Villarreal, Porto berentap di separuh akhir

Saturday, April 16, 2011
AMSTERDAM: Villarreal akan bertemu FC Porto pada separuh akhir Liga Europa selepas menumpaskan FC Twente 3-1, kelmarin.

Villarreal mendahului 5-1 daripada perlawanan suku akhir timbal balik pertama.

Emir Bajrami menjaringkan gol pembukaan Twente pada minit ke-31 tetapi harapan tipis Twente terus musnah apabila pertahanan, Dwight Tiendalli diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-53. Giuseppe Rossi menyamakan kedudukan menerusi penalti, sebelum Marco Ruben menambah jaringan juga melalui penalti pada minit ke-84 dan lima minit kemudian, Ruben Cani menyumbat gol ketiga.

Porto pula mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan agregat 10-3 menumpaskan Spartak Moscow.

Jurulatih Twente, Michel Preud’homme menjelaskan liga Belanda adalah lebih penting daripada perlawanan benua selepas mengetepikan pemain utamanya termasuk kapten, Peter Wisgerhof dan Nacer Chadli pada perlawanan itu.

“Kami bermain baik pada separuh masa pertama,” kata pemain tengah Twente, Theo Janssen. “Kami terkeluