Walcott teruja dengan perjalanan ke Malaysia

Saturday, July 9, 2011

Pemain hadapan Arsenal mendakwa bahawa jelajah pra-musim ke Asia akan menjejaskan para pemain namun percaya ia adalah satu langkah penting untuk membina jenama kelab dan pengkalan peminat.

The Gunners akan melangkah keluar dalam rutin pra-musim mereka pada tahun ini dengan terbang merentasi benua untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan ke Asia Tenggara.

Pasukan Arsene Wenger akan bertolak ke Asia esok dalam perjalanan jauh yang akan menyaksikan mereka menentang pasukan bintang XI Malaysia, sebelum menuju ke China untuk berhadapan dengan Hangzhou Greentown pada Sabtu hadapan.

Manuel Almunia dan Nicklas Bendtner sedia tinggalkan Arsenal


Penyerang Arsenal Nicklas Bendtner dan penjaga gol Manuel Almunia difahamkan akan berbincang dengan kelab lain untuk perpindahan keluar dari Emirates. Kedua-duanya tidak akan menyertai skuad 23 orang pemain yang akan bertolak ke Asia pada Ahad untuk jelajah pra-musim mereka. Bagaimanapun, Samir Nasri, yang terus dikaitkan dengan Manchester United, akan mengikuti perjalanan tersebut.

Wenger: 'Saya akan lakukan apa saja untuk kekalkan Cesc dan Nasri'

 

Oleh Richard Clarke

Arsène Wenger telah mendakwa bahawa akan melakukan apa sahaja asalkan dia boleh mengekalkan Cesc Fabregas dan Samir Nasri di Arsenal.

Kedua-dua pemain tengah tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates pada musim panas ini namun, bercakap dalam slot Arsenal Player pada petang Jumaat, pengurus tersebut menceritakan keinginannya untuk mengekalkan khidmat mereka.

Manchester City selangkah lagi dapatkan Samir Nasri

Arsenal dikhabarkan sudah mencapai kesepakatan dengan City untuk melepaskan Nasri.


Oleh Henry AA

Arsene Wenger baru saja menyatakan bahawa akan berusaha keras untuk mempertahankan dua pemain handalannya, Nasri dan Cesc Fabregas yang diburu oleh beberapa buah kelab lain.

TM taja Harimau Malaya


SKUAD bola sepak kebangsaan mendapat suntikan terbesar apabila mendapat tajaan mencecah RM27.8 juta daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk tempoh empat tahun sehingga 30 Jun 2015.

Penajaan tahunan berjumlah RM6 juta untuk tahun pertama disusuli kenaikan 10 peratus untuk setiap tahun berikutnya itu membolehkan logo TM dipaparkan pada jersi latihan serta pelbagai barangan sukan, peralatan latihan dan pakaian rasmi skuad kebangsaan.

Miyaichi dalam skuad Arsenal di Jelajah Asia


Oleh Giuseppe Muro


Arsène Wenger telah mendakwa bahawa Ryo Miyaichi akan berada dalam skuad Arsenal yang akan mengikuti rombongan Asia dan berkata bahawa pemain itu akan bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama musim depan.

Peluang Khairul uji ketangkasan


Oleh Azlan Muhammad Zain

AKSI menentang dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Liverpool menjadi persediaan ampuh kepada Harimau Malaya apabila turun menentang musuh tradisi, Singapura hujung bulan ini dalam misi mara ke peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.

Penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat berkata, kehadiran dua kelab terbabit bakal menguji kemampuannya untuk beraksi di tahap lebih tinggi.

Riise makin hampir kembali beraksi di EPL


LONDON: Bekas bintang Liverpool, John Arne Riise semakin hampir untuk kembali ke kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris dengan Fulham dijangka bersetuju dengan perjanjian bersama kelab Serie A Itali, AS Roma.

“Dia akan hadir untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Jika semuanya berjalan lancar, kami akan mendapat seorang pemain yang amat bagus,” kata pengurus Fulham, Martin Jol mengenai pertahanan kiri dari Norway itu.

Kegagalan musim lalu inspirasikan Arsenal

Situasi mereka yang hampir memenangi gelaran pada 2010/11 diyakini oleh Arsene Wenger sebagai bakal memperkuatkan semangat skuad didikannya.


