Mampukah Wenger selamatkan musim Arsenal?

Saturday, March 19, 2011
BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan malah memang sudah diramal apabila Arsenal kalah 0-2 kepada Manchester United dalam saingan suku akhir Piala FA di Old Trafford, Sabtu lalu.

Moral pemain Arsenal jelas berada pada tahap paling rendah selepas gagal menamatkan penantian enam tahun pemburuan trofi pertama apabila tanpa disangka tumbang 1-2 kepada pasukan bawahan Liga Perdana, Birmingham City dalam aksi akhir Piala Liga.

Igauan kekalahan itu jelas terbawa-bawa dalam prestasi Arsenal. Walaupun menang5-0 ke atas Leyton Orient dalam pusingan kelima Piala FA, setelah seri tanpa jaringan dengan Sunderland sebelum disingkirkan Barcelona pada Liga Juara-Juara.

Daripada empat piala, hanya satu sahaja trofi masih boleh dimiliki oleh Arsenal iaitu Liga Perdana. Namun berdasarkan situasi terkini di kem Arsenal, penulis berasakan Gunners pasti akan mengakhiri musim ini tanpa sebarang piala sekali lagi.

Bukan mahu memandang rendah terhadap kemampuan pasukan dari London utara itu tetapi Arsenal sering kali mengulangi sejarah yang sama pada tiap-tiap musim apabila 'pancit' ketika persaingan memasuki Februari dan Mac sehingga penghujung musim.

Jika ditakdirkan Arsenal menghabiskan musim ini tanpa sebarang piala, buat penyokong setia Gunners, ia sebenarnya satu fenomena biasa saban tahun dan kebanyakan antara mereka boleh menerima keadaan itu.

Arsenal memang garang pada setiap permulaan musim namun tidak mampu mengekalkan kecemerlangan mereka itu sehingga 'ke garisan penamat' ekoran kecederaan ramai pemain utama.

Corak permainan total football yang dibawa oleh Arsene Wenger kadang-kadang memakan diri kerana menjadikan pemain Arsenal berisiko mendapat terjahan kasar pihak lawan.

Itulah yang sering berlaku kepada beberapa pemain yang menjadi nadi kekuatan Arsenal seperti Cesc Fabregas, Robin Van Persie, Theo Walcott dan Alex Song yang sering kali mendapat kecederaan ekoran permainan kasar pihak lawan.

Ditambah pula dengan ketiadaan pemain gantian yang setanding seperti mana pencabar lain seperti United dan Chelsea, Arsenal sering kali gagal menyerlah dan akhirnya tercicir dalam persaingan kejuaraan.

Adakah perkara sama akan berulang sekali lagi pada musim ini? Jawapannya mungkin terletak kepada perlawanan dengan West Brom hari ini tetapi kehilangan dua watak penting di kubu Arsenal, Johan Djourou dan penjaga gol, Wojciech Szczesny memberikan petanda buruk kepada Wenger.

Dua penggantinya, Sebastian Squllaci dan Manuel Almunia bukanlah pemain yang bagus malahan mungkin memberi laluan mudah kepada lawan memburu gol.

Arsenal diramal berdepan kesulitan besar untuk menang ke atas West Brom malam ini, tambahan lawan semakin bersemangat selepas mencatatkan kemenangan penting ke atas pesaing utama zon penyingkiran, Birmingham City 3-1.

Keyakinan West Brom juga pasti bertambah kerana dalam pertemuan pertama di Stadium Emirates, Arsenal tewas 2-3 dengan Almunia menjadi dalang di sebalik kekalahan mengejut tersebut.

Mampukah Wenger menyelamatkan musim Gunners dengan meraih trofi Liga Perdana? Jawapannya ada pada Wenger. Dia perlu mencari cara memulihkan motivasi pemain sebelum mereka hilang keyakinan.


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

Redknapp sokong Arsenal untuk menangi gelaran

Saturday, March 19, 2011
Pengurus Tottenham Harry Redknapp berpendapat bahawa Arsenal kini mempunyai peluang "luar biasa'' untuk menewaskan Manchester United bagi gelaran Liga Perdana Barclays.

Tiga minggu lepas Arsenal berada dalam pemburuan mustahil untuk empat trofi, tetapi mereka kelihatan tersungkur ke bumi satu persatu dengan keputusan menyedihkan yang memperlihatkan mereka tewas di gelanggang akhir Piala Carling dan tersingkir dari Piala FA dan saingan Liga Juara-juara.

Semangat mereka mungkin sedikit tercalar tetapi skuad Arsene Wenger masih lagi mempunyai peluang yang baik untuk menghentikan kemarau trofi enam tahun mereka jika mereka boleh mengatasi jurang tiga mata yang memisahkan mereka dan pendahulu liga United. Skuad the Gunners mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan - menentang Tottenham di White Hart Lane - dan mempunyai perjalanan yang lebih mudah daripada Red Devils.

United dan Chelsea akan bertemu dalam Liga Juara-Juara suku akhir dan dengan penyingkiran dari Europa League, Manchester City masih perlu berjuang dua kali lagi dalam separuh akhir Piala FA. Redknapp percaya yang saingan jiran Spurs di utara London ini mempunyai peluang terbaik untuk memenangi gelaran Liga Perdana sejak mereka terakhir memperolehinya pada tahun 2004.

"Arsenal mempunyai satu peluang luar biasa bagi memenangi kejuaraan itu kali kini,'' kata Redknapp. "Mereka ialah satu-satunya pasukan dengan satu perjalanan mudah jadi anda perlu tahu bahawa mereka ada peluang terbaik untuk mereka harungi. Mereka tidak bermain pada Sabtu, pertengahan minggu, Sabtu, pertengahan minggu, seperti beberapa pasukan-pasukan yang lain.

"Jika Man Utd boleh meneruskan perjalanan dan memenangi liga kali kini, dengan perlawanan yang akan datang, ia akan menjadi satu hasil yang mengagumkan. Mereka memiliki kecederaan pemain - Saya telah terbaca hari ini yang Rio Ferdinand mungkin tidak dapat diturunkan hingga ke akhir musim. Arsene pasti akan mengatakan : 'Ini hebat'.''


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)

Wenger: Saya bangga dengan apa yang Arsenal kecapi

Saturday, March 19, 2011
Wenger menyatakan bahawa tanpa trofi selepas musim ke-6 tidak akan mendesaknya untuk keluar.

Oleh Laura Williamson

Arsene Wenger menyatakan bahawa dia tidak pernah berniat untuk maninggalkan Arsenal walaupun kelabnya terus tanpa trofi untuk musim yang ke-6.

Kekalahan Arsenal dalam peringkat akhir Piala Carling serta penyingkiran dalan Liga Juara-juara dan Piala FA telah menyebabkan para peminat mempersoalkan samada pengurus dari Perancis itu harus terus menjadi seseorang yang sesuai untuk tugas demikian.

Tapi Wenger mengatakan, "Anda bertanya tentang komitmen saya? Apabila saya menandatangani sesuatu kontrak, saya menghormatinya. (Jika) Anda dapat lihat apa yang telah kami lakukan pada musim ini, ia layak diberikan kredit. Adakah sesiapa dapat menjangkakan di mana kami berada pada waktu ini, dihadapan Chelsea dan Manchester City dan berjuang untuk kejuaraan? Tiada sesiapa."


"Kami harus berbangga dengan apa yang kami lakukan sehingga kini. Biarkan orang lain terus berkata-kata dan biarkan kami melakukan tugas kami."

Namun begitu Wenger mengakui bahawa bilik persalinan mereka kini lebih lengang berbanding bilik persalinan pada 2004, apabila pasukan yang digelar 'The Invincibles' menjuarai gelaran Liga Perdana, dan kini tiada seorang pemimpin yang mempunyai suara yang cukup lantang.

Pada Arpil 2004, sebagai contoh, Arsenal telah ketinggalan 1-2 kepada Liverpool di separuh masa pertama, tetapi dengan inspirasi yang diterapkan oleh Thierry Henry ia memperlihatkan Arsenal menang 4-2.

Wenger berkata, "Saya harus katakan bahawa pada masa pertama di bilik persalinan (semasa menentang Liverpool), saya rasakan pasukan ini benar-benar kecewa."

"Mereka memerlukan ucapan memberangsangkan untuk kembali dan memberi tentangan dan, pada hari itu Thierry Henry melakukan perbezaan dengan memberikan impak besar di separuh masa ke-2 dan Liverpool terpaksa menerima bahawa kami lebih baik."

"Benarkah ia bilik perslainan yang lebih lengang kini? Mungkin. Tetapi Arsenal pasti memberikan sesuatu makna khas kepada mereka dan masanya pasti akan tiba."

Penaga gol yang telah bermain kesemua 38 perlawanan untuk pasukan yang tidak terkalahkan pada musim 2003-2004, Jens Lehman, kini telah kembali ke Arsenal dan berharap mampu menyuntik sedikit semangat terhadap para pemain.

Pemain berusia 41 tahun itu memberitahu laman web rasmi kelab, "Jika dilihat daripada pengalaman, saya masih lagi baik, jadi saya mesti menunjukkannya kepada pemain-pemain muda."

"Saya berharap agar kami akan berjaya untuk mendapat trofi, dan memberikan sentuhan semangat kepada para pemain - dan itulah juga sebebnya kenapa saya berada di sini dan kenapa Wenger meminta untuk saya kembali."

Lehmann sedang bertugas sebagai peramal TV di Nou Camp apabila penjaga gol no.1 Arsenal, Wojciech Szczesny mengalami kecederaan jari.

Ia mengambil dua pesanan ringkas dari jurulatih penjaga gol, Gerry Peyton untuk Lehmann menyedari bahawa khidmatnya diperlukan untuk kembali ke Arsenal.

Lehmann menambah, "Kemudiannya Arsene Wenger menghubungi saya andai saya boleh memberikan khidmat dan saya katakan padanya: "Biar saya beritahu isteri saya dahulu." Kini saya sudah berada di sini. Saya gembira berkenaan perkara ini, untuk pengakhiran terbaim bagi kerjaya saya dan saya akan melakukan sehabis baik untuknya."



(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)

Beginilah cara pemain menipu dalam bolasepak

Thursday, March 17, 2011

Roo: Bawakan Barcelona kepada kami...!!!

Tuesday, March 15, 2011
Oleh NEIL CUSTIS

WAYNE ROONEY melaung 'Bawakan Barcelona' selepas Javier Hernandez menjaringkan dua gol untuk membawa Manchester United ke dalam pusingan Lapan Pasukan Akhir Liga Juara-juara.


Roo menyatakan bahawa United tidak akan takut kepada sesiapa pun dalam undian penentuan pada Jumaat - termasuk pasukan yang memperbudak-budakkan Arsenal iaitu Barcelona.

Katanya: "Kami yakin kami boleh menewaskan sesiapa pun yang bakal kami temui dalam pusingan berikut.

"Jika anda mahu memenangi kejohanan ini anda perlu bertemu dengan sesiapa pun - dan menewaskan mereka.

"Ia ialah satu perlawanan yang agak lasak, kami tahu Marseille ialah satu pasukan yang mempunyai fizikal yang besar tetapi kami perlu melaluinya dan akhirnya kami berhak untuk meperolehinya."

Rooney, 25, membantu Hernandez untuk jaringan gol pertama dan mengaku dia suka peranannya apabila bermain di belakang pemain Mexico itu.

Roo berkata: "Dia memperoleh peluang pergerakkan yang lebih banyak dan saya telah melakukan tugas saya di posisi yang mana merupakan posisi saya mula bermain secara profesional.

"Ia menggembirakan saya dan terima kasih kerana dia berjaya menyudahkannya.

"Jarang sekali pemain penyerang mendapat peluang untuk bergerak membawa bola dan gembira dalam permainannya. Tapi malam ini saya sangat berpuas hati."

Bos mereka Alex Ferguson gembira dengan keserasian antara mereka apabila mendapat kemenangan Liga Juara-juara ke-100nya - dan kemenangan Eropah ke-150 United.

Fergie berkata: "Wayne telah bermain di tempat itu dalam beberapa perlawanan dan dia menjadi satu ancaman besar dan dia turut menikmati kebebasan.

"Dia seolah-olah memperoleh kuasa serta kelajuan dan Hernandez tidak percaya dengan pergerakannya - pemain itu telah menjaringkan gol darinya."

Ferguson kini percaya United berupaya mendapat keputusan yang baik di tempat lawan dan ia boleh membawa mereka untuk mendapat tempat terbaik di Eropah.

Katanya: "Ia peluang terbaik kami kerana kita mampu meperoleh keputusan yang baik di tempat lawan."

Ditanya mengenai kemenangan ke-100 Liga Juara-juara ke-100nya, dia menambah: "Saya bangga pencapaian pasukan.

"Kami telah menimba pengalaman yang menarik dalam Piala Eropah. Ia perlawanan terbaik bagi sesiapa pun."

Semalam United telah membilang jumlah kemenangan mereka.

Skipper Nemanja Vidic telah dikeluarkan selepas satu kecederaan betis dan mungkin juga terlepas perlawanan Sabtu dalam pertembungan Liga Perdana dengan Bolton.

Tetapi John O'Shea and Rafael kedua-dua mengalami kecederaan urat kaki dan mungkin akan diketepikan untuk jangka waktu sebulan.



(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)

Krisis penjaga gol: Lehmann adalah jawapan

Monday, March 14, 2011
Oleh Jack Pitt-Brooke


Arsenal akan menandatangani semula bekas penjaga gol mereka Jens Lehmann selepas kecederaan membelenggu skuad Arsène Wenger yang kini tanpa Lukasz Fabianski and Wojciech Szczesny. Pengurus itu mencari seorang pemain berpengalaman kepada bekas saingan Lehmann iaitu Manuel Almunia sebagai alternatif.

Lehmann akan bersama Arsenal selama enam minggu sebagai sebahagian daripada rancangan kejurulatihannya dan, seperti bekas pemain-pemain lain, dia masih mempunyai perhubungan dengan kelab. Memandangkan dia tidak bermain sejak persaraannya pada musim panas lepas, dia akan menyertai skuad Arsenal kerana Wenger mencari pemain gantian.



Pengurus itu mengakui pada minggu lepas bahawa dia mencari seorang "penjaga gol dengan segera" dan dia telah memikirkan seseorang sebagai calonnya, selepas kehilangan dua penjaga gol pilihan utamanya kerana masalah kecederaan. Fabianski telah direhatkan untuk baki musim ini selepas pembedahan bahu pada bulan lepas. Rakan senegaranya dari Poland, Szczesny, mengalami kecederaan terkehel jari setelah menyelamatkan sepakan percuma Dani Alves semasa menentang Barcelona di Nou Camp minggu lepas dan tidak akan bermain untuk enam minggu akan datang.

Kecederaan ini telah membawa Almunia kembali ke dalam skuad utama Arsenal. Penjaga gol yang berasal dari Sepanyol itu masuk sebagai pemain gantian di Barcelona dan bermain untuk 71 minit permainan berikutnya. Wenger telah memuji prestasinya selepas itu, dengan mengatakan yang dia telah "melakukannya dengan begitu baik", dan menggambarkan dia sebagai "seorang yang sangat profesional dan mempunyai atitud yang tinggi". Almunia kemudiannya bermain dalam Piala FA dan tewas kepada Manchester United di Old Trafford pada hari Sabtu, yang merupakan perlawanan keempatnya sebagai pemain kesebelahan utama pada tahun ini.


Lehmann yang telah bermain selama lima tahun di Arsenal, bermula dengan musim tanpa kalah "Kebal" pada 2003/04, di mana dia bermain pada setiap perlawanan dalam liga. Dia turut memenangi Piala FA 2005 untuk kelab itu, yang mana merupakan trofi kejuaraan yang terakhir buat Arsenal, dengan menyelamatkan sepakan penalti Paul Scholes dalam penentuan juara menentang United. Dia telah kehilangan posisinya selepas Almunia mengambil-alih tempat itu pada musim 2007/08, kemudian dia meninggalkan kelab pada akhir tahun dan menyertai Stuttgart, di mana dia bermain untuk dua musim sebelum bersara pada musim panas lepas. Lehmann bermain 194 perlawanan bersama Arsenal dan memenangi 61 gelaran untuk Jerman.

Wenger telah menemui Lehmann pada minggu lepas, berbincang mengenai reaksi positifnya selepas kehilangan tempat kepada Almunia, selepas pemain Jerman ini digugurkan pada Ogos 2007 kerana telah melakukan kesilapan semasa menentang Fulham. "Bila saya keluarkan Lehmann, yang telah melakukan satu kesalahan," kata Wenger, "dan meletakkan Almunia dalam skuad utama, Lehmann masuk pada keesokan harinya dan dia berusaha lebih keras lagi. Begitulah sebenarnya bagaimana kita bekerja."


David Seaman
Salah seorang penjaga gol terbaik Arsenal


(Sumber: http://www.independent.co.uk/)

Wenger yakin anak didik mampu bangkit

Monday, March 14, 2011
MANCHESTER: Arsene Wenger menegaskan barisan Arsenal memiliki karektor untuk bangkit semula selepas menderita tersingkir dalam tiga pertandingan dalam tempoh dua minggu.

Kekalahan terbaru mereka, 2-0 dalam saingan suku akhir Piala FA kepada Manchester United awal pagi semalam turut menyaksikan Johan Djourou tersisih baki saingan musim ini kerana bahunya terkehel.

Ia susulan kekecewaan selepas tersingkir dalam pusingan 16 kelompok terakhir Liga Juara-Juara di Barcelona, minggu lalu selepas tunduk kepada Birmingham dalam final Piala Liga.

Sekarang dengan kemarau trofi kejuaraan berterusan sejak memenangi Piala FA pada 2005, satu-satunya peluang mereka untuk menjulang kejuaraan musim ini dengan memenangi Liga Perdana.

Wenger berpendapat barisannya mempunyai mentaliti kuat untuk menghadapi dan mengatasi kekecewaan itu sekali gus terus bersaing dengan United untuk memburu kejuaraan Liga Perdana. Mereka ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United yang masih perlu berkunjung ke Emirates, tetapi Gunners bermain kurang satu perlawanan. - AFP


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)

United tambah derita Arsenal

Monday, March 14, 2011
Red Devils hidup impian buru tiga trofi

LONDON: Manchester United terus menghidupkan impian untuk memenangi tiga kejuaraan selepas menyingkirkan Arsenal daripada Piala FA, lima hari selepas pasukan dari London itu terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara, apabila menang 2-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Jaringan Fabio da Silva selepas 28 minit permainan dan tandukan Wayne Rooney pada minit ke-49 menyaksikan United melakar rekod mara ke separuh akhir kejohanan itu buat kali ke-27, yang akan diadakan di Wembley bulan depan.


