Malaysia jatuh enam anak tangga

Thursday, April 14, 2011

PASUKAN bola sepak kebangsaan jatuh enam anak tangga dalam senarai ranking terkini dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) semalam.

Penurunan itu meresahkan peminat bola sepak tempatan kerana pasukan negara tidak bermain sebarang perlawanan antarabangsa sepanjang Mac sekali gus memberikan mata ranking Fifa.

Malaysia kini berada di tangga ke-144 berbanding ke-138 bulan lalu.

Sementara itu, Sepanyol mengekalkan ranking teratas dunia dengan 1,857 mata diikuti Belanda (1,702) dan Brazil (1,425) yang melonjak dua anak tangga berbanding kedudukan keempat sebelum ini.

Jepun naik dua anak tangga berada di kedudukan 13 dunia, sekali gus mengekalkan reputasi sebagai pasukan terbaik Asia.

Senarai ranking terbaru Fifa akan diumumkan pada 18 Mei depan.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)