Inter Milan pada tahun lepas. Bolos pada separuh masa pertama adalah perkara yang buruk bagi kami – kami terpaksa bangkit kembali – kami telah melakukannya tetapi ia masih belum mencukupi.

“Masih banyak yang perlu kami pelajari daripada mereka, mereka terus-menerus melakukan hantaran. Kami harus mengkaji bagaimana mereka bermain dan ia mungkin boleh menjadi inspirasi kepada kami.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)

DAKWAAN PENJAGA GOL ARSENAL, RAKAN SEPASUKANNYA HANYA 'BERJALAN' SEMASA BERTEMU BARCELONA



• 'Dengan lebih usaha kami mampu memusnahkan mereka di penghujung perlawanan'
• Manual Almunia menggantikan Szczesny yang cedera di separuh masa pertama

Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia mendakwa bahawa rakan sepasukannya hanya sekadar berjalan dan tidak melakukan larian dalam kekalahan menentang Barcelona dalam Liga Juara-juara.

"Walaupun semasa perlawanan berkeputusan 3-1, kami hanya perlu satu gol dan anda mesti tidak memahami bagaimana pada waktu itu pemain hanya sekadar berjalan," kata Almunia yang masuk pada separuh masa pertama dalam ikatan 16 pasukan akhir selepas Wojciech Szczesny mengalami kecederaan jari di Nou Camp. "Dengan sedikit usaha lagi kami mampu menyebabkan kemusnahan kepada mereka di penghujung perlawanan.



"Barcelona mengusai kami dan pada separuh masa ke dua para pemain kami ada yang tidak berlari. Ia kelihatan seperti kami hilang segala-galanya tetapi kami berpeluang untuk melakukan satu gol pada bila-bila masa.

"Pada waktu ini saya hanya mampu mengatakan bahawa kami sangat keletihan dan pemain-pemain tidak mampu melakukan lebih lagi. Selepas bermain dengan 10 orang, secara tidak angsung ia memerlukan usaha berganda." Almunia merupakan satu-satunya penjaga gol yang cergas kerana Lukasz Fabianski direhatkan sepanjang musim kerana pembedahan bahu.


(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)

WENGER DAN NASRI BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN UEFA



Oleh Mitch Phillips

LONDON (Reuters) - Pengurus Arsenal Arsene Wenger dan pemain tengah Samir Nasri akan berhadapan dengan tindakan disiplin berikutan komen yang dilakukan terhadap tindakan pengadil selepas kekalahan dalam Liga Juara-juara kepada Barcelona, kata UEFA pada Rabu.

Arsenal tersingkir dalam kancah 16 pasukan akhir dengan jaringan 3-1 yang menjadikan agregat 4-3 dan Wenger amat tidak menyenangi terhadap tindakan pengadil melayangkan kad kuning ke-2 kepada Robin van Persie pada minit ke 56 kerana menyepak bola selepas wisel dibunyikan kerana berada dalam keadaan offside.

Pada ketika itu kedudukan jaringan masih terikat 1-1 di now Camp, dengan Arsenal 3-2 mendahului melalui keputusan agregat.

Wenger membantas keputusan pengadil dari Switzerland Massimo Busacca selepas perlawanan itu, dan terus mengikutinya ke bahagian tunel untuk terus melakukan bantahan.

Van Persie menyatakan bahawa dia tidak mendengar bunyi wisel dari pengadil itu sebelum merembat bola itu keluar. Wenger memberitahu dalam sebuah sidang berita bahawa keputusan itu "memalukan" dan turut berkata bahawa wakil-wakil UEFA dalam perlawanan itu tidak menyangka dengan keputusan yang diambil oleh pengadil.

Nasri turut bakal menerima tindakan kerana komen kurang menyenangkan terhadap pengadil selepas perlawanan berakhir, manakala Van Persie turut bakal berdepan dengan masalah kerana beranggapan bahawa keputusan itu seperti satu jenaka, dengan berkata Bussaca telah "mengalami malam yang teruk."

