Bebaskan saya: Fabregas

Friday, July 22, 2011

LONDON: Cesc Fabregas merayu penuh emosi kepada Arsene Wenger supaya membenarkannya menyertai Barcelona.

Pemain tengah Sepanyol berusia 24 tahun itu membuat pendedahan terbuka betapa dia mahu meninggalkan Arsenal dan terdesak memohon Wenger supaya tidak menghalang impiannya kembali ke Nou Camp.

Fabregas yang berbincang dengan Wenger minggu ini, yakin mereka mempunyai persefahaman dan pengurus itu tidak akan menghalang pemergiannya musim panas ini selepas enggan menjualnya tahun lalu.

Benayoun dicemuh semasa Chelsea gagal menyinar di bawah Villas-Boas


Oleh Frank Dallers

Pengurus Chelsea Andre Villas Boas menyalahkan keadaan cuaca yang melemaskan selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaysia XI di Kuala Lumpur yang mana telah dicemari dengan kebencian terhadap Yossi Benayoun.

Gol sendiri dari penjaga gol gantian Malaysia, Mohd Izham Tarmizi memberi skuad the Blues kemenangan lewat dalam perlawanan pertama jelajah Asia untuk pra-musim mereka.

Proposal Arsenal untuk Phil Jagielka ditolak Everton

Tawaran terbaru the Gunners bernilai £10 juta ditolak mentah oleh Everton.


Oleh Dede Sugita

Arsenal kembali berputih mata dalam usaha mereka untuk membawa masuk Phil Jagielka. Pada musim lepas, rayuan the Gunners untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 28 tahun dari Everton itu telah terkandas.

Kini, laporan dari Sky Sports menyatakan langkah lanjutan Arsenal berupa tawaran dengan nilai £10 juta telah ditolak mentah-mentah oleh the Toffees.

Paraguay, Uruguay temu di aksi final

Venezuela tetap bangga sekalipun tersingkir

MENDOZA: Paraguay menewaskan Venezuela 5-3 menerusi penentuan penalti untuk mara ke final Copa America selepas perlawanan terikat tanpa jaringan sehingga masa tambahan, semalam.

Juara dua kali, Paraguay akan bertemu Uruguay yang mengejar rekod kejuaraan kali ke-15 pada final di Buenos Aires, awal pagi Isnin ini.

Namun, Paraguay bernasib baik menamatkan langkah Venezuela yang menampilkan kemaraan mengejutkan di kejohanan kali ini, menerusi sepakan penalti kemenangan Dario Veron.

Malaysia tanpa 4 tonggak utama


SKUAD Harimau Malaya bakal turun menentang Singapura dalam pusingan kedua perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapuran, esok tanpa empat tonggak utamanya.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa mengetepikan Norshahrul Idlan Talaha, S Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad, kerana mengalami masalah kecederaan, minggu lalu.

Lions perlu waspada ancaman Harimau Malaya


“Saya rasa tekanan lebih terarah kepada pasukan Malaysia kerana mereka mahu membuktikan mereka memang layak menjulang Piala AFF Suzuki dan bukan menang kerana nasib semata-mata.

Itu komen pernah terpacul daripada mulut jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar Singapura, esok.

Pengendali berusia 62, itu melaungkan keyakinan pasukannya mampu layak ke pusingan ketiga sekali gus mengulangi pencapaian pada Kelayakan Piala Dunia 2010.

Ada komplot cuba jatuhkan saya - Hammam


DOHA - Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam yang digantung ekoran siasatan rasuah, mendakwa ada komplot dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyingkirkan beliau.

Ahli perniagaan Qatar itu dijadualkan menghadap Jawatankuasa Tatatertib FIFA esok, untuk menyiasat dakwaan Hammam cuba menawarkan rasuah kepada beberapa ahli Kesatuan Bola Sepak Caribbean supaya mengundinya dalam pemilihan Presiden FIFA bulan lalu.

Chelsea tabik Malaysia


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan AIZAWATI AHMAD

KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.

Saingi sambutan hangat terhadap Liverpool Sabtu lalu 80,000 saksi aksi Blues


Oleh AIZAWATI AHMAD dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR - Lebih 80,000 penyokong memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea di sini, semalam.

Jumlah itu menyamai kehadiran pada perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Liverpool di venue yang sama Sabtu lalu.

Jumlah kehadiran kedua-dua perlawanan tersebut jauh lebih tinggi berbanding aksi kelab Liga Perdana Inggeri, Arsenal yang menentang skuad K. Rajagobal di stadium yang sama Rabu lalu iaitu 65,000 orang.

Jelajah bola sepak bermula

JELAJAH Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas 2011, akan bertandang ke Kuala Lumpur pada 17 dan 18 September di Sunway Pyramid, Subang.

Kejohanan itu, dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Gaya Bebas (F3) dan Persekutuan Bola Sepak Gaya Bebas Asia (AF3), memandangkan sukan bola sepak menjadi sukan kegemaran ramai di Malaysia.

Presidenya F3, Dan Wood berkata, kejohanan itu mampu menarik peminat memandangkan sukan bola sepak mempunyai pengikutnya fanatik selain Malaysia adalah negara bermulanya sukan sepak takraw.

Xavi mohon maaf kepada Arsenal

Wednesday, July 20, 2011
Pemain mohon maaf, ikon Blaugrana ini tetap optimis bahawa Fabregas bakal ke Nou Camp.


Oleh Donny Afroni

Pemain Barcelona Xavi Hernandez mengajukan permohonan maaf kepada pengurus Arsenal Arsene Wenger berkaitan kontroversi kenyataannya tentang Cesc Fabregas baru-baru ini.

Sebelum ini, Xavi mendakwa bahawa dia telah berbicara dengan Cesc di Ibiza, dan mengatakan bahawa pemain berusia 24 tahun itu merasa menderita akibat keinginannya berhijrah ke Barcelona. Wenger selepas itu membalas kenyataan Xavi, dan menyebut bahawa pemain tersebut tidak menaruh rasa hormat.

Sepakan penalti guna tumit dikecam


LONDON - Tindakan pemain sayap Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Theyab Awana menjaringkan gol sepakan penalti menggunakan tumit, mungkin menjadikan dirinya terkenal di seluruh dunia, tetapi ia juga bagaikan 'memijak ekor' segelintir pihak termasuk pengurus dan jurulatihnya sendiri.

Bintang Baniyas (kelab liga UAE) itu mencuri tumpuan dengan jaringan liciknya itu ketika UAE membelasah Lebanon 7-2 Ahad lalu.

Sewaktu dia menjaringkan gol sensasi itu, pasukannya sedang mendahului 5-2.

Tentang Chelsea, jurulatih Malaysia U-23 serap tektik Arsenal & Liverpool

Kim Swee ingin kombinasikan pemain muda dan senior dalam perlawanan nanti.


Laporan Donny Afroni dari Kuala Lumpur

Jurulatih pasukan kebangsaaan U-23 Malaysia Ong Kim Swee mendakwa bahawa dia akan menyerap tektik yang digunakan Arsenal dan Liverpool dalam perlawanan persahabatan menentang Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Khamis.

Menurut Kim Swee, komposisi yang diterapkan oleh Arsenal dan Liverpool semasa ditentang oleh pasukan kebangsaan Malaysia adalah sesuai untuk diterapkan kedalam pasukan didikannya yang sedang mempersiapkan diri menghadapi kelayakkan Olimpik 2012.

Corinthians tak jadi ikat Tevez

SAO PAULO - Kelab Brazil, Corinthians berkata, mereka mengaku kalah dalam usaha untuk mendapatkan pemain Argentina, Carlos Tevez dari Manchester City.

Pengurus City, Roberto Mancini berkata, mereka sudah bersetuju dengan perjanjian untuk mendapatkan Tevez, namun kelab Brazil itu memberi alasan mereka kesuntukan masa pada tempoh perpindahan di Brazil bagi urusan pembelian pemain dari luar yang berakhir semalam.

Kelab Brazil itu mengemukakan tawaran awal ke atas pemain berusia 27 tahun itu sebanyak AS$63.57 juta, namun banyak perdebatan di antara dua kelab mengenai bagaimana untuk menyusun bayaran perpindahan tersebut.

Pep Guardiola minta Cesc Fabregas tidak khianati Arsenal

Guardiola menyatakan bahawa dia tidak mahu memiliki pemain yang melawan kelab sendiri.


Oleh Donny Afroni

Jurulatih Barcelona Pep Guardiola mengingatkan Cesc Fabregas agar tetap tenang berkaitan dengan rancangannya untuk meninggalkan Emirates. Guardiola turut meminta Fabregas agar tetap berlatih bersama Arsenal.