Oleh Dede Sugita

Pada dasarnya umum mengetahui bahawa kemarau trofi bagi Arsenal telah berlaku dengan begitu lama yang mana berlaku setelah enam musim beserta kegagalan musim lepas.

Penyokong kelab Utara London tersebut turut gelisah menanti trofi pertama mereka sejak Piala FA 2005. Apatah lagi apabila pada musim lepas skuad the Gunners hanya tinggal selangkah lagi untuk menyudahkan kemarau tersebut.

Malaga buru Sneijder

MALAGA dikatakan bakal membida pemain tengah Inter Milan Wesley Sneijder dengan tawaran RM150 juta dan perbincangan akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, bekas bintang Ajax itu turut diburu juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United, namun tawaran mereka ditolak Inter Milan.

Menurut sumber, satu perbincangan bakal diadakan berhampiran pejabat rasmi Malaga mengenai perpindahan terbabit.

Terkini, jurulatih Inter Gian Piero Gasperini mengeluarkan kenyataan mengenai kesediaannya melepaskan Sneijder menjelang musim baru Serie A.

Malaga yang beraksi di La Liga sebelum ini berjaya mendapatkan penyerang Hamburg, Ruud van Nistelrooy dengan perjanjian kontrak selama setahun. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Bekas pemain Arsenal umum persaraan


Bekas pemain pertahanan Arsenal Silvinho telah mengumumkan persaraannya dalam bolasepak professional.

Pemain Brazil berusia 37 tahun tersebut, yang telah membuat 80 penampilan terhadap the Gunners sepanjang dua tahun di Utara London, telah tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan Manchester City pada musimpanas 2010.
Silvinho menyertai Arsenal dari Corinthians pada 1999 dan menjadi pilihan utama pertahanan kiri Arsene Wenger menggantikan Nigel Winterburn. Dia menjaringkan liga gol, termasuk jaringan menentang Chelsea di Stamford Bridge, sebelummeninggalkan kelab untuk ke Celta Vigo pada 2001.

Dia kemudian berpindah ke Barcelona sebelum kembali ke Liga Perdana bersama Manchester City pada 2009.

(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Sunderland beli dua tonggak MU


LONDON: Sunderland melengkapkan pembelian berganda dua pemain pertahanan Manchester United kelmarin, membawa masuk Wes Brown dan John O'Shea ke kelab itu menerusi kontrak empat tahun.

Brown, 31, dan O'Shea, 30, menyertai kelab itu dengan bayaran perpindahan dirahsiakan selepas United menerima tawaran sekitar £12 juta (RM57.3 juta) bulan lalu buat dua pemain itu dan pemain tengah Darron Gibson, rakan senegara O'Shea dalam pasukan kebangsaan Ireland.

Kami bekerja sepanjang malam untuk tandatangani pemain


Oleh Richard Clarke

Arsène Wenger berkata bahawa dia telah bekerja 'lewat malam' untuk membawa masuk pemain yang tepat ke Arsenal.

Pengurus pasukan tersebut memahami tuntutan daripada para peminat untuk melihat ketibaan pemain baru ke Stadium Emirates tetapi, seperti biasa, Wenger menanti masanya akan tiba.

£15 juta Juan Mata, sayap yang akan berikan Arsenal kelebihan

Friday, July 8, 2011
Dengan hanya Xavi, Messi dan Alves yang mendahuluinya dalam La Liga, pemain sayap berusia 23 tahun milik Valencia, Juan Mata adalah pemain yang cukup berbaloi untuk menguatkan Arsenal.


Sesiapa yang menonton kejohanan Eropah bawah 21 tahun pada Sabtu lepas di Denmark akan terpesona dengan kelincahan Juan Mata yang meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya dalam kemenangan Spanyol 2-0 ke atas Switzerland. Ia merupakan sebuah perlawanan di mana pemain serangan Valencia berusia 23 tahun tersebut menampilkan bagaimana dia dia mempunyai kelas tersendiri berbanding rakan-rakan sepasukannya. Turut perlu dipertimbangkan bahawa Mata turut menjadi sebahagian daripada pemenang Piala Dunia bersama Spanyol dan menurut Opta, pemain satu-satunya pemain bolasepak yang boleh dikalahkan oleh Xavi, Messi dan Alves dalam pembantu jaringan gol dalam La Liga sejak 2008/2009 musim adalah dia.

Clichy dedahkan penolakkan Reds

Pemain pertahanan itu memberitahu bahawa wang bukan sebab keluar dari Arsenal


Oleh Patrick Haond.