Wenger pernah dilarang untuk menghadiri satu perlawanan kerana sikap kurang menyenangkan pada 2007 kerana menunjukkan bantahannya terhadap seorang pengadil dalam perlawanan Liga Juara-juara.

Kes Wenger dan Nasri akan didengari oleh Badan Kawalan dan Disiplin UEFA pada 17 March.

-Diedit oleh Ken Ferris-


(Sumber: http://www.latimes.com/)

HERO ARSENAL: MEREKA BELUM MEMBERI APA YANG MEREKA MAMPU



Penulis: Ben Moss

Legenda Arsenal Martin Keown memuji persembahan Barcelona menentang kelab lamanya dalam pertemuan Liga Juara-juara semalam, ia sesuatu yang menakjubkan apabila melihat sebuah pasukan menguasai permainan menentang pasukan Arsene Wenger dangan cara yang mereka lakukan.

Keown turut mengemukakan bahawa gergasi La Liga itu "berada di tahap yang berbeza", bekas pemain antarabangsa Enland itu percaya bahawa Arsenal "masih belum memberikan sepenuhnya apa yang mereka mampu", walaupun pasukan dari Utara London itu mampu memenangi perlawanan pada minit akhir apabila sentuhan 'first touch' deras dari Nicklas Bendtner telah gagal untuk memanfaatkan peluang gol terbuka.

Keown memberitahu BBC Radio Five Live: "Barca sangat berkuasa dan anda mesti katakan bahawa mereka berada di tahap berlainan.

"Secara tektikalnya mereka sukar ditentang - tapi sangat menakjubkan kerana Arsenal dikuasai melalui cara demikian.

"Mereka belum memberikan sepenuhnya apa yang mereka mampu - ia hanya pengusaan sebuah pasukan dari permainan bermula hingga ia berakhir."


(Sumber: http://www.sport.co.uk/)

WENGER - UEFA TERKEJUT DENGAN KEPUTUSAN PENGADIL

Pengurus Arsenal berkata penyingkiran van Persie sesuatu yang 'memalukan'



Arsene Wenger menyatakan bahawa pegarah Uefa turut 'terkejut' denan keputusan pengadil Massimo Busacca untuk mengeluarkan Robin van Persie dalam kekalahan Arsenal menentang Barcelona.

Van Persie telah dikeluarkan pada awal permainan separuh masa ke-2 di Nou Camp selepas dilayngkan kad kuning ke-2 kerana Busacca menyifatkan pemain Belanda itu sengaja mengeluarkan bola.

Pemain bahagian serangan Arsenal itu telah didapati berada dalam keadaan 'offside' dan menyepak bola ke arah gol selepas sesaat wisel dibunyikan, yang mana van Persie menyatakan bahawa dia tidak mendengar bunyi tersebut kerana suasana bising di dalam stadium.

Dia menganggap keputusan itu sebagai satu 'gurauan' dan Wenger turut tidak bergembira dan membuat laporan secara bersemuka dengan Busacca selepas wisel penamat.

Wenger merasakan bahawa ia sesuatu yang 'memalukan' Van Persie dikeluaran dan tidak percaya wakit-wakit Uefa turut terkejut dengan keputusan pengadil.

Kekecewaan

Selepas perbualan bersama Busacca, Wenger berkata: "Saya fikir dia mesti menyangka bahawa dia lakukan keputusan yang betul."

Tambahnya: "Saya telah bercakap kepada wakil-wakil Uefa. Mereka turut terkejut kerana ia membunuh tuntutan sebuah perlawanan bolasepak yang menakjubkan."

"Untuk apa? Jika ia sebuah terjahan kasar atau, tempahan kesalahan ke-2, ia okey, tetapi ia secara terang-terangan memalukan."

Pengurus pasukan Arsenal ini menyambung: "Dua jenis orang yang tidak akan gembira; sesiapa yang meminati Arsenal dan sesiapa yang meminati bolasepak boleh kecewa dengan keputusan pengadil itu.

"Apabila kita buat satu-satu keputusan, ia sepatutnya menjajikan sesuatu yang hebat, yang sangat menakjubkan. Itulah yang sangat dikesali.

"Kami kalah dengan sebuah pasukan yang sangat hebat, pasukan Barcelona, tahniah kepada mereka dan semoga berjaya kelak.

"Kami miliki banyak kekecewaan malam ini kerana kami tidak menjangkakan akan kalah dengan cara begitu. Saya memohon maaf kepada semua yang menonton perlawanan tersebut."



(Sumber: http://www.skysports.com/)

WENGER: KAD MERAH PUNCA KEGAGALAN KAMI

Tuesday, March 8, 2011
Pengurus skuad the Gunners merasakan penyingkiran Van Persie memberi kelebihan kepada Barca

Arsene Wenger merasakan keputusan kad merah Robin Van Persie menyebabkan pasukannya tersingkir dari kejohanan Eropah.

Skuad the Gunners tewas dalam Liga Juara-juara pada Selasa selepas kalah di tempat lawan dengan keputusan 3-1 kepada Barcelona yang menyebabkan mereka terkeluar dari kejohanan itu dengan agregat 4-3.

Mereka tiba di Catalunya untuk cuba bertahan atau berkemungkinan untuk menambah kelebihan melalui pertemuan sebelumnya dengan agregat 2-1, tetapi mereka gagal untuk mempertahankan kelebihan itu dengan cara permainan hantaran pendek Barca.

Gol ke gawang sendiri Sergio Busquets memberi mereka harapan pada awal babak ke-2, malangnya memberikan kelebihan kepada tuan rumah apabila van Persie dilayangkan kad merah tidak lama selepas itu.

Wenger menegaskan semasa perlawanan berakhir bahawa Arsenal, yang gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang gol, telah dikalahkan oleh sebuah pasukan yang lebih baik, tetapi dia berkeyakinan pasukannya mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik lagi jika pegawai perlawanan tidak mengurangkan jumlah pemain mereka.

"Kami tewas dengan sebuah pasukan yang hebat," katanya kepada Sky Sport.

"Pada separuh masa pertama kami menahan asakan mereka. Saya percaya di separuh masa ke-2 ia mungkin jadi lebih menarik andai ia diteruskan dengan 11 lawan 11. Namun ia bukanlah satu-satunya isu dan di akhir perlawanan kami menyesali tentang banyak perkara.

"Kami tewas di tangan pasukan yang lebih hebat, sudah pasti sebuah pasukan yang terbaik di Eropah. Saya masih percaya di separuh masa ke-2 kami mampu melakukan lebih banyak lagi semasa ia 1-1 jika ia 11 lawan 11."


Kcelaruan

Berkenaan keputusan pengadil Massimo Busacca yang melayangkan kad kuning ke-2 kepada van Persie kerana menyepak bola setelah wisel ditip, Wenger menambah: "Dia tentu tidak pernah bermain dalam sebuah perlawanan yang sangat penting dimana setiap penonton melakukan jeritan.

"Seandainya benar dia sengaja mengambil peluang itu, saya tidak nampak di mana perlunya layangan kad kunig. Sudah tentu dia tidak pernah bermain bolasepak kerana melakukan perkara seumpama itu."

Malam mengecewakan Arsenal itu turut memperlihatkan Cesc Fabregas digantikan selepas berhempas pulas, manakala penjaga gol Wojciech Szczesny terpaksa dikeluarkan kurang dari 20 minit masa permainan kerana masalah kecederaan jari.

Wenger memberitahu bahawa dia masih belum boleh memberi makluman berkaitan dengan masalah kecergasan mana-mana pemain ketika ini tetapi Szczesny mungkin akan direhatkan dalam masa yang panjang.

"Ia agak awal untuk menyatakan apa-apa, saya juga masih belum tahu," kata pengurus yang berasal dari Perancis itu semasa ditanya berkenaan dengan permasalahan lain.


(Sumber: http://www.skysports.com/)

FABREGAS: SAYA BETANGGUNGJAWAB TERHADAP KEKALAHAN KEPADA BARCELONA

Kesilapan ketua pasukan the Gunners dibayar dengan penyingkiran.


Oleh Ryan Benson

Kapten pasukan Arsenal Cesc Fabregas mengakui dan meletakkan kesalahan itu di bahunya selepas pasukannya keluar dari persaingan Liga Juara-juara.

Skuad The Gunners telah tersingkir dengan agregat 4-3 oleh Barcelona selepas tewas dalam peringkat 16 pasukan akhir dengan 3-1 di Nou Camp pada malam Selasa, dengan goal pertama Barca berpunca secara langsung dari kesilapan pemain antarabangsa Spanyol itu.

Fabregas cuba mendapatkan Jack Wilshere dengan sepakkan bola ke belakang di hadapan kotak penaltinya sendiri tetapi hantaran itu di rampas oleh Andres Iniesta. Bintang Barca itu melepasi tiga pemain pertahanan Arsenal sebelum melambungkan hantaran bola kepada tempat di mana Lionel Messi berada dan kemudiannya disudahi oleh Messi melepasi Almunia yang tergesa-gesa untuk menangkapnya.



Arsenal bernafas semula selepas separuh masa ke-2 bermula apabila Sergio Busquets tertanduk ke gawang gol sendiri hantaran sepakan penjuru Arsenal, tetapi gol Xavi pada minit ke-69 memadam kegembiraan Arsenal dan kemudiannya diikuti dengan jaringan gol penalti Lionel Messi hanya dua minit selepas itu.


Arsenal tidak berpuas hati apabila Robin van Persie dilayangkan kad kuning ke dua pada minit ke-56 kerana melakukan sepakan ke gol lawan selepas pengadil meniupkan wisel kerana offside, tetapi pemain Belanda itu menegaskan bahawa dia tidak mendengar sebarang bunyi wisel dalam sorakan 9500 fan di stadium itu.



Fabregas walau bagaimana pun tidak percaya kesalahan itu berpunca dari penyingkiran van Persie tetapi mengakui bahawa ia kesilapan dirinya sendiri.

Berkata melalui Twiter, Fabregas berkata: "Saya bertanggungjawab terhadap kesilapan pada malam ini. Ia satu ketika yang sangat buruk dalam hidup saya. Saya mohon maaf."

Tambahnya: "Sokongan padu dari peminat Arsenal."

Dalam pada itu, bekas pemain remaja Barcelona itu sangat berpuas hati dengan usaha sampingannya, percaya bahawa mereka telah melakukan sedaya yang termampu, bermain dengan memecahkan segala halangan di Nou Camp, sesuatu yang tidak mampu dia lakukan pada musim lepas.

"Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kami tersingkir malam ini. Kami memberikan satu ketika untuk mereka berada dalam keadaan cemas terutama apabila kami mendapatkan gol," katanya kepada laman web rasmi Uefa selepas perlawanan tersebut.

"Begitulah sukan bolasepak dan ia bukan malam kami. Saya berbangga dengan pasukan ini; kami menentang mereka dan bertahan dengan baik apabila kami merasakan ia perlu.

"Secara peribadinya saya sangat gembira dengan persembahan kami pada 15 minit terawal dan selepas itu saya merasakan ada kesakitan di belakang kaki saya dan saya cuba meneruskannya sepanjang mana saya mampu. Saya ucapkan semoga Barcelona berjaya dalam kejohanan ini dan berharap mereka akan pergi lebih jauh."

(Sumber: http://www.goal.com/)

BENTENG BARCA PINCANG

BARCELONA - Barcelona menghadapi kebimbangan di posisi pertahanan apabila berdepan Arsenal pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara di Stadium Nou Camp awal pagi esok.

Situasi itu disuarakan sendiri pemain tengah Barcelona, Seydou Keita yang menganggap masalah tersebut cukup besar untuk dihadapi pasukan berkenaan pada aksi penting nanti.

Keita yang menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol awal pagi Ahad lalu kini mahu mengalih tumpuan untuk aksi bertemu Arsenal setelah tewas 1-2 di Emirates.

"Bertemu Arsenal, kami perlu tampil dengan mentaliti yang kuat kerana ini mungkin akan menjadi perlawanan paling penting kami bagi musim ini.

"Kunci utama kejayaan adalah menghalang Arsenal daripada menjaringkan gol kerana saya yakin Lionel Messi, David Villa dan Pedro Rodriguez akan mengemudi jentera serangan," kata Keita.

Begitupun, kelab Catalan itu dijangka berdepan masalah apabila pemain utama di posisi pertahanan tengah, Gerard Pique digantung perlawanan manakala Carles Puyol mengalami kecederaan.

Keita yang mungkin akan bermula dari bangku simpanan dengan jentera tengah Barcelona dikemudi Xavi, Andres Iniesta dan Sergio Busquets menjangkakan satu perlawanan sengit.

"Ia bakal menjadi satu perlawanan yang berbeza kerana Arsenal akan tampil ke sini kali ini dengan lebih pe- ngalaman dan juga idea-idea baru untuk berdepan kami.

"Namun, kami telah mempamerkan aksi terbaik dalam saingan liga domestik musim ini dan itu telah membuat- kan kami mampu tampil dengan begitu yakin untuk saingan Eropah ini," jelas- nya.

Musim lalu, Barcelona dan Arsenal turut bertemu tetapi pada peringkat suku akhir.

Arsenal berjaya mengikat Barcelona di laman sendiri tetapi dibelasah 1-4 di Nou Camp dengan kesemua empat jaringan tersebut adalah menerusi ledakan Messi. - AFP


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

ARSENAL TERPAKSA BERTAHAN



MADRID - Kecederaan yang dialami Robin van Persie dan Theo Walcott mungkin memaksa Arsenal untuk fokus di bahagian pertahanan berbanding melakukan serangan apabila mereka berazam untuk menyingkirkan Barcelona dari Liga Juara-Juara hari ini.

Skuad Arsene Wenger bangkit dari ketinggalan apabila menang 2-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir di Emirates, dengan Van Persie dan Andrei Arshavin menjaringkan gol pada lewat permainan untuk mengejutkan Barca.

Namun, sejak itu Arsenal mengharungi prestasi tidak menentu.

Kekalahan pada perlawanan akhir Piala Liga kepada Birmingham City menafikan hasrat untuk Gunners menamatkan kemarau kejuaraan.

Selepas mendapat keyakinan semula untuk memburu kejuaraan Liga Perdana, ekoran kekalahan Manchester United kepada Chelsea, Arsenal seri tanpa jaringan dengan Sunderland, Wenger berang apabila pasukannya gagal mengalahkan Sunderland.

Emosi pengurus itu juga tidak dibantu dengan kecederaan Jack Wilshere, yang kini dipantau untuk mengetahui nasibnya pada pertembungan hari ini.

"Wilshere mengalami masalah pergelangan kaki dan kami terpaksa menunggu sehingga esok untuk menilai dia semula,'' kata Wenger walaupun Wilshere berkata dia yakin dapat beraksi.

Cesc Fabregas tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Sunderland akibat kecederaan pelipat lutut, namun Wenger optimis pemain itu dapat diturunkan hari ini.

Ketika ketiadaan penyerang Walcott dan Van Persie merupakan satu tamparan, Wenger percaya kecekapan pasukannya bertahan akan menjadi faktor penting.

Musim lalu, Arsenal dibelasah 1-4 pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Nou Camp, setelah seri 2-2 dalam perlawanan pertama, di mana Lionel Messi menjaringkan kesemua empat gol.

"Adalah penting untuk kami bertahan dengan baik kerana apabila anda berdepan pasukan yang memiliki permainan menyerang paling baik di dunia, anda mahu pertahanan terbaik anda dapat diturunkan.

"Kami mahu bertahan dan menyerang dengan baik. Kami bukan pasukan yang enggan melakukan serangan,'' kata Wenger.

Sementara itu, Barca telah bangkit daripada kekalahan di London dengan mencatat empat kemenangan berturut-turut dan kini di tangga teratas La Liga.

Gawang mereka tidak dibolosi dalam tiga perlawanan terakhir, namun mereka kehilangan gaya permainan yang dipamerkan ketika awal kempen dan perlu membuat rombakan di bahagian pertahanan apabila menentang Arsenal nanti.

Ketua pasukan, Carles Puyol belum pulih daripada kecederaan lutut dan dengan Gerard Pique yang digantung, jurulatih Pep Guardiola, yang mengalami kesakitan pada belakang badan, terpaksa menurunkan barisan pertahanan yang kurang dikenali. - Reuters


(Sumber http://www.utusan.com.my)

WENGER MAHU MENYERANG BARCELONA

Oleh ESPNsoccernet staff



Arsene Wener telah menggariskan pendekatan tektikalnya untuk pertemuan dengan Barcelona dalam Liga Juara-juara Selasa ini dengan menolak bahawa Arsenal tidak menyiapkan pasukan dengan pertahanan yang ramai di Nou Camp.

Arsenal membawa kelebihan bekalan 2-1 ke pertemuan ke-2 untuk pasukan 16 akhir selepas memenangi perlawanan yang mana mereka lebih dahulu ketinggalan 0-1 di Emirates pada bulan lepas. Banyak perbincangan sebelum perlawanan menceritakan samada Arsenal akan mempertahankan belakalan sedia ada atau cuba mengembangkannya.

Pemegang gelaran juara pada tahun lepas, Inter telah mengalahkan Barcelona 3-1 di halaman sendiri dan kemudiannya cuba bermain secara bertahan di Nou Camp dan akhirnya berjaya menuju ke peringkat akhir dengan manghadkan kemenangan Barcelona 1-0. Arsenal pasti perlu untuk lebih berhati-hati berbanding mereka sebelum ini yang telah dikalahkan dengan 4-1 di Spanyol pada peringkat suku akhir diakhiri dengan agregat 6-3.

Wenger memberitahu bahawa dia tidak akan mengikuti jejak perancangan Inter kerana pasukannya tidak mempunyai kecekapan untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh pemain pertahanan Jose Mourinho yang mempunyai kelas tinggi dalam cara sebegitu, memandangkan Arsenal mempunyai bakat yang besar dalam permainan secara serangan. Wenger mengakui bahawa Arsenal tidak mempunyai gol tambahan sebagaimana yang Inter ada dan kejayaan seperti 1-0 itu mampu menyebabkan skuad The Gunners tersingkir dengan peraturan gol di tempat lawan. Pengurus itu berkata bahawa dia akan menerima dengan keputusan tanpa gol tetapi tidak mahu merancang untuk oerlawanan itu akan dimainkan dengan cara demikian, jadi dia juga akan menghantar pemainnya untuk menyerang.

"Mungkin ia satu ilusi untuk datang ke Barcelona dan mengharapkan mereka tidak menjaringkan gol langsung," kata Wenger. "Maka anda perlu berfikir untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol. Adakah ia sesuatu yang lebih realistik untuk cuba bermain dengan keputusan 0-0 sejak awal permainan bermula? Ia mungkin menentang cara sebenar kami dan secara tektikal ia bukan semata-mata bertahan. Kami bukan sebuah pasukan dengan 11 pemain yang sekadar gembira untuk bertahan."