Akhbar the Sun melaporkan bahawa Barcelona telah mengajukan tawaran untuk kali kedua pada minggu ini, tetapi Arsenal yang tetap mempertahankan harga £40 juta, tidak menginginkan saga perpindahan berlaku pada bulan ini.

Anelka enggan pandang rendah Harimau Muda


“CUACA Malaysia sangat panas,” kata penyerang Chelsea, Nicolas Anelka tetapi menolak sebarang tanggapan The Blues akan mendapati faktor itu bakal menjejaskan peluang mereka untuk menewaskan Harimau Muda, malam ini.

Namun, bekas penyerang Perancis itu tidak mahu memandang rendah keupayaan dimiliki pemain tuan rumah bimbingan Ong Kim Swee yang akan cuba membuat kejutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

Ledakan Suarez

Jaring dua gol bawa Uruguay ke final


LA PLATA: Uruguay mara ke final Copa America selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Peru semalam untuk menempah pertemuan menentang sama ada Venezuela atau Paraguay.

Bintang Liverpool, Luis Suarez menjaringkan kedua-dua gol pada babak kedua permainan tatkala Uruguay yang menewaskan tuan rumah, Argentina di suku akhir, berada di landasan tepat dalam usaha mencatat rekod memenangi kejuaraan kejohanan tertua dunia itu buat kali ke-15.

Saga perpindahan Cesc Fabregas membosankan

Rumor perpindahan mengganggu persiapan Arsenal...


Oleh Gunawan Widyantara

Bos the Gunners Arsene Wenger ingin menahan kepergian Cesc Fabregas dari Emirates, namun begitu dia sangat berharap saga perpindahan terhadap salah seorang bintangnya itu agar dapat dipastikan sebelum kelab memulakan musim pertandingan dalam Liga Perdana Inggeris 2011/12.

Arsenal telah mengakui bahawa ada mendapat tawaran dari Barcelona, tetapi jumlah wang yang ditawarkan pada waktu itu adalah jauh daripada apa yang diharapkan oleh kelab London tersebut dan sejak saat itu pula khabar yang beredar di media tentang perpindahan Fabregas hanyalah sekadar rumor belaka.

Galatasaray sedia rampas Emmanuel Eboue

Galatasaray yakin untuk mendapatkan khidmat Emmanuel Eboue dalam pasaran musim panas.


Oleh Tegar Paramartha

Galatasaray dikhabarkanbahawa sedang bergerak untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Arsenal Emmanuel Eboue.

The People mengkhabarkan, kelabb Turki tersebut merasa yakin dapat memperoleh Eboue setelah pemain yang berasal dari Ivory Coast tersebut ditinggalkan oleh Arsene Wenger yang menjalani jelajah pra-musim bersama Nicklas Bendtner dan Manuel Almunia.

Pep Guardiola bersabar untuk Cesc Fabregas

Jurulatih Barcelona itu akan menggunakan waktu yang dimiliki untuk menyelesaikan perpindahan pemain Arsenal tersebut.


Oleh M Yanuar F

Pep Guardiola menegaskan bahawa Barcelona tetap sedaya upaya untuk mengeluarkan Cesc Fabregas dari Arsenal.

Namun, dia menyatakan bahawa dia tidak akan tergesa-gesa untuk memujuk pemain dengan gelaran La Masia itu untuk kembali ke Nou Camp. Guardiola akan menggunakan setiap waktu yang ada sehingga jendela perpindahan musim panas benar-benar tertutup.

Arsenal Gagal Dapatkan Joel Campbell

Arsenal dilaporkan kalah dalam persaingan dari pasukan lain dalam mengajukan tawaran untuk penyerang Costa Rica tersebut.


Oleh M Yanuar F

Arsenal dilaporkan akan segera mendapatkan Joel Campbell dari Deportivo Caprisa, namun proses perpindahan  tidak berlaku kerana terdapat kelab lain yang mengajukan tawaran lebih baik dari klub London tersebut yang mengajukan tawaran sebanyak 900 ribu poundsterling.

Presiden Saprissa Juan Carlos Rojas menyatakan bahawa Arsenal tidak memiliki peluang yang cukup baik untuk mendapatkan Joel Campbell.

