Dipecat kerana gagal saingi Mourinho: Cech

Wednesday, July 27, 2011

LONDON: Penjaga gol Chelsea, Petr Cech percaya Roman Abramovich memecat pengurus pasukan kerana tiada antara mereka dapat mendekati kemampuan Jose Mourinho.

Penjaga gawang berasal dari Republik Czech itu sudah beraksi di bawah enam pengendali berbeza sebelum The Blues melantik Andre Villas-Boas, baru-baru ini.

60,000 tiket habis terjual


Oleh ZAZALI JAMIANKUALA LUMPUR - Sejumlah 60,000 tiket untuk perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia antara Malaysia menentang Singapura esok yang dijual pada hari pertama di tiga venue semalam, habis terjual.

Sambutan luar biasa penyokong tempatan untuk menyaksikan perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil itu juga tidak dijangka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kapten Singapura minta maaf tunjuk isyarat 'tewas'


Oleh FERZALFIE FAUZI

BANGI - Ketua pasukan Singapura, Mohammad Shahril Ishak memohon maaf di atas perbuatannya yang menunjukkan simbol 'L' iaitu isyarat tewas kepada penyokong Malaysia ketika mengalahkan Harimau Malaya 5-3 pada perlawanan di Stadium Jalan Besar republik itu, Sabtu lalu.

Menurutnya, perbuatannya itu hanya reaksi spontan dan tidak ada niat apa-apa.

"Tujuan saya hanyalah satu, jika beraksi di atas padang iaitu bermain bola sepak siapa sahaja boleh memberi pandangan," kata pemain tengah berusia 27 tahun itu.

Campbell bakal sertai Arsenal


PENYERANG Costa Rica, Joel Campbell akan menyarung jersi Arsenal, dengan nilai perpindahan RM9.6 juta.

Campbell akan ke Emirates selepas Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 di Colombia, Ogos depan. Dia menjadi tumpuan selepas cemerlang saingan Copa America 2011.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Pemain Arsenal berhutang gelaran juara

Tuesday, July 26, 2011
Peminat Arsenal tetap setia walaupun kelab tidak meraih gelaran juara...


Oleh Gunawan Widyantara

Pemain sayap Arsenal Theo Walcott mengakui para pemain skuad the Gunners memiliki hutang trofi untuk diraikan oleh para peminat setia mereka.

Musim lepas Arsenal harus berpuas hati setelah berada di tempat ke empat dalam kumpulan teratas pada akhir Liga Perdana Inggeris, sebuah fakta yang ingin cepat dilupakan oleh pemain yang dikenali memiliki kepantasan tinggi tersebut.

Permintaan Arsenal ditolak Fifa untuk teknologi garisan-gol dalam perlawanan pra-musim

The Gunners mahu mencubanya dalam kejohanan Piala Emiarates akan datang untuk membantu para pegawai namun pengurus Arsene Wenger berkata organisasi bolasepak dunia tidak membenarkannya


Fifa telah menolak untuk membenarkan Arsenal mencuba teknologi garisan-gol semasa perlawanan pra-musim.

The Gunners berharap penggunaan teknologi tersebut dapat membantu para pegawai dalam Piala Emirates, yang mana bakal menyaksikan pasukan Arsene Wenger akan menentang Boca Juniors, Paris Saint-Germain dan New York Red Bulls.

Walaupun perlawanan tersebut dikelaskan sebagai sebuah kejohanan persahabatan, organisasi bolasepak dunia tidak akan membenarkan kelab utara London tersebut melaksanakannya.

Emmanuel-Thomas sempurnakan perpindahan ke Ipswich



Kelab Bolasepak Arsenal telah menyetujui syarat pemain penyerang Jay Emmanuel-Thomas untuk berpindah ke pasukan dari liga Championship, Ipswich Town dengan jumlah perpindahan yang tidak dinyatakan.

Bekas ketua pasukan yang memenangi Piala FA Remaja, 20,  telah bersama skuad the Gunners sejak berusia lapan tahun, telah melakukan sekali penampilan permulaan dan empat kali sebagai gantian untuk skuad utama.

