Showing posts with label Perpindahan. Show all posts
Showing posts with label Perpindahan. Show all posts

Manchester City ikat kontrak Samir Nasri 4 tahun

Wednesday, August 24, 2011
Tandatangan kontrak dilakukan selepas Nasri menjalani pemeriksaan medik


Oleh Donny Afroni

Pengejaran Manchester City untuk mendapatkan Samir Nasri akhirnya selesai setelah kelab dari Eastlands ini mengeluarkan wang €27,3 juta untuk mendapatkan pemain perancang yang berasal dari Perancis tersebut.

Sepanjang musim panas ini, City berterusan melakukan pendekatan terhadap Nasri agar berhijrah ke Eastlands. City akan mengikat kontrak Nasri selama empat tahun setelah menjalani pemeriksaan medik.

Juan Mata rasmi milik Chelsea

Mata berpeluang diturunkan dalam perlawanan minggu ini menentang Norwich


Oleh Donny Afroni

Chelsea secara rasmi mengumumkan telah berjaya mendapatkan pemain sayap Juan Mata dari Valencia. Pemain berasal dari Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun.

Mata sudah melepasi ujian medik, dan terus berlatih bersama rakan barunya. Mata berpeluang diturunkan dalam perlawanan pada minggu ini.

Bukan satu kebetulan apabila semua orang berhijrah ke City: Wenger

'Semua kerana wang'


LONDON: Pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengakui dia tidak pernah terfikir akan kehilangan Samir Nasri dan Cesc Fabregas serentak, tetapi percaya faktor ‘psikologi’ memainkan peranan dalam memaksanya melepaskan dua pemain itu.

Nasri yang meninggalkan Emirates untuk menyertai kem Etihad bersama Manchester City selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan harga 23 juta pound (RM113 juta) buat pemain tengah Perancis itu, bakal mengikut jejak bekas rakan sepasukan, Gael Clichy.

Wenger mengakui Roberto Mancini berjaya dalam usahanya memancing semua pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, apatah lagi disokong dana berterusan pemilik kelab berkenaan.

Everton tolak tawaran Arsenal untuk Phil Jagielka

Everton inginkan jumlah tawaran yang lebih tinggi


Oleh Happy Susanto

Arsenal telah mengajukan tawaran baru untuk mendapatkan permain pertahanan Phil Jagielka, namun ditolak pihak Everton.

The Gunners sedang mengalami hari-hari yang tidak menggembirakan sejak belakangan ini. Ini adalah kerana, beberapa ketika setelah kehilangan Samir Nasri yang keluar ke Manchester City, tawaran mereka terhadap Jagielka telah ditolak.

Sebelum ini, Arsenal juga telah kehilangan Cesc Fabregas yang sudah rasmi berhijrah ke Barcelona.

Dipetik melalui the Sun, Everton menolak tawaran Arsenal sebesar £15 juta. Mereka menginginkan jumlah tawaran yang lebih tinggi seminimum sebesar £18 juta.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Nasri dikecam pentingkan wang

LONDON - Samir Nasri dikecam oleh pemain baru Gunners selepas bintang Perancis itu meninggalkan Arsenal untuk Manchester City kerana mengejar tawaran yang lumayan.

Emmanuel Frimpong, 19, membidas Nasri yang bakal menerima gaji 175,000 pound (RM859,769) seminggu.

Pemain tengah, Frimpong menerusi laman sosial Twitter berkata: "Wang merupakan akar umbi kepada semua kejahatan."

Kenyataannya itu dibuat selepas Arsenal mengumumkan perpindahan pemain itu menerusi laman web rasmi kelab tersebut, kelmarin.

Arsene Wenger: Arsenal akan beli pemain baru

Wenger jamin pasukannya akan beli pemain baru sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup


Oleh Happy Susanto

Pengurus Arsenal Arsene Wenger kini kehilangan dua pemain pentingnya pada musim panas ini, iaitu Cesc Fabregas yang berhijrah ke Barcelona dan Samir Nasri yang keluar ke Manchester City.

Wenger sedang berusaha menenangkan para peminat the Gunners dengan mengatakan bahawa pasukannya akan segera membeli pemain baru sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup pada minggu depan.

Arsenal setuju lepas Samir Nasri

Tuesday, August 23, 2011
Pemain berasal dari Perancis itu hanya selangkah lagi sertai Manchester City


Oleh M Yanuar F

Samir Nasri akan segera meninggalkan Arsenal setelah pihak kelab menyatakan persetujuan melepaskan pemain yang berasal dari Perancis itu ke Manchester City.