Gael Clichy menyuarakan bahawa dia telah menolak tawaran Liverpool dan Roma untuk menyertai Manchester City.

Pemain kebangsaan Perancis tersebut telah menyempurnakan perpindahan £7 juta dari Arsenal pada minggu ini untuk menandatangani perjanjian empat tahun bersama kelab Eastlands.

Format baru saingan Liga M 2012 ditentukan Selasa ini

PETALING JAYA - Teka-teki panjang mengenai jumlah pasukan, siapa dinaikkan dan siapa diturunkan dalam format baru pertandingan serta aksi pemain import dalam Liga Malaysia musim depan, bakal terjawab dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, segala keputusan dijamin akan mengambil iktibar dan bermatlamatkan untuk mengatasi masalah yang timbul akibat jadual padat liga musim ini dengan Piala Malaysia, September depan akan menjadi titik tolak awal komitmen persatuan.

Agen Motta nafi tawaran Arsenal


Agen Tiago Motta menafikan bahawa pemain tengah Inter Milan itu telah menolak tawaran dari Arsenal.

Spekulasi baru-baru ini menyatakan bahawa Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmat Motta untuk menguatkan barisan mereka pada musim 2011-12.

Fowler sertai kelab Thailand


BANGKOK - Bekas penyerang England dan Liverpool, Robbie Fowler menyertai kelab Thailand Muangthong United dan dia akan diperkenalkan secara rasmi esok, kata kelab Liga Perdana Thailand (TPL) itu dalam kenyataan semalam.

2 pemain bakal dihantar berlatih dengan United

DUA pemain kebangsaan serta seorang jurulatih bakal menikmati pengalaman menyertai sesi latihan pasukan juara Liga Perdana England, Manchester United.

Program tersebut akan dibawakan khas oleh penaja baru skuad bola sepak kebangsaan, Telekom Malaysia Berhad (TM) yang juga merupakan antara rakan penaja United.

Tiket percuma Arsenal-Malaysia diserbu

Thursday, July 7, 2011

PEMINAT setia Arsenal dan skuad Harimau Malaya menyerbu Balai Berita di Bangsar seawal jam 8.00 pagi semalam bagi mendapatkan tiket perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 13 Julai ini.

Biarpun kaunter penebusan dibuka pada jam 10.00 pagi, beratus-ratus pembaca Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times beratur awal untuk menebus 14 kepala akhbar bagi satu tiket perlawanan dan satu pas sesi latihan pasukan.

Rajagobal hairan helah Singapura


"SAYA pun rasa hairan. Sebelum ini mereka (Singapura) sudah menggugurkan ramai pemainnya selepas gagal pada Piala Suzuki AFF 2010.

"Tetapi selepas undian Kelayakan Piala Dunia 2014, mereka berasa yakin akan bertemu Malaysia dan kembali menyenaraikan pemain-pemain senior ini."

Johan Djourou berharap skuad Arsenal tetap fokus

Johan Djourou menilai musim depan Arsenal dapat meraih gelar juara.

Oleh Tegar Paramartha

Pemain pertahanan Arsenal Johan Djourou menyatakan bahawa skuadnya tidak boleh terganggu dengan khabar-khabar angin yang berkembang di media berkaitan masa depan Cesc Fabregas.

Seperti yang diketahui, nama ketua pasukan Arsenal tersebut kini kerap menjadi bahan utama dalam media seiring dengan perkembangan masa depan dirinya. Tetapi Djourou menegaskan bahawa pasukannya harus tetap fokus untuk menjalani pra-musim daripada memikirkankan pasaran perpindahan.

Modric, Levy 'perang' besar

LONDON - Hubungan Luka Modric dengan Tottenham Hotspur bertambah buruk selepas tonggak tengah itu memaklumkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu dalam satu perjumpaan yang berlangsung dengan tegang, kelmarin.

Berang dengan tindakan bintang Croatia itu, Levy memberi amaran kepada Modric, 25, bahawa dia lebih sanggup membiarkan pemain itu 'reput' di bangku simpanan daripada mengizinkan berpindah ke kelab idamannya, Chelsea.

The Blues sebelum ini telah membuat bidaan pertama bernilai 22 juta pound (RM110 juta) kepada Spurs, namun ia ditolak bulat-bulat.