Jay yang dilahirkan di London itu telah merasai pengalaman dalam pasukan utama pasukan bolasepak semasa di pinjamkan ke Blackpool, Doncaster Rovers dan Cardiff City, yang mana telah menyaksikan dia telah menjaringkan dua goal daripada 16 penampilan.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Arsenal sediakan tawaran untuk James McCarthy

Arsene Wenger kembali berkeinginan untuk mendapatkan khidmat pemain muda Wigan Athletic, James McCarthy.


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan sedang mempersiapkan sebuah tawaran kepada Wigan Athletic untuk mendapatkan khidmat pemain muda mereka, James McCarthy.

The Daily Mail diyakini telah menanyakan kesediaan pemain berusia 20 tahun tersebut pada awal musim panas ini tetapi Wigan menyatakan bahawa McCarthy tidak akan dijual, setelah menampilkan persembahan yang mengkagumkan pada musim 2010/11.

Barcelona tetap yakin dapat Cesc Fabregas

Pengurusan Blaugrana masih punyai waktu sehingga akhir Ogos untuk menyelesaikan saga Fabregas.


Oleh Donny Afroni

Wakil presiden sukan Barcelona Josep Maria Bartomeu berasa yakin Blaugrana masih punyai waktu untuk mendapatkan ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas.

Barcelona telah mendapatkan pemain pertama yang menandatangani Barcelona pada pasaran perpindahan musim panas ini iaitu Alexis Sanchez. Kehadiran Sanchez diyakini akan diikuti beberapa pemain lain.

Tidak ada rombakan pertahanan


Oleh FERZALFIE FAUZI

PETALING JAYA - Desakan agar pemain baru dibawa masuk di bahagian pertahanan tidak dilayan oleh ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang masih percaya barisan sedia ada mampu menentang Singapura pada Khamis ini.

Menurutnya, beliau masih yakin dengan pemain yang sedia ada walaupun ada yang memberi tekanan dan pendapat supaya memanggil pertahanan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah berikutan kekalahan 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

Danny Welbeck ingin contohi Jack Wilshere

Welbeck ingin menjadi seperti Wilshere yang terus bersinar setelah dipinjamkan ke kelab lain.


Oleh Donny Afroni

Penyerang Manchester United Danny Welbeck ingin mengikuti jejak pemain muda Arsenal Jack Wilshere yang meraih kejayaan setelah dipinjamkan ke kelab lain.

Wilshere sempat dipinjamkan ke Bolton Wanderers. Ketika kembali ke Arsenal, Wilshere memperlihatkan persembahan yang mengkagumkan. Nasib yang dialami Wilshere ini tidak jauh berbeza dengan Welbeck.

'Kubu Singa lemah'

Jeritan patriotik peminat beri mesej Harimau Malaya mampu layak pusingan ke-3


"SINGAPURA tak hebat. Ayuh serang dan robohkan kubu mereka. Pertahanan mereka longgar.” Itulah firasat positif bekas pemain tonggak negara, Razip Ismail menjelang pertembungan Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis ini.

Dia percaya jika skuad Harimau Malaya boleh meledak tiga gol di gelanggang lawan, Sabtu lalu mereka mampu gegar lagi gawang Singa di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

Tiket Malaysia-Singapura mula dijual hari ini


TIKET untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura dijual mulai pukul 9 pagi ini hingga hari perlawanan pada Khamis ini.

Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Brazil, Argentina belum sampai kemuncak prestasi


BUENOS AIRES: Perkara paling baik boleh diperkatakan oleh peminat mengenai Argentina dan Brazil selepas kejohanan Copa America kali ini berakhir dengan Uruguay membelasah Paraguay 3-0 pada final ialah bahawa kedua-dua gergasi bola sepak Amerika Selatan itu masih di peringkat membina pasukan.

Sedikit lagi pelarasan serta memperkemaskan beberapa aspek yang masih belum sempurna bakal menyaksikan kewujudan pasukan yang mantap untuk dipertontonkan pada Piala Dunia 2014, menepati reputasi sebenar kedua-dua negara tatkala Uruguay mencipta rekod memenangi kejuaraan Copa buat kali ke-15.

Aquilani mungkin kembali beraksi di Serie A


LIVERPOOL - Alberto Aquilani mungkin kembali ke Serie A setelah Fiorentina memohon untuk meminjam pemain tengah Liverpool itu bagi tempoh semusim.

Perancang utama Itali itu baru-baru ini dipuji oleh pemilik Liverpool, John W Henry selepas persembahan cemerlangnya ketika mencatat kemenangan 6-3 ke atas Malaysia pada aksi persahabatan di Kuala Lumpur.

Namun, ia tidak membawa sebarang makna kerana The Reds mempunyai lambakan pemain tengah.
Aquilani ke Florence untuk menghadiri rundingan, namun ejen kepada pemain itu, Franco Zavaglia menegaskan masih tiada keputusan dicapai setakat ini.

Legenda Milan sarankan agar bekas kelabnya tidak membeli Cesc Fabregas

Dejan Savicevic menganggap kualiti Cesc Fabregas masih berada di bawah pemain seperti Marek Hamsik dan Javier Pastore.


Oleh Tegar Paramartha

Legenda AC Milan Dejan Savicevic turut mendengar khabar mengenai kemungkinan bekas kelabnya itu akan membeli ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas.

Namun, Savicevic tidak menerima perkhabaran tersebut dengan positif. Presiden FA Montenegro tersebut menganggap Fabregas mempunyai tahap kualiti di bawah pemain-pemain seperti Marek Hamsik dari Napoli mahupun Javier Pastore dari Palermo.

"Fabregas? Bagi diri saya, Pastore dan Hamsik adalah pemain yang lebih baik," ujar Savicevic kepada Radio Sportiva.

"Fabregas adalah seorang pemain yang bagus, tetapi dia tidak memiliki kepantasan," ungkap Savicevic.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Kita perlu dua gol tanpa dibolos


PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang keduanya, benteng pertahanan harus diperkemaskan. Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelaya- kan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baharu dalam bola sepak negara.

Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K. Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan. Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perla- wanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya. Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti.

Tevez bidas Ferguson


LONDON - Penyerang Manchester City, Carlos Tevez membidas Alex Ferguson dengan mendakwa dia tidak ditawarkan kontrak baru ketika di Manchester United kerana dia bercadang untuk bersara dalam tempoh empat tahun.

Tevez meninggalkan United dan menyertai City dalam perpindahan kontroversi pada 2009 dan Ferguson yang bersama United dalam siri jelajah di Amerika berkata, perpindahan Tevez diluluskan kerana pemain Argentina itu tidak bercadang untuk kekal lama dalam sukan bola sepak.

Uruguay julang kejuaraan ke-15

BUENOS AIRES - Diego Forlan meledak dua gol selepas Luis Suarez menjaringkan gol pembukaan sewaktu Uruguay menewaskan Paraguay 3-0 untuk muncul juara Copa America semalam dan dinobatkan juara Amerika Selatan kali ke-15.

Suarez, yang dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan, meletakkan Uruguay mendahului perlawanan pada minit ke-12 dalam perlawanan akhir di Monumental apabila rembatan rendah kaki kirinya menerjah sudut kanan gawang yang melepasi jangkauan penjaga gol Paraguay, Justo Villar.

Forlan, Pemain Terbaik Piala Dunia 2010, menjadikan kedudukan 2-0 tiga minit sebelum rehat, setelah menerima bola daripada pemain tengah, Egidio Arevalo Rios dan dia melepaskan rembatan kencang kaki kirinya yang sekali lagi menewaskan Villar dari dalam kotak penalti.

Pihak pengurusan sokong Arsene Wenger pertahankan Samir Nasri

Monday, July 25, 2011
Pihak pengurusan sedia terima resiko kehilangan Samir Nasri dengan status agen bebas musim depan.


Oleh Tegar Paramartha

Keputusan jurulatih Arsenal Arsene Wenger untuk mempertahankan Samir Nasri di Stadium Emirates  disokong oleh pihak pengurusan.

Seperti yang diketahui, tempoh kontrak Nasri di Arsenal hanya berbaki satu tahun sahaja lagi dan pemain berasal dari Perancis tersebut juga telah menolak untuk memperpanjangkan kontrak yang ditawarkan oleh Arsenal. Dengan demikian, Nasri akan keluar tanpa perolehan keuntungan bagi Arsenal di musim panas tahun hadapan.

Kerugian berganda bagi Arsenal untuk Juan Mata dan Santi Cazorla

Kerugian Arsenal pada musim panas ini dalam pasaran perpindahan kini berterusan selepas dua calon untuk menggantikan Cesc Fabregas telah menyimpang daripada menyertai kelab.

Santi Cazorla, pemain tengah Villarreal, akan memeterai perjanjian bersama Malaga selepas kelab dari La Liga itu meletakkan tawaran yang sama sebagaimana tawaran Manchester City lebih awal berbanding the Gunners dan bersetuju dengan perjanjian bernilai £18 juta.

Robin Van Persie abai khabar Real Madrid

Robin Van Persie ingin fokus membantu Arsenal mengakhiri kemarau gelaran yang mereka hadapi selama enam tahun terakhir.


Oleh Tegar Paramartha

Penyerang Arsenal Robin van Persie tidak tertarik untuk berhijrah ke Primera Liga Spanyol dan menyertai Real Madrid.

Seperti yang dilansir oleh the Daily Star Sunday, jurulatih Madrid Jose Mourinho telah cuba untuk mendapatkan tandatangan Van Persie pada pasaran perpindahan musim panas ini, namun pemain yang berasal dari Belanda tersebut memilih untuk mengabaikannya dan meneruskan fokus untuk membantu Arsenal mengakhiri kemarau gelaran mereka.

Patrice Evra pujuk Samir Nasri untuk sertai Manchester United

Patrice Evra mengatakan bahawa Samir Nasri hanya akan jadi pengendali di Arsenal, dan apabila ingin jadi seorang raja, maka Nasri harus berhijrah ke Manchester United.


Oleh Tegar Paramartha

Patrice Evra mengakui bahawa telah memujuk pemain tengah Arsenal Samir Nasri untuk menyertainya di Manchester United.

Evra menyarankan agar rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Prancis tersebut untuk menyertainya di Old Trafford jika ingin memenangi banyak gelaran juara dan menjadi pemain terbaik di dunia.

"Saya berbicara banyak perkara dengannya pada masa cuti dan saya memberitahunya akan betapa hebatnya bermain untuk Manchester United dan betapa penting bagi dirinya untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia," ujar Evra.

Paris St-Germain pujuk Marouane Chamakh

Marouane Chamakh tidak akan menjadi pilihan utama Arsene Wenger pada musim ini.


Oleh Aditya Ramadhan

Pasaran perpindahan hampir berakhir, tetapi Paris St-Germain masih belum berhenti untuk melakukan aktiviti mereka. Kini, mereka sedang cuba untuk membawa pulang Marouane Chamakh ke Ligue 1.

Chamakh tampil memberangsangkan pada minggu-minggu pertama dalam Liga Perdana, namun dia menghadapi kesukaran menjaringkan gol sejak November 2010. Adalah amat diragukan seandainya dia mampu mengembalikan ketajamannya pada musim ini.

Legenda Arsenal: The Gunners belum layak jadi juara

George Graham menganggap Arsenal berpeluang menjadi setara dengan kelab seperti Everton dan Aston Villa.

Oleh Tegar Paramartha

Legenda Arsenal George Graham khuatir dengan masa depan bekas kelabnya itu. Graham merasa khuatir kerana dia mengetahui apa yang diperlukan pasukan tersebut untuk memperolehi gelaran juara, trofi tempatan dan pengusaan di peringkat Eropah.

"Fakta sederhananya, Arsenal berkemungkinan akan menghadapi persaingan untuk bertahan di dalam enam kelab terbesar daripada empat masa kini. Untuk bersaing merebut gelaran juara pada tahun ini akan menjadi tugas yang sangat besar," ujar Graham kepada the Sunday Mirror.

Galatasaray Tawar Emmanuel Eboue


Oleh Agung Harsya

Kelab juara Turki Galatasaray sudah maju setapak lagi dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain sayap Arsenal, Emmanuel Eboue.

Masa depan Eboue dalam tanda tanya kerana mulai kehilangan tempat dalam pasukan utama Arsenal. Pemain ini juga pernah dicemuh peminat sendiri dalam perlawanan menentang Wigan Athletic tiga tahun lepas. Eboue juga sengaja tidak dibawa oleh Arsene Wenger ketika Arsenal menjalani jelajah Asia pada musim panas ini.

Emmanuel Adebayor kembali ke London?

Roberto Mancini tidak mahu melihat Emmanuel Adebayor di kem latihan Manchester City.


Oleh Aditya Ramadhan

Emmanuel Adebayor berpotensi untuk kembali ke London, setelah Harry Redknapp memaksa pengurusan Tottenham Hotspurs segera meminjamnya dari Manchester City.

Jika usaha Redknapp berjaya, Adebayor akan menjadi pemain Arsenal keempat yang berkhidmat kepada Tottenham Hotspurs. Tiga pemain sebelum ini adalah Sol Campbell, William Gallas, dan Pat Jennings.

Inter, Juventus, Arsenal rebut Juan Mata

Arsenal berani membeli Juan Mata dengan harga €20 juta.


Oleh Aditya Ramadhan

Inter Milan terlibat dalam persaingan merebutkan Juan Mata, pemain berbakat Valencia, bersama Arsenal dan Juventus.

Sport, akhbar terbitan Katalan, memberitakan bahawa nilai perpindahan Mataadalah sebanyak €40 juta, namun begitu Valencia berkebolehan untuk melepaskan pemain tersebut dengan harga yang lebih rendah. Los Che, nama gelaran bagi Valencia, sedang mengalami kesulitan dalam kewangan.

'Gol sendiri' terbaik? Saat memalukan bagi pemain muda baru Arsenal


Carl Jenkinson kurang dari sebulan dalam kerjaya Arsenalnya namun pemain pertahanan muda itu tidak akan melupakan perlawanan persahabatan pada hari Sabtu menentang FC Cologne.

Pemain berusia 19 tahun tersebut yang telah menyertai the Gunners dari Charlton pada awal musim panas ini dengan nilai perjanjian £1 juta, telah melakukan hantaran ke belakang untuk menyelamatkan bola semasa permainan berlangsung dalam separuh masa pertama dalam kemenangan persahabatan yang berkesudahan 2-1.

Everton pertahankan Phil Jagielka, sedia lepaskan Jack Rodwell

Jagielka akan dipertahankan meskipun Arsenal sedia memberikan tawaran baru.


Oleh Henry AA

Tawaran Arsenal dengan jumlah £10 juta untuk Jagielka telah ditolak oleh Everton. Jurulatih David Moyes bertekad untuk berusaha keras mempertahankan pemain pertahannya itu.

Meskipun the Gunners dilaporkan bersedia untuk memberikan tawaran yang lebih besar, namun Moyes berkemungkinan tidak akan melayaninya dan akan tetap dengan pendiriannya.

Gervinho buat Wenger senyum


COLOGNE - Arsene Wenger akhirnya mempunyai alasan untuk tersenyum selepas pemain baru, Gervinho meledak dua gol pada penampilan sulungnya, membantu Arsenal menumpaskan Cologne 2-1 pada aksi persahabatan di Rhein-Energie Stadion, kelmarin.

Wenger yang dibelenggu spekulasi kemungkinan Samir Nasri dan Cesc Fabregas meninggalkan Emirates, menarik nafas lega selepas menyaksikan penyerang kelahiran Ivory Coast yang baru dibeli dari Lille itu menyinar menerusi dua gol dalam tempoh sembilan minit.

Rombak benteng jika mahu mara


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

SINGAPURA - "Buat perubahan drastik pada bahagian pertahanan jika mahu layak ke peringkat seterusnya". Itu amaran Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura kelmarin.

Jelasnya, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal harus melakukan perubahan drastik ekoran aksi buruk bahagian pertahanan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia di republik itu kelmarin.

"Pertahanan kita terlalu lemah dan banyak memberikan ruang kepada lawan terutamanya gol kelima Singapura melalui Aleksandar Duric. Ia menyerlahkan kegagalan pertahanan kita mengunci pemain lawan.

Safee tekad gegar lagi

Peledak negara yakin Harimau Malaya mampu balas dendam


PENYERANG prolifik negara, Safee Sali mengakui perasaannya bercampur baur walaupun dua kali merobek gawang Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

"Saya gembira, tetapi pada masa sama sedih kerana dua jaringan saya itu masih gagal membantu skuad negara menewaskan lawan," kata penyerang Pelita Jaya itu.

Safee membuktikan ketajaman berterusan selepas merobek gawang Liverpool dua kali baru-baru ini dan malam kelmarin, sekali lagi menyumbat dua gol untuk Harimau Malaya.

FIFA gantung Hammam seumur hidup

ZURICH - Pemimpin bola sepak Asia, Mohamed Hammam, 62, digantung daripada sebarang kegiatan sukan itu untuk seumur hidup semalam, selepas didapati terlibat dalam rasuah, umum Jawatankuasa Tatatertib FIFA setelah perbicaraan dua hari.

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dari Qatar itu didakwa cuba merasuah beberapa pegawai bola sepak Caribbean dengan tunai A$40,000 (RM119,000) bagi mengundinya pada pemilihan presiden FIFA.

Menurut seorang pemberi maklumat, Hammam dikatakan cuba membeli undi dengan mengagihkan sampul surat berisi wang tunai sewaktu mesyuarat Kesatuan Bola Sepak Caribbean CFU di Port of Spain, Trinidad Tobago pada 10-11 Mei lalu.

Berita bola sepak hiasi muka depan akhbar Singapura


SINGAPURA - Permusuhan di antara Singapura dan Malaysia dalam saingan bola sepak sentiasa menghidupkan satu suasana meriah serta ketegangan tidak kira di kalangan pemain mahu pun penyokong kedua-dua pasukan.

Ternyata kemeriahan itu turut diterjemahkan dalam akhbar-akhbar utama Singapura semalam yang melaporkan tentang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar di sini malam kelmarin.

Keputusannya, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura sebelum mereka bertemu lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.

Penyokong Singapura geruni sorakan Ultras Malaya


KUALA LUMPUR - Biarpun tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, kehadiran lebih 1,000 penyokong negara tetap mencuri tumpuan termasuklah media negara itu.

Portal berita Today Online melaporkan kehadiran sekumpulan penyokong yang dikenali sebagai Ultras Malaya yang agresif dan bersemangat bakal memberi masalah besar, apabila pasukan kendalian Radojko Avramovic bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan timbal balik Khamis ini.

Menerusi tajuk berita Prepare for Ultras, portal itu melaporkan Singapura bakal berhadapan dengan lebih ramai penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan memainkan peranan sebagai 'pemain ke-12'.

Patrick Vieira: Arsenal perlu seseorang seperti saya untuk memenangi liga

Bekas ketua pasukan Arsenal Patrick Vieira mendakwa bahawa pasukan kendalian Arsene Wenger memerlukan pemain lain yang sepertinya jika mereka mahu dinobatkans sebagai pemegang gelaran juara Liga Perdana.


Pemain tengan bersara tersebut, yang mana kini merupakan eksekutif pembangunan bolasepak di Manchester City berkata bahawa skuad the Gunners kekurangan  dari segi fizikal berbanding lawan mereka seperti City, Chelsea dan Manchester United.

Dan Viera berkata, sehingga mereka belajar untuk mengorbankan kemashyuran kepada keberanian, mereka akan terus gagal memperoleh kejayaan di akhir musim.

Trio baru Liverpool belum selesa


KEDUDUKAN tiga ‘pendatang’ baru ke Anfield Jordan Henderson, Stewart Downing and Charlie Adam dalam kesebelasan utama, masih belum terjamin.

Pengurusnya Kenny Dalglsih mahu ketiga-tiga pemain itu membuktikan kemampuan mereka sebelum dibenarkan beraksi dalam pasukan utama menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris, musim depan.

Peru ketiga terbaik


LA PLATA, Argentina - Paolo Guerrero meledak hatrik bagi membantu Peru mencatat kemenangan 4-1 ke atas Venezuela pada aksi penentuan tempat ketiga pada kempen Copa Amerika 2011 awal pagi semalam.

Kemenangan itu turut menyaksikan Peru berjaya menaiki podium buat julung-julung kalinya dalam tempoh 28 tahun.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Ciudad de La Plata itu, William Chiroque membuka tirai jaringan pada minit ke-41 sebelum Guerrero meledak gol kedua minit ke-63.