"Arsenal boleh mengesahkan bahawa mereka sudah menyetujui kesepakatan Samir Nasri untuk berpindah ke Manchester City," demikian kenyataan Arsenal dalam laman rasmi kelab.

Juan Mata pilih Chelsea kerana lebih bermatlamat

Juan Mata mengungkapkan alasan mengapa tolak sertai Arsenal atau Tottenham Hotspur dan lebih memilih Chelsea


Oleh Taufik Bagus

Juan Mata menerangkan alasannya menyertai bersama Chelsea daripada berjuang membela Arsenal atau Tottenham Hotspur, kelab London lain yang juga bersedia mengambilnya.

Dinyatakan bahawa pemain berusia 23 tahun yang diperolehi daripada Valencia dengan nilai perpindahan 26 juta poundsterling itu, Chelsea tidak boleh diperbandingkan dengan kelab lain yang menginginkannya.

Kaka calon sasaran perpindahan pinjaman Arsenal

Sunday, August 21, 2011
Arsene Wenger bersedia memberi isyarat perubahan kepada polisi perpindahan Arsenal dengan cuba untuk menandatangani bintang Real Madrid, Kaka secara pinjaman


The Gunners berminat untuk membawa pemain gantian kepada kehilangan Cesc Fabregas sebelum tertutupnya jendela perpindahan, tetapi Wenger terus keberatan untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain berumur yang punyai nilai jualan kecil

Kini dia kelihatan telah bersedia untuk mengubah sedikit pendekatannya dan membawa masuk bintang berpengalaman secara sementara sebagaimana yang diperlukan untuk menguatkan skuad mudanya.

Rennes tolak tawaran Arsenal kepada Yann M'Vila

Rennes ikuti jejak Marseille yang menolak keinginan Arsenal dapatkan pemain


Oleh Donny Afroni

Usaha Arsenal untuk menyuntik barisan tengah dengan pemain baru kembali mengalami kesulitan setelah Rennes menolak tawaran the Gunners untuk Yann M'Vila dengan nilai €20 juta.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger kini sedang giat mencari pemain untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Cesc Fabregas. Kerana itu, beberapa senarai nama telah dihampiri sebelum pasaran perpindahan musim panas ditutup pada akhir bulan ini.

Arsenal pantau Mikel Arteta untuk gantikan Cesc Fabregas

Arteta dianggap mampu memperkuat bahagian tengah Arsenal


Oleh Henry AA

Perpindahan Fabregas ke Barcelona membuatkan Arsenal kehilangan salah seorang pemain tengah handalan mereka. Buktinya, dalam dua perlawanan pertama untuk Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka belum lagi menang dan membuat jaringan gol.

Situasi itu membuatkan Arsene Wenger kembali berusaha mencari pengganti Fabregas. Menurut berita dari CaughtOffside, salah seorang calon Wenger adalah Arteta.

Samir Nasri kekal di Arsenal?

Manchester City dan Arsenal dilaporkan gagal capai kesepakatan perpindahan Nasri


Oleh Henry AA

Dalam beberapa minggu terakhir ini, Nasri kerap dilaporkan akan keluar ke City dengan nilai perpindahan sekitar £22 juta.

Arsenal juga seperti tidak keberatan melepaskan pemain berasal dari Perancis tersebut kerana kontraknya akan berakhir pada musim depan dan Nasri juga enggan memperpanjang kontraknya.

Neil Warnock pernah sarankan Wenger untuk dapatkan Phil Jagielka

Neil Warnock pernah menyarankan Arsene Wenger agar membawa masuk Phil Jagielka pada tahun 2007


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Queens Park Rangers Neil Warnock mengatakan bahawa dia mampu membuatkan Arsene Wenger berjimat jutaan Euro, jika jurulatih berasal dari Perancis tersebut mendengar nasihatnya berkaitan Phil Jagielka.

Neil Warnock mengaku merasakan seperti diulit kenangan ketika bertemu dengan Jagielka dalam perlawanan di antara QPR dengan Everton. Dia menyatakan bahawa dia pernah menyarankan agar Wenger membawa masuk Jagielka beberapa tahun lepas.

