Undian Play-Off Liga Juara-juara temukan Arsenal & Udinese

Friday, August 5, 2011
Hasil undian peringkat play-off Liga Juara-juara mengejutkan


Oleh M Yanuar F

Arsenal akan berhadapan dengan Udinese untuk menenpah tiket ke peringkat kumpulan dalam kancah Liga Juara-juara musim ini.

Pertemuan antara pasukan Italy dan Inggeris tersebut merupakan salah satu hasil daripada undian peringkat play-off Liga Juara-juara yang dilakukan di Nyon, Switzerland.

Selain Arsenal yang bakal menentang Udinese, hasil undian lain mempertemukan kelab gergasi Bundesliga Jerman Bayern Muenchen menghadapi wakil dari Switzerland, FC Zurich.

Rangers, Dynamo jadi mangsa penyingkiran awal


PARIS - Gergasi bola sepak Scotland, Rangers dan gergasi Ukraine, Dynamo Kiev merupakan nama besar yang menjadi mangsa penyingkiran pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, semalam.

Rangers gagal bangkit daripada kekalahan 0-1 pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri minggu lalu, apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Malmo di Sweden, sekali gus tersingkir menerusi agregat 2-1. Malah, memburukkan lagi keadaan mereka menamatkan saingan dengan sembilan pemain.

Tawaran terbaru Barcelona untuk Cesc Fabregas ditolak lagi

Barcelona belum dapat memiliki pemain idaman mereka yang bermain di Arsenal kerana tawaran terbaru mereka ditolak lagi


Oleh M Yanuar F

Sumber Sky Sports melaporkan bahawa Barcelona telah mengajukan tawaran baru untuk mendapatkan Cesc Fabregas dari Arsenal.

Akan tetapi, hasil dari tawaran terbaru kelab Sepanyol tersebut kembali menerima nasib serupa seperti sebelum ini, iaitu menerima penolakan dari pihak Arsenal.

'Selangor sedia lepaskan Safiq'

FAS tak pernah berniat halang pemain hijrah kembang bakat: Hamidin


Oleh Ahmad Fiesal Othman

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) tidak pernah berniat menghalang pemainnya untuk berhijrah mengembangkan karier mereka, sebaliknya akan cuba membantu untuk kebaikan pemain itu sendiri dan bola sepak negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, laporan akhbar mengenai hasrat kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim yang dikatakan mahu berhijrah ke kelab Liga Super (ISL) tetapi tidak dilepaskan FAS bagi memastikan pemain itu fokus terhadap saingan Piala Malaysia dan menunggu sehingga tamat musim adalah kurang tepat.

Pertembungan maruah


LONDON – Pertembungan Perisai Komuniti di antara Manchester United dan Manchester City di Wembley pada Ahad ini sekali lagi bakal menjadi pentas untuk memperlihatkan sama ada kedua-dua kelab itu kini memiliki kekuatan seimbang.

United telah beraksi pada aksi pembuka tirai musim baharu itu sebanyak 18 kali sepanjang tempoh City kali terakhir membuat kemunculan pada perlawanan sumbangsih itu pada tahun 1973.

Chivas aibkan Barcelona

Kelab Mexico belasah juara Eropah 4-1 dalam perlawanan persahabatan


MIAMI: Marco Fabian menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk membantu kelab Mexico, Chivas Guadalajara mencatat kemenangan menakjubkan 4-1 ke atas gergasi Sepanyol Barcelona dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.

Juara Eropah itu mendahului pada separuh masa menerusi jaringan David Villa pada minit ketiga, tetapi Chivas bangkit dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 12 minit pada babak kedua.

Bola tidak mahu jadi 'korban' awal


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

PUTRAJAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah nasib yang boleh dikatakan mengenai skuad bola sepak negara ke temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011), Shenzen, China.

Sekumpulan dengan tiga negara kuasa besar bola sepak, Brazil, Rusia dan juara bertahan, Ukraine, mungkin sudah ramai boleh membayangkan nasib yang akan dialami pasukan Malaysia.

Mendapatkan keputusan seri pun dilihat sukar apatah lagi mahu mencatat kemenangan memandangkan ketiga-tiga negara tersebut jelas berada dalam kelas tersendiri berbanding Malaysia.

Matsuda mati sakit jantung


TOKYO: Bekas pemain pertahanan Jepun, Naoki Matsuda meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung, dua hari selepas jatuh ketika sesi latihan. Dia berusia 34 tahun.

Matsuda, yang membuat 40 penampilan bersama Jepun dan turut menyarung jersi negaranya ketika Piala Dunia 2002, diberi alat bantuan pernafasan di hospital selepas tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Arsene Wenger: Percayalah pada kami

Arsene Wenger yakin Arsenal telah melakukan persiapan untuk menyambut musim baru dengan sangat baik.


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal Arsene Wenger meminta kepercayaan peminat the Gunners, kerana jurulatih berasal dari Perancis tersebut yakin skuadnya telah melakukan persiapan dengan baik.

Seperti yang diketahui, Arsenal akan menghadapi musim Liga Perdana Inggeris dengan perlawanan-perlawanan yang berat. Dengan perlawanan yang akan mengunjungi Newcastle United kemudian diikuti oleh perlawanan menentang Liverpool dan Manchester United.