Wenger percaya sukar untuk memastikan pihak lawan tidak menjaringkan gol pada Selasa nanti namun dia percaya pemain pertahanannya, dengan merujuk rekod perlawanan sebelumnya dalam Liga Perdana sebagai isyarat bahawa Arsenal telah meningkat dalam memperkuatkan bahagian pertahanannya.

"Kami harus menentang idea sedemikian kerana cara kami satu-satunya di Arsenal bukanlah semata-mata bertahan," kata Wenger. "Saya ingatkan anda kembali bahawa dalam 11 perlawanan kami mempunyai 7 perlawanan tanpa bolos dalam Liga Perdana, kami bolos kurang dari Man United, yang terkenal punyai pertahanan yang baik. Kami boleh bertahan jika kami mahu tetapi kami lebih gemar untuk melakukan serangan, itu yang pasti."


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)

BINTANG ARSENAL PULIH PADA MASA YANG TEPAT UNTUK BARCELONA

Monday, March 7, 2011
Oleh John Kerr


Penyerang Arsenal Robin van Persie dijangka akan beraksi untuk pertemuan menentang Barcelona di Nou Camp malam ini selepas kembali secara dramatik dan tidak dijangka dari senarai kecederaan.

Pemain Belanda itu telah mengalami kecederaan lutut semasa tewas kepada Birmingham dalam Akhir Piala Carling dan sepatutnya tidak diturunkan untuk pertembungan seterusnya dalam 16 pasukan akhir dalam Liga Juara-juara.



Tapi kini Van Persie, yang mana telah meledakkan gol dalam perlawanan pertama, akan melakukan ujian kecergasan dan akan memulakan perlawanan di samping pemain tengah Cesc Fabregas dan Jack Wilshere.

Walau bagaimana pun, skuad 'the Gunners' yang telah mendahului 2-1 ini tidak akan menurunkan Alex Song mahupun pemain sayapnya, Theo Walcot kerana masih belum pulih sepenuhnya untuk pertemuan kali ini.



Pengurus Barcelona Pep Guardiola berkata bahawa dia akan mengalu-alukan kesemua bintang Arsenal pada malam ini.

"Saya gemar untuk melihat mereka semua berada di sana kerana saya sukakan pasukan Arsenal yang terbaik untuk bermain," katanya.



Ketua pasukan the Gunners Fabregas, pemain yang menjadi sasaran Barca yang telah tidak bermain untuk suku akhir Liga Juara-juara pada musim lepas kerana mengalami masalah kecederaan berkata: "Kemenangan untuk Arsenal pada perlawanan ini sahaja yang saya sering fikirkan."




(Sumber: http://www.belfasttelegraph.co.uk/)

Stadium Highbury kini 'Highbury Square'

Oleh Alfreedino Ahmad


Stadium Highbury merupakan sebuah stadium yang terletak di Utara London yang dijadikan rumah bagi Kelab Bolasepak Arsenal sejak 6 September 1913 sehingga 7 May 2006 sebelum Kelab Bolasepak Arsenal berpindah ke Stadium Emirates.

Di stadium inilah telah menyaksikan Arsenal memenangi 3 kejuaraan pada 1935, memenangi 2 kejuaraan pada 1971, 2 kejuaraan pada 1993 dan 2 kejuaraan pada tahun 1998.

Di stadium ini juga menyaksikan penampilan Wenger sebagai jurulatih dan pengambil-alihan tampuk pengurusan pasukan Arsenal. Pada tahun 2004, Highburry menjadi saksi kepada musim yang mana Arsenal tidak terkalahkan dan digelar 'pasukan kebal' bagi 2 kejuaraam iaitu dalam Liga Perdana dan Piala Liga.

Kini, Arsenal telah berpindah dan menjadikan Stadium Emirates sebagai rumah sejak 2006. Stadium Highbury yang telah berkhidmat bersama Arsenal selepas 93 tahun telah di ubahsuai dan kawasan tersebut menjadi kawasan apartment yang diberikan nama sebagai Highbury Square.

Peta tapak Highbury Square



































(Sumber gambar: http://www.highburysquare.com/)