Denilson: Willian akan menambah mentaliti kejayaan kepada Arsenal

Monday, April 11, 2011

Pemain tengah Arsenal, Denilson berharap agar kelab akan menandatangani perjanjian dengan rakan Brazilnya, Willian dari Shakhtar Donetsk pada musim panas ini.

Willian, 22, telah menjadi satu fenomena di Ukrain pada musim ini, dan dilaporkan turut menjadi sasaran bagi pesaing Liga Perdana mereka, Chelsea.



Denilson telah memuji semangat perjuangan rakan senegaranya itu dan berharap dia memilih Emirates daripada Stamford Bridge.

Katanya: "Willian sangat sesuai untuk Arsenal. Saya sangat mengenalinya melalui skuad Brazil dan dia mempunyai mentaliti kejayaan sebenar.

"Saya telah mendengar bahawa Chelsea berminat untuk mendapatkannya tetapi saya berpendapat bahawa karektornya benar-benar mampu meningkatkan pasukan kami.

"Kami memerlukan pemenang-pemenang perlawanan di Arsenal dan telah mengetahui apa yang telah dia lakukan kepada Shakhtar dan pasukan kebangsaan. Saya tahu dia boleh melakukan hal yang sama di England."

Denilson, yang mana masa depannya sendiri masih dalam keraguan pada musim panas ini berkata bahawa Willian adalah seorang pemain yang paling kreatif yang pernah bermain bersamanya, dan dia telah bercakap kepada beliau tentang kemungkinannya untuk menyertai the Gunners.

Dia menambah: "Saya percaya bahawa dia mampu menyesuaikan caranya di Arsenal disebabkan oleh gaya kami bermain bolasepak. Dia mempunyai keupayaan besar dan bervisi. Saya rasa adalah salah seorang pemain kreatif terbaik yang pernah bermain bersama saya.

"Saya telah bercakap kepadanya dan memberitahunya bahawa dia mungkin satu kejayaan kepada kami. Saya rasa dia pasti akan dapat membuatkan pasukan ini lebih kukuh." 



(Sumber: http://arsenal-mania.com/)