Kejayaan itu pasti rangsangan terbaik buat pendahulu Liga Perdana bimbingan Alex Ferguson itu sebelum perlawanan timbal balik kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Olympique Marseille di Old Trafford esok selepas tewas dua kali berturut-turut dalam liga kepada Chelsea dan Liverpool.

United pasti mensasarkan untuk mara ke suku akhir pertandingan utama Eropah itu selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan timbal balik pertama tiga minggu lalu untuk menghidupkan peluang mereka mengulangi pencapaian tiga kejuaraan 1999 dengan memenangi Piala Eropah, Piala FA dan Liga Perdana.

Buat Arsenal mereka terus dirundung malang selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Barcelona Selasa lalu dan tunduk pada final Piala Liga kepada Birmingham City di Wembley, 27 Februari lalu.


Pengurus Arsenal Arsene Wenger memberitahu wartawan: “Saya percaya kekecewaan Selasa lalu mempengaruhi permainan kami hari ini yang menyaksikan kami hilang sesuatu, bukan sikap atau kesungguhan tetapi keyakinan.”

Dia menambah: “Mereka (United) lebih klinikal dan kami menghadapi minggu yang sukar tetapi pasukan akan bangkit dan kembali fokus.” - Reuters


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)

United kempunankan Arsenal buru kejuaraan

Monday, March 14, 2011
LONDON - Hajat di hati mahu merangkul empat piala musim ini, namun malangnya satu demi satu hasrat menggunung Arsenal itu semakin jauh daripada jangkauan.

Selepas terlepas Piala Liga dua minggu lalu diikuti tersingkir di pusingan kedua Liga Juara Juara, minggu lalu, skuad bimbingan Arsene Wenger itu terus menggigit jari apabila tersingkir pula daripada kempen Piala FA, kelmarin.

Kekalahan 0-2 kepada Manchester United di peringkat suku akhir itu menyebabkan Arsenal kini tinggal satu trofi untuk diburu iaitu kejuaraan Liga Perdana England.

Paling kecewa dengan kekalahan itu sudah pastinya Wenger yang menyifatkan, segala-galanya seperti tidak menjadi buat Arsenal sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak salahkan pemain yang telah menunjukkan keupayaan terbaik tetapi apa yang dilakukan serba tidak kena sahaja.



"Mungkin mereka terbawa-bawa kekalahan kami kepada Barcelona (pada pusingan kedua Liga Juara-Juara) yang banyak mempengaruhi keyakinan pemain.

"Namun, saya percaya ini adalah ujian terbaik buat pemain untuk memburu kejuaraan liga," tegasnya.

Ternyata tiga kekecewaan dalam tempoh dua minggu sukar untuk diterima pemain Arsenal yang sentiasa mengasak sepanjang perlawanan tetapi mendapati tujuh pemain pertahanan yang diturunkan United sukar ditembusi.


Dengan Fabio da Silva terpaksa diletakkan sebagai pemain tengah, United hanya melancarkan serangan balas pantas untuk memperoleh dua gol menerusi Fabio dan Wayne Rooney.

"Kami dapat gol yang diperlukan dan bernasib baik dapat bertahan dengan baik," kata penjaga gol United, Edwin van der Sar yang beberapa kali berjaya menyelamatkan percubaan bahaya Arsenal.

Mengulas tindakan menurunkan tujuh pemain pertahanan, pengurus United, Alex Ferguson berkata, ia terpaksa dilakukan untuk mengurangkan risiko ke atas pemain utamanya bagi menghadapi Marseille dalam aksi kedua pusingan kedua Liga Juara Juara di Old Trafford awal pagi Rabu ini.

"Saya tidak mahu merisikokan (Paul) Scholes dan (Ryan) Giggs untuk perlawanan dengan Marseille. Tengok sahaja senarai pemain tengah kami yang cedera.

"Jadi saya terpaksa menggunakan pelan pelik ini untuk memanfaatkan tenaga setiap pemain yang kami ada," katanya. - Agensi


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)