United dedah rahsia mahu miliki Sneijder

LONDON - Selepas sekian lama berteka- teki, Manchester United akhirnya menge- sahkan bahawa mereka mahu mendapat- kan khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder.

Malah juara Liga Perdana England musim ini itu menganggap menandatangani kontrak dengan Sneijder adalah satu keputusan tepat dan bakal memberikan im- pak yang positif.

"Kewujudan Paul Scholes (pemain vete- ran United) serta Roy Keane (bekas pemain United) yang baru tidak akan ada.

Jejak sukar

Oleh Syed Riduan Ahmad

Harimau Muda diundi bersama Jepun, Syria, Bahrain kelayakan Olimpik

DIUNDI bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C pusingan ketiga kelayakan zon Asia 21 September ini, jurulatih Ong Kim Swee akui skuad Olimpik negara berdepan tugas sukar.

Namun tumpuannya lebih menjurus untuk memperkemas dan memperbaiki kesilapan barisan Harimau Muda tanpa terlalu mahu memikirkan lawan yang bakal menentukan nasib negara pada pusingan berkenaan.

Nasib Neymar selepas berakhir Copa America


RIO DE JANEIRO - Masa depan bintang Brazil, Neymar hanya akan ditentukan selepas berakhirnya Copa America meskipun khabar angin terus tersebar mengaitkannya dengan penghijrahan ke Sepanyol atau pun England, lapor media tempatan, kelmarin.

Neymar yang baru-baru ini membantu Santos menjulang kejuaraan Copa Libertadores, dikaitkan dengan Chelsea dan Real Madrid, namun ejen kepada penyerang itu, Wagner Ribeiro menegaskan bahawa tiada keputusan akan dibuat sehingga Ogos ini.

Barcelona tak puas hati harga Fabregas


LONDON: Cesc Fabregas berdepan satu lagi kemelut apabila Barcelona enggan bersetuju terhadap adegan tarik tali dengan Arsenal mengenai perpindahannya.

Fabregas tidak akan menyertai kunjungan Gunners ke Asia kerana kecederaan hamstring berterusan manakala Barca juga menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan membayar 40 juta pound (RM192.84 juta) yang diminta untuk perpindahannya.

Lille meriahkan pengejaran Sergio Canales

Kelab juara dari Ligue 1 itu mengikut jejak Arsenal, Roma, Schalke, Aston Villa, dan Everton.


Oleh Dede Sugita

Gagal berkembang kerana kekurangan peluang bermain di Real Madrid, Sergio Canales diyakini akan keluar dari Santiago Bernabeu.

Kelab yang mencuba untuk menandatangani pemain penyerang berusia 20 tahun itu pun bukan sedikit. Selain barisan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Arsenal, Everton, dan Aston Villa, Bundesliga dan Serie A turut menginginkannya seperti Schalke 04 dan AS Roma.

Charlie Adam sah sertai Liverpool


LIVERPOOL - Liverpool tidak akan berehat selepas selesai merekrut Charlie Adam dari Blackpool semalam.

Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mahu membeli sekurang-kurangnya tiga lagi pemain sebelum tingkap perpindahan musim panas menutup tirainya.

Lionel Messi gemarkan Arsenal & Manchester United


Pemain lincah tersebut menyukai gaya permainan dua klelab Inggeris yang disingkirkan oleh Barca dalam Liga Juara-juara pada musim lepas itu.

Oleh Dede Sugita

Lionel Messi mengaku bahawa dirinya menyukai gaya permainan yang ditampilkan oleh Arsenal dan Manchester United.

Kedua-dua pasukan Inggeris itu ditewaskan oleh Barcelona dalam perjuangan menuju ke peringkat kejuaraan dalam kejohanan Liga Juara-juara 2010/11.

Ingin penjelasan, Samir Nasri temui Arsene Wenger


Pemain Arsenal yang ingin meninggalkan kelab, Samir Nasri, dilaporkan akan melakukan pertemuan dengan jurulatih Arsene Wenger untuk membincangkan masa hadapannya di Stadium Emirates.

Dani Alves memahami situasi Cesc Fabregas

 Alves mengaku memaksakan kepergiannya dari Sevilla tiga tahun lalu.


Oleh Dede Sugita

Waktu terus berjalan, tetapi impian Cesc Fabregas untuk kembali ke Barcelona belum juga menjadi kenyataan.