Nasri dedah minat mahu ke Old Trafford

Saturday, August 20, 2011

MANCHESTER – Meskipun Samir Nasri bakal menyertai Manchester City, bintang Arsenal itu sebenarnya lebih gemar jika destinasi pilihannya ialah Manchester United.

Semasa membuat keputusan meninggalkan Arsenal, Nasri dikatakan memberitahu rakan-rakannya bahawa impiannya adalah ke United atau berhijrah ke La Liga beraksi untuk sama ada Real Madrid atau Barcelona.

Arsenal miliki Joel Campbell

Friday, August 19, 2011
Penyerang muda berusia 19 tahun itu rasmi jadi milik the Gunners


Oleh Dede Sugita

Arsenal memaklumkan kejayaan mereka dalam membawa masuk penyerang muda Joel Campbell dari Deportivo Saprissa.

remaja berusia 19 tahun itu mula mencuri perhatian setelah bermain cemerlang untuk Costa Rica dalam kejohanan Piala Emas, Jun lalu. Dia telah menjaringkan satu gol semasa negaranya menewaskan Cuba 5-0.

Liverpool, Arsenal buru Cahill

Thursday, August 18, 2011

LIVERPOOL – Liverpool akan melancarkan tawaran untuk membawa pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill ke Anfield.

Pengurusnya, Kenny Dalglish mengintai kelibat Cahill yang juga diminati Arsenal sejak permulaan musim panas lagi.

Dalglish difahamkan bakal menawarkan tunai 10 juta pound serta dua penyerangnya, David Ngog dan Raheem Sterling, 16, dalam bentuk pinjaman bagi memujuk Bolton.

Samir Nasri sedia jalani pemeriksaan perubatan Manchester City



Minggu kucar-kacir bagi Arsenal memperlihatkan bahawa ianya masih belum reda dengan Arsene Wnger berhadapan dengan tindakkan disiplin daripada UEFA dan kelabnya bakal kehilangan Samir Nasri.

Pada masa yang sama Alex Song menjadi pemain the Gunners kedua yang mendapat hukuman tiga perlawanan selepas berkesudahan 0-0 dengan Newcastle Sabtu lepas, UEFA pula kini akan mendakwa Wenger kerana melanggar peraturan dengan menghubungi kakitangannya di bangku simpanan pada perlawanan kelayakkan Liga Juara-juara menentang Udinese.

Sasaran Arsenal bintang Rennes, Yann M’Vila


Oleh Matt Law

ARSENE Wenger mahu melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada hasil jualan Fabregas dan Nasri dengan melancarkan bidaan by terhadap pemain tengah Rennes, Yann M’Vila.

Walau bagaimana  pun, M’Vila, 21, bukanlah pemain gantian terus kepada Fabregas, Arsene Wenger percaya bahawa dia mampu menghadirkan kekuatan fizikal yang lebih dan memberikan Jack Wilshere pergerakkan yang lebih bebas.

Lille letak harga tinggi untuk Eden Hazard

Wednesday, August 17, 2011
Lille tidak mahu melepaskan Eden Hazard begitu sahaja


Oleh Agung Harsya

Sedar akan pemainnya mendapat perhatian Arsenal, Lille meletakkan harga sehingga £26 juta untuk Eden Hazard.

Arsenal kini meningkatkan pengejaran terhadap Hazard setelah melepaskan Cesc Fabregas ke Barcelona serta kemungkinan perpindahan Samir Nasri dalam waktu terdekat.

Lille sendiri baru saja berurusan dengan Arsenal terkait transfer Gervinho bulan lalu yang melibatkan biaya transfer sebesar £11 juta. Kini, klub juara bertahan Ligue 1 Prancis itu tak mau lagi kehilangan pemain andalan.

Arsene Wenger: Jangan nilai pemain dengan harga perpindahan

Wenger meminta peminat menilai dari segi kualiti pemain bukan harga perpindahan


Oleh Gunawan Widyantara

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mengatakan bahawa keputusan membawa masuk Joel Campbell adalah sebuah spekulasi yang patut untuk dilakukan.

Arsenal mengharapkan khidmat Campbell dari Deportivo Sarpissa setelah dia melakukan persembahan yang menarik dalam kejohanan Copa America dan menjadi tunjang di sebalik kemenangan 2-0 Costa Rica ke atas Bolivia. Campbell juga beraksi baik dalam Piala Dunia U-20 sehingga Wenger menganggap pemain berusia 19 tahun tersebut layak untuk memperkuat skuad the Gunners.