AS Roma pantau Marouane Chamakh

AS Roma menganggap Marouane Chamakh ideal untuk menggantikan peranan Mirko Vucinic yang dilepaskan ke Juventus.


Oleh Tegar Paramartha

Kelab Serie A Italy, AS Roma dilaporkan akan cuba untuk mendapatkan penyerang Arsenal Marouane Camakh pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Skuad asuhan Luis Enrique tersebut melihat Chamakh sebagai pengganti ideal Mirko Vucinic yang telah mereka lepaskan ke Juventus.

Fabregas & Nasri akan sertai foto pasukan Arsenal 2011/12

Thursday, August 4, 2011
Pihak pengurusan Arsenal meminta Cesc Fabregas dan Samir Nasri mengikuti sesi foto rasmi kelab untuk musim 2011/12, kerana masih merupakan pemain Arsenal.


Oleh Tegar Paramartha

Arsenal dilaporkan akan menyertakan Samir Nasri dan Cesc Fabregas dalam foto pasukan mereka untuk musim 2011/12.

The Sun melaporkan bahawa pihak pengurusan Arsenal akan meminta kedua-dua pemain tersebut untuk mengikuti sesi foto rasmi kelab dalam waktu terdekat.

Barcelona ajukan tawaran baru untuk Cesc Fabregas

Barcelona hanya menunggu jawapan Arsenal untuk tawaran baru mereka.


Oleh M Yanuar F

Barcelona masih terus mengejar Cesc Fabregas. Tawaran baru untuk menghadirkan pemain tengah Arsenal itu ke Nou Camp telah pun disiapkan.

Tawaran terakhir Barcelona yang ditolak oleh Arsenal adalah bernilai 26 juta poundsterling. Khabarnya, Barcelona akan menaikkan tawaran dengan jumlah yang tidak mencecah 30 juta pounds.

Kecederaan buku lali Jack Wilshere tak serius

Pemain berusia 19 tahun itu mengaku buku lalinya hanya alami bengkak biasa.


Oleh Dede Sugita

Perlawanan Piala Emirates di antara Arsenal dan New York Red Bulls baru menjejaki minit ke tujuh, tetapi Jack Wilshere telah berjalan terhenjut-henjut keluar padang untuk digantikan oleh Benik Afobe.

Pemain berbakat berusia 19 tahun itu rupa-rupanya mengalami kecederaan buku lali. Keadaan ini telah membawa rasa kuathir kepada skuad  the Gunners serta pasukan kebangsaan Inggeris kerana akan berehat panjang.

Barcelona minta Fabregas bantu bayar belanja perpindahan

Mungkinkah Cecs Fabregas sedia berkorban untuk mencapai impiannya kembali ke Barcelona?

Oleh Aditya Ramadhan

Sandro Rosell, presiden Barcelona, gagal memujuk Arsenal untuk menurunkan bayaran perpindahan Cesc Fabregas. Mereka kini tidak mempunyai dana lagi dan terpaksa meminta ketua pasukan Arsenal itu untuk membiayai sebahagian bayaran perpindahannya.

Barcelona meningkatkan tawaran sehingga £36 juta. Arsenal bertekad hanya akan melepas Fabregas dengan harga £40 juta, tunai. Ia masih kekurangan £4 juta

Red Bulls juara Piala Emirates

Thierry Henry berjaya membawa Red Bulls menjadi juara meskipun terpaksa menyingkirkan kelab lamanya.


Oleh Ivena Kasatyo

Thierry Henry menjadi mimpi buruk bagi kelab yang memperkenalkannya, Arsenal. Henry yang mendapat sambutan hangat dari peminat Arsenal telah menggagalkan misi kelab lamanya untuk melakukan hat-trick untuk memenangi Piala Emirates.

Pada perlawanan terakhir di Emirates, Red Bulls berjaya mengikat Arsenal 1-1. Keputusan itu menjadikan Red Bulls menduduki tangga teratas dalam keputusan akhir dan muncul sebagai juara.

Arsenal kehilangan Abou Diaby 10 minggu

Monday, August 1, 2011
Arsene Wenger terpukul dengan ketiadaan Diaby.


Oleh Henry AA

Pada akhir musim lalu Diaby telah mengalami kecederaan yang membuatkannya tidak mampu beraksi pada perlawanan-perlawanan terakhir Arsenal. Kecederaan tersebut ternyata masih belum reda.

Pemain yang berasal dari Perancis itu akan menjalani pembedahan tumit kaki dan tidak dapat mengikuti jelajah pra-musim ke Asia dan Jerman. Diaby dijangka akan direhatkan selama lebih kurang sepuluh minggu.

Andrey Arshavin promosikan junior

Pemain Arsenal Andrey Arshavin ajukan nama pemain muda Rusia yang layak bermain bersamanya di liga Inggeris.


Oleh Taufik Bagus

Arsenal sedang mencari pemain baru dan Andrey Arshavin membantu kelabnya dengan mengajukan nama Alan Dzagoev, pemain berusia 21 tahun yang bermian untuk CSKA Moscow.

Menurut Arshavin, Dzagoev merupakan pemain muda terbaik di Rusia pada waktu ini.