Berkaitan Gary Cahill, Arsenal diberi tempoh

Bolton beri tempoh selama sepuluh hari kepada Arsenal untuk ajukan tenawaran kepada Gary Cahill.


Oleh Tegar Paramartha

Bolton Wanderers dilaporkan telah memberikan tempoh waktu selama sepuluh hari kepada Arsenal untuk segera mengajukan tawaran rasmi untuk Gary Cahill.

The Gunners telah tertarik untuk menandatangani Cahill dalam beberapa minggu terakhir ini dan The Trotters dikatakan mula berasa kecewa dengan Arsenal yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengajukan tawaran.

Inter Milan ingin tukar Emiliano Viviano dengan Samir Nasri

Inter Milan tawarkan Emiliano Viviano kepada Arsenal demi dapatkan Samir Nasri.


Oleh Tegar Paramartha

Kelab gergasi Serie A Itali Inter Milan dikhabarkan akan menawarkan salah satu pemain mereka kepada Arsenal untuk mendapatkan Samir Nasri.

Fulham Ajukan Penawaran Untuk Jeffren Suarez

Fulham menjadi pasukan pertama yang mengajukan tawaran rasmi untuk pemain Barcelona Jeffren Suarez.


Oleh Tegar Paramartha

Fulham diberitakan bahawa telah mengajukan tawaran rasmi kepada Barcelona untuk pemain muda mereka, Jeffren Suarez.

Barcelona memastikan kemasukan Kiko Femenia

Barca sudah memastikan perpindahan Femenia, tapi enggan membahas berkaitan Fabregas.

Oleh Dede Sugita

Pada malam Rabu, Barcelona mengungkapkan telah mengamankan jasa gelandang 20 tahun, Kiko Femenia, dari Hercules.

Untuk menarik pemain muda itu ke Camp Nou, pasukan Catalan itu perlu mengeluarkan €2 juta beserta €1.5 juta dalam bentuk bonus yang akan diberikan mengikut persembahan Femenia sendiri.

Barcelona tidak tergesa-gesa untuk Cesc Fabregas

Barcelona akan menguji kesabaran mereka dengan menunggu perkembangan terakhir perpindahan ketua pasukan Arsenal itu.

Oleh M Yanuar F

Barcelona mengakui akan menunggu sehingga detik-detik terakhir pasaran perpindahan musim panas untuk mendapatkan Cesc Fabregas dari Arsenal.

Barcelona sudah mengajukan tawaran mencapai 35 juta poundsterling untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu, namun Arsenal belum bersedia melepas dengan nilai tawaran tersebut.

Wright akui bimbang pada Arsenal

Lagenda Arsenal Ian Wright telah mempersoalkan keupayaan Arsene Wenger dalam urusan skuad the Gunners melalui musim perpindahan kali ini yang kian merunsingkan kelab.


Wright, yang telah merasai kejayaan Arsenal di bawah Wenger, merasakan jurulatih Perancis tersebut adalah pengurus terbaik untuk kelab tetapi tidak percaya bahawa dia mempunyai 'naluri pembunuh' yang diperlukan dalam pasaran perpindahan moden.

Cesc beritahu rakan pasukan bahawa tidak akan bermain untuk Arsenal lagi

Pemain antarabangsa Spanyol tersebut dilaporkan memberitahu rakan skuad the Gunners bahawa dia telah bermain untuk perlawanan terakhirnya untuk kelab, untuk menyertai kelab sejak kecilnya Barcelona

Cesc Fabregas memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini, menurut the Sun.

Fabregas pada waktu ini dikaitkan dengan begitu kuat mengenai perpindahan ke Barcelona dan perjanjian kesepakatan hampir sempurna.

Casillas masih lagi kapten Real Madrid


BEIJING - Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menafikan spekulasi mengenai tugas selaku kapten Real Madrid yang disandangnya ketika ini bakal dilucutkan.

Casillas berkata, isu itu telah dibincangkan bersama pengurus Real, Jose Mourinho dan mereka bersetuju lilitan lengan selaku kapten pasukan itu dikekalkan.

Arsenal belanja £52 juta untuk Benzema dan Lavezzi?


Oleh Scott Murray

Arsenal merancang pembelian sebanyak £52 juta untuk pemain Real Madrid Karim Benzema dan penyerang Napoli Ezequiel Lavezzi. Salah seorang daripadanya bakal menelan belanja sebanyak £25 juta, dan yang satu lagi £27 juta. Yang mana satukah adalah sesuai dengan harga-harga yang disebut di atas? Adakah anda ambil peduli? Tentu tidak.


(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)

Man City beli pertahanan £6 juta yang ditolak Arsene Wenger dengan £2 juta!


Arsene Wenger mungkin telah melakukan kesilapan setelah menolak untuk membeli pemain pertahanan kebangsaan Montenegro, Stefan Savic semasa dia telah datang ke Emirates pada tahun lepas untuk percubaan selama 10 hari bersama Arsenal, dan kini bos Man City Roberto Mancini meraikan kehadiran Savic di Eastlands semalam dengan perjnajian £6 juta dari Partizan Belgrade.

Lima 'import' taruhan Singapura


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR

SINGAPURA mempertaruhkan lima pemain 'import' dalam misi mereka menyekat kemaraan Malaysia pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.

Jurulatih, Radojko Avramovic menyenaraikan lima pemain 'import' dalam skuad kendaliannya itu yang terdiri daripada 25 pemain.

Milan buru Chu-Young


AC Milan memulakan ‘perlumbaan’ merebut penyerang Monaco, Park Chu-Young apabila Ketua Eksekutifnya, Adriano Galliani disahkan berjumpa ejen Chu-Young, baru-baru ini.

Pemain Korea itu sebelum ini turut menjadi buruan dua kelab lain iaitu Lille dan Dynamo Kiev selepas Chu-Young menyatakan hasratnya berhijrah dari Monaco bagi bersaing dalam Liga Juara-Juara UEFA.

MAS taja penerbangan Chelsea


Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) dilantik menjadi penerbangan rasmi kelab Liga Perdana England, Chelsea sempena Jelajah Asia 2011 kelab tersebut pada bulan ini.

Satu perjanjian persefahaman dimeterai dengan Pro Events, syarikat pemasaran dan penasihat bola sepak terkemuka di Asia yang menjadi promoter eksklusif jelajah berkenaan di Kuala Lumpur semalam.

Fabregas enggan sertai Jelajah Arsenal ke Asia


LONDON: Cesc Fabregas (gambar) mahu segera menandatangani kontrak untuk menyertai Barcelona sebelum Arsenal berkunjung ke Asia, Ahad ini.

Skuad Gunners akan terbang ke Kuala Lumpur untuk jelajah pra musim sembilan hari tapi kapten yang tidak lagi berminat menyarung jersi Arsenal itu begitu terdesak untuk tidak bersama pasukan itu.

Inter sedia lepaskan Sneijder ke United


MANCHESTER – Harapan Manchester United untuk mendapatkan Wesley Sneijder menerima suntikan semangat baru, apabila Inter Milan menyatakan kesediaan menjual tonggak perancang itu.

Bos Red Devils, Alex Ferguson selama ini memang meminati pemain berbakat Belanda itu dan pernah dikaitkan dengan perpindahan bernilai 29 juta pound (RM105 juta) ke Old Trafford tahun lalu.

Real tetap mahukan Neymar

REAL Madrid bersedia berbelanja besar sehingga RM195.7 juta untuk mendapatkan khidmat penyerang muda Santos, Neymar.

Pemain kebangsaan Brazil itu, sebelum ini dikatakan bakal meninggalkan Santos musim panas ini, walaupun presiden kelab itu bertegas Neymar tidak akan ke mana-mana.

Dalam perjanjian untuk mendapatkan Neymar, Real dikatakan sanggup membayar gaji lebih RM21.8 juta setahun.

Namun, ketika di minta mengulas mengenai isu perpindahan dan perbincangan ini Timbalan Presiden Real, Fernando Tapias enggan mengulas lanjut.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Avramovic optimis


Oleh Aziman Rosdi

SELEPAS mengintip kekuatan Malaysia menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yakin beliau memiliki strategi terbaik bagi meranapkan impian anak buah Datuk K Rajagobal untuk mara ke pusingan seterusnya.

Fabregas tidak ke Malaysia?

LONDON - Cesc Fabregas dikatakan mahu merealisasikan perpindahan ke Barcelona sebelum Arsenal berlepas ke Asia untuk siri jelajah kelab itu, Ahad ini.

Skuad Gunners akan ke Kuala Lumpur untuk memulakan jelajah pra-musim selama sembilan hari, namun ketua pasukan, Fabregas terdesak tidak mahu mengikuti rombongan tersebut.