Inter Milan tawar Wesley Sneijder ke Manchester City?

Inter Milan dilaporkan sedia menawarkan Wesley Sneijder kepada Manchester City untuk mendapatkan Carlos Tevez.


Oleh Tegar Paramartha

Manchester City dilaporkan berpeluang untuk mengalahkan musuh sejiran mereka, Manchester United, dalam pemburuan Wesley Sneijder.

The Manchester Evening News mengkhabarkan bahawa Inter Milan bersesia menawarkan pertukaran antara Sneijder dengan bintang Argentina Carlos Tevez.

Dan jurulatih United Sir Alex Ferguson kembali membantah tertang perkaitan antara kelabnya dengan Sneijder. Jurulatih yang berasal dari Scotland tersebut menjawab 'lupakan saja' ketika ditanya mengenai Sneijder semasa berada di Amerika Syarikat.

Sementara itu, City dilaporkan telah hilang sabar terhadap Arsenal yang masih tidak mahu melepas Samir Nasri, yang turut disasarkan oleh United. Oleh karena itu, tawaran dari Inter tidak akan dilepaskan begitu saja oleh City.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Arsenal sasar pemain muda Sao Paulo

Arsenal kembali meninjau pemain-pemain muda dan kali ini pusat perhatian mereka menuju kepada salah satu pemain berbakat Sao Paulo.


Oleh Anugerah Pamuji

Arsenal kembali mengintai pemain muda berbakat milik negara Samba Brasil. Kali ini, mereka meninjau salah seorang pemain yang bermain bersama Sao Paulo, pemain pertahanan Bruno Uvini.

Namun sebelum melangkah lebih jauh lagi untuk sesi perbincangan terhadap pemain pertahan tersebut, the Gunners dikhabarkan bahawa mahu melihat terlebih dahulu aski Uvini secara dekat ketika dia tampil untuk mewakili Brasil dalam kejohanan Piala Dunia U-20.

Setelah melepaskan Denilson ke Sao Paulo, pihak Arsenal berharap dapat bekerja sama lagi dengan kelab Brasil tersebut dalam memudahkan proses perpindahan Uvini ke Staium Emirates.

Kontrak Uvini akan berkahir pada 2014 akan datang. Namun Sao Paulo juga berharap dapat membuat perjanjian kontrak baru baginya, sebelum pemain tersebut menjadi agen bebas.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Rudi Garcia: Tidak ada tawaran untuk Eden Hazard

Eden Hazard adalah elemen penting Lille dan tidak akan dijual.


Oleh Aditya Ramadhan

Rudi Garcia, jurulatih Lille, mengatakan bahawa tidak ada tawaran dari klub-klub Liga Perdana yang menginginkan khidmat Eden Hazard.

"Kami sama sekali belum menerima tawaran dari kelab-kelab yang menginginkan khidmat Hazard, tidak dari Inggeris mahupun Perancis," ujar Garcia kepada RMC Sport.

Barcelona pilih Alexis Sanchez berbanding Cesc Fabregas

Barcelona tumpu untuk datangkan pemain dengan karakter serangan berbanding bertahan.


Oleh M Yanuar F

Cesc Fabregas bukan tumpuan utama yang ingin dihadirkan oleh Barcelona dalam pasaran perpindahan musim panas ini, merujuk kepada karakter bermainnya.

Pep Guardiola menyatakan, pasukannya pada waktu ini lebih kepada mencari pemain dengan karakter menyerang dan Fabregas tidak sesuai dengan syarat tersebut.

Belum ada tawaran baru untuk Cesc Fabregas

Tidak ada perkembangan dalam perpindahan Cesc Fabregas sejauh ini.


Oleh Taufik Bagus

Pengerusi Arsenal Peter Hill-Wood mendakwa bahawa tidak ada perkembangan terbaru berkaitan perpindahan Cesc Fabregas. Barcelona, yang disebut sebagai kelabb yang paling berkeinginan untuk mendapatkannya, belum lagi mengajukan tawaran terbaru.

Barcelona sebelum ini sudah mengajukan tawaran kepada Arsenal, namun ditolak oleh kelab London tersebut pada minggu lalu.

Denilson sedih dilepaskan Arsenal

Pemain berasal dari Brasil itu mengakui sedih meninggalkan Arsenal setelah diputuskan untuk dipinjamkan ke Sao Paulo.

Oleh M Yanuar F

Arsenal memutuskan untuk melepaskan Denilson ke Sao Paulo dengan status pemain pinjaman untuk satu musim penuh. Tidak punyai tempat untuk Denilson bermain menjadi alasan pihak kelab untuk menghantarnya kepada pasukan lain.

Namun keputusan tersebut membuat Denilson berasa sedih kerana dia terpaksa meninggalkan Arsenal dan ramai rakan-rakannya, walaupun diakuinya bahawa bermain di Sao Paulo mampu membuatnya memiliki lebih peluang untuk bermain di dalam skuad utama.

"Saya meninggalkan kelab dengan kesedihan kerana saya punyai ramai teman di Arsenal dan semua orang selalu memberikan sokongan kepada saya," ungkap Denilson di laman rasmi kelab.

"Saya akan berusaha memberikan yang terbaik di Brasil musim depan, tapi akan sering melihat perkembangan tekini Arsenal."

Denilson menambahkan bahawa Arsenal tetap merupakan pasukan yang hebat dengan pemain-pemain bagus, semangat pasukan yang luar biasa dan kelab dalam senarai teratas.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka di musim hadapan," akhirinya.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Ivan Gazidis: Arsenal sedari kelemahan

Arsenal tidak akan beli pemain kerana desakan orang ramai...


Oleh Gunawan Widyantara

Ketua eksekutif Arsenal Ivan Gazidis berjanji kepada para peminat bahawa pihaknya memiliki dana yang cukup untuk membawakan bintang baru ke Emirates dalam jendela perpindahan pemain pada musim panas ini.

The Gunners baru sahaja membawa masuk Gervinho dan Carl Jenkinson, tetapi Gazidis mendakwa bahawa masih ada sasaran lain yang sedang dipantau oleh Arsene Wenger.

"Status Arsenal masih aktif di pasaran," kata Gazidis di laman rasmi kelab.

Arsenal pinjamkan Denilson ke Sao Paulo

Sao Paulo secara rasmi membuat pinjaman untuk Denilson dari Arsenal dengan kesepakatan kontrak selama setahun.


Oleh Anugerah Pamuji

Sao Paulo, melalui laman rasmi mereka, menyatakan bahawa pihaknya telah menyelesaikan perpindahan Denilson dan kini pemain Arsenal itu sah akan tiba di kelab dari Brasil tersebut.

Denilson mengikat kontrak pinjaman selama setahun dan dia bakal diperkenalkan kepada umum pada Selasa. Pemain yang berasal dari Brasil tersebut menjadi pemain baru pertama skuad Adilson Batista. Tidak dinyatakan tentang jumlah perpindahannya yang dikeluarkan Sao Paulo dalam peminjaman ini.

Arsenal selesaikan perpindahan Gervinho

Pemain penyerang Lille OSC musim lepas kini rasmi sertai Arsenal.


Oleh M Yanuar F

Setelah perbincangan panjang dan tersekatnya proses perpindahan, Gervinho akhirnya rasmi menyertai Arsenal untuk musim depan.

Kelab mengumumkan melalui laman rasminya bahawa Gervinho telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal.

Pihak kelab tidak menyatakan informasi mengenai nilai perpindahan yang dibayar Arsenal kepada Lille untuk mendapatkan Gervinho, namun media Inggeris melaporkan bahawa nilai perpindahannya mencapai 11 juta poundsterling.

Ivan Gazidis: Arsene Wenger pegang kendalian perpindahan

Ketua eksekutif Arsenal itu menolak untuk masuk campur dalam urusan perpindahan dan menyerahkan masalah tersebut kepada pengurus pasukan.


Oleh M Yanuar F

Kemampuan mengendalikan proses perpindahan yang diterapkan Arsene Wenger di Arsenal mendapat sokongan penuh dari ketua eksekutif, Ivan Gazidis. Oleh itu, Wenger memegang kendalian penuh ke atas setiap keputusan perpindahan dalam pasukannya.

Perkara tersebut ditegaskan Gazidis dalam menjawab spekulasi perpindahan beberapa pemain di Arsenal. Menurutnya, kenyataan Wenger sudah mewakili Arsenal sebagai sebuah kelab.

Arsene Wenger tunggu berita kecederaan Cesc Fabregas

Selain menunggu penjelasan masa depan Cesc Fabregas, Arsene wenger juga ingin mengetahui secara pasti khabar kecederaan ketua pasukan Arsenal itu.


Oleh Taufik Bagus

Arsene Wenger sedang menanti kepastian mengenai masa depan Cesc Fabregas dan keadaan kecederaan ketua pasukan Arsenal yang berasal dari Spanyol itu.

"Kami akan terus melihat keadaan Cesc dengan kecederaan yang dihadapinya," kata Wenger, Isnin (18/7).

Fabregas masih dibelenggu dengan masalah kecederaan hamstring yang dialaminya sejak musim lalu. Kerana keadaan tersebut, Fabregas tidak dapat mengambil bahagian dalam jelajah pra-musim Arsenal.

Tinggal 2 minggu untuk Barcelona tunaikan perpindahan Cesc Fabregas

Barcelona diberikan dua minggu untuk merealisasikan keinginan membawa Cesc fabregas ke Nou Camp.


Oleh Taufik Bagus

Arsenal dilaporkan telah memberikan tempoh bagi Barcelona untuk membuat keputusan berkenaan perpindahan Cesc Fabregas jika benar-benar berminat terhadap pemain yang berasal dari Spanyol itu.

Namun Arsenal juga menyatakan bahawa mereka hanya akan bersedia untuk melepasnya dengan nilai perpindahan yang mencapai 40 juta poundsterling. Jika dalam dua minggu tempoh tersebut Barcelona gagal mencapai kesepakatan bersama Arsenal, Fabregas akan tetap kekal di Emirates pada musim depan.

Anelka mesra jawab assalamualaikum


Oleh Sukhairi Abd Thani

DI sebalik keghairahan bertemu empat mata dengan barisan pemain Chelsea, ada perkara yang lebih menyentuh jiwa empat rakan karib apabila sempat mendengar Nicolas Anelka (gambar) menjawab salam yang diberikan peminat semasa sesi ramah mesra kelab Inggeris itu bersama peminat di ibu negara, semalam.

Anak muda dari Hartamas itu tergamam sebentar apabila pemain yang nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka itu peka menjawab salam biarpun sibuk melayani kerenah peminat menyerbu mendapatkan autograf dan bergambar.

Tiket 'Malaysia v Singapura' dijual 26 Julai ini


PEMINAT yang ingin menyaksikan perlawanan pusingan kedua kelayakan bola sepak Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura pada 28 Julai ini boleh mendapatkan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula 26 Julai ini.

Bagi penyokong Malaysia, tiket boleh dibeli di Pintu Kuning dan Merah dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 Julai manakala 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan pada 28 Julai.

Barca berjuang untuk Fabregas


BARCELONA: Barcelona sedia berjuang untuk mendapatkan khidmat kapten Arsenal Cesc Fabregas sehingga tarikh akhir perpindahan pada 31 Ogos depan.

Barca ketika ini sedang berbincang dengan Arsenal untuk membeli pemain tengah Sepanyol itu yang menjadi sasaran jangka panjang bagi kelab juara Sepanyol dan Eropah itu.

Jurulatih Pep Guardiola yang ditemani Pengarah Kesukanan, Andoni Zubizarreta memberitahu sidang akhbar: “Tahun ini Arsenal bersetuju untuk berunding dan kami sedang berusaha ke arah itu.

Singapura ampuh sebab 'import'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR

SINGAPURA hanya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Taiwan pada aksi per- sahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.

Ia persiapan terakhir skuad kendalian Ra- dojko Avramovic itu menjelang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Malaysia di gelanggang sama, Sabtu ini.

Apa yang jelas, Singapura masih bergan- tung harap kepada penyerang 'import' vete- ran berusia 41 tahun, Aleksandar Duric dari Bosnia sebagai peledak utama mereka.

Hairuddin imbau kenangan 2003


KUALA LUMPUR - Berjaya menandingi pertahanan Chelsea, John Terry dan menanduk masuk sepakan sudut Rosdi Talib pada minit ke-40 dalam saingan Piala Liga Perdana England Asia 2003 memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan pemain Negeri Sembilan, Hairuddin Omar.

Esok, pemain kelahiran Setiu, Terengganu berkenaan dijangka bertemu semula dengan pemain antarabangsa England itu (Terry), bukan buat kali kedua tetapi kali ketiga selepas kali terakhir ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Chelsea di Stadium Shah Alam pada 2008.

Kerja gila Barcelona


BARCELONA nampaknya belum serik dan terus memujuk Arsenal, agar menyerahkan ketua pasukan mereka Cesc Fabregas.

Kali ini Barca menawarkan 40 juta (RM170 juta) dalam usaha ‘mencairkan’ hati pengurus The Gunners, Arsene Wenger agar merelakan pemergian Cesc ke kelab itu.

Arsenal bagaimanapun tidak akan menurunkan harga Fabregas kurang daripada 45 juta (RM192 juta). Tetapi mungkin mempertimbangkannya, jika Barca sanggup membayar 42 juta (RM179 juta).

Pada masa sama, Fabregas kemungkinan menolak tawaran pembaharuan kontrak dua tahun termasuk bayaran gaji mingguan mencecah sehingga RM435,965. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

City ancaman terbesar United


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Manchester City sebagai pencabar terkini skuad The Red Devils pada musim baru nanti.

Sepanjang 25 tahun menggalas jawa- tan itu, Ferguson telah menghadapi cabaran daripada musuh tradisi United seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Begitupun, pengendali veteran itu kini menganggap City sebagai ancaman terbesar buat pasukan itu.

Peminat tidak lagi hiraukan Messi


ROSARIO - Sejam selepas Argentina ditunjukkan jalan keluar oleh Uruguay pada saingan Copa America, Lionel Messi terus pulang ke kampung halamannya di Rosario tanpa pengetahuan orang lain.

Walaupun dia seorang pemain bola sepak terbaik dunia, sambutan yang diterima oleh pemain Barcelona itu sangat sederhana, tetapi ia memang sepatutnya berlaku, kerana Argentina gagal menyerlah dalam kejohanan tersebut.

Penyokong seakan tidak menghiraukan pemain sebaik sahaja Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memutuskan untuk memberi pelepasan kepada pemain selepas mereka tersingkir daripada kejohanan di sini.

Singapura tidak sehebat mana!


SKUAD Harimau Malaya mampu mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014!

Itu bukan omongan kosong atau bermimpi di siang hari, kerana pasukan Singapura dilaporkan berhempas pulas menewaskan Chinese Taipei 3-2 dalam aksi persahabatan di Kota Singa, Isnin lalu.

Keputusan itu, sekurang-kurangnya memberikan ilham buat Datuk K Rajagobal merencana strategi khas membendung ancaman Lions nanti.

Kedua pasukan di jadual berentap di Stadium Jalan Besar pada perlawanan pertama 23 Julai ini, sebelum aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai.

Pemenang peringkat ini mara ke peringat kumpulan melibatkan saingan 20 pasukan terbaik Asia sebelum dikecilkan kepada 10 pasukan pada pusingan kelima.

Piala Dunia edisi ke-20 bakal berlangsung di Brazil pada 2014.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Andre Villas-Boas: Kamilah raja Eropah!

 
PENGENDALI Chelsea kelahiran Portugal, Andre Villas-Boas, tekad memimpin pasukan merangkul gelaran Liga Juara-Juara musim depan.

Namun, dia akui bukan satu tugas mudah kerana jika gagal kariernya di Stamford Bridge bakal berakhir seperti pengurus terdahulu.

“Pemilik kelab, Roman Abramovich mahukan segala gelaran kejuaraan yang disertai Chelsea.

“Tapi, saya yakin pasukan kendalian ini mampu dinobatkan sebagai Raja Eropah,” katanya.

Anak didik Villas-Boas bakal berdepan skuad pilihan Malaysia bagi pertemuan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Jepun beri layanan bertaraf bintang kepada wira Nadeshiko


TOKYO: Jepun memberi layanan bertaraf bintang kepada pasukan bola sepak wanita mereka yang baru kembali dengan trofi Piala Dunia di Jerman.

Tidak biasa dengan keadaan sambutan sebegitu, pemain pasukan itu bergerak secara senyap-senyap melalui balai ketibaan lapangan terbang di Tokyo, sambil sempat menjeling ke arah peminat yang bersesak menanti dengan silauan cahaya kamera dari segenap penjuru.

“Kami tidak rasa kami sudah menang sehinggalah kami mendarat di Lapangan Terbang Narita,” kata kapten Jepun, Homare Sawa yang menjadi penjaring terbanyak kejohanan.

Arsene Wenger harus jadikan Theo Walcott penyerang

Walcott sering tampil bermutu ketika diletakkan dalam posisi hadapan...


Oleh Gunawan Widyantara

Bekas pemain sayap Arsenal Perry Groves berpendapat bahawa kemampuan Theo Walcott akan lebih terserlah jika Arsene Wenger meletakkannya sebagai pemain hadapan.

Wenger telah menghidu bakat Walcott dan seterusnya membawanya ke Emirates dari Sunderland. Penyerang yang memiliki kepantasan tinggi itu kini lebih kerap ditempatkan sebagai pemain sayap kanan.

Singapura bukan lagi masalah


Oleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian

KUALA LUMPUR - Perlawanan menentang tiga gergasi Liga Perdana Inggeris memberi persiapan berkualiti buat pemain Malaysia menjelang dua saingan penting - kelayakan Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2012, bukan sekadar pertunjukan hiburan yang tidak memberi manfaat, tegas bintang penyerang kebangsaan, Safee Sali.

Safee menegaskan, dua perlawanan yang sudah ditempoh Malaysia, menentang Arsenal, Rabu lalu dan Liverpool kelmarin berjaya mendedahkan kepincangan serta kelemahan skuad negara, sekali gus membantu jurulatih, Datuk K. Rajagobal mencari pendekatan taktikal yang sesuai sebelum bertandang ke Singapura untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu ini.

Arsenal segera ambil Joel Campbell

The Gunners telah mencapai kesepakatan bersama Deportivo Saprissa untuk membeli penyerang berusia 19 tahun itu.


Oleh Dede Sugita

Perjuangan Costa Rica dalam kejohanan Copa America terhenti hanya dalam peringkat kumpulan. Pasukan undangan itu kalah dalam persaingan bersama Peru dan Paraguay dalam persaingan negara peringkat ketiga.

Namun begitu, mereka berjaya mencuri perhatian dengan memperoleh kemenangan 2-0 keatas Bolivia. Beberapa pemain mereka telah pun memikat beberapa kelab Eropah pada kejohanan tersebut.

Diantaranya adalah penyerang Joel Campbell, penyumbang gol ke gawang La Verde, yang telah memikat Arsenal.

Arsenal kejar Jose Enrique selepas jelajah Asia

Arsene Wenger akan menjadikan Jose Enrique sebagai pengganti Gael Clichy.


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal Arsene Wenger diyakini akan segera mengejar tandatangan pemain pertahanan Newcastle United, Jose Enrique.

Sumber dari the Daily Star Sunday melaporkan bahawa Wenger akan segera melakukan tawaran kepada Newcastle agar mendapatkan Enrique yang akan dijadikan sebagai pengganti Gael Clichy.

"Arsene mengetahui tentang khabar yang menyebutkan bahawa Enrique sedang menantikan tawaran sebuah kelab yang dapat memberinya pengalaman bermain dalam Liga Juara-juara," ujar sumber tersebut.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Everton ingin pinjam Nicklas Bendtner

Pemain berasal dari Denmark itu menjadi sasaran perpindahan Everton.


Oleh Donny Afroni

Pengurusan di Everton ingin menambah kekuatan pasukan dalam jendela perpindahan musim panas ini agar dapat mendapatkan hasil yang lebih baik berbanding pada musim 2010/11 yang berakhir dalam tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

Ketumpulan barisan hadapan membuat pasukan yang dikelolai David Moyes itu harus melakukan perubahan. Selama ini, Everton sering menekankan barisan di bahagian tengah untuk melakukan gol. Oleh kerana itu, penyerang menjadi sasaran utama Everton dalam jendela perpindahan.

Gerard Pique bela Xavi

Tuesday, July 19, 2011
Pique mengatakan bahawa semua pemain Barcelona selalu membicarakannya disertai dengan rasa hormat.


Oleh Donny Afroni

Gerard Pique membela rakan sepasukannya, Xavi, berkaitan kritikan pengurus Arsenal Arsene Wenger kepada salah seorang ikon Barcelona itu.

Wenger mengecam Xavi setelah pemain Barcelona itu membuat kenytaan mengenai Cesc Fabregas yang kemungkinan berpindah dari Arsenal ke Barcelona. Namun Pique berpendapat bahawa Xavi tidak melakukan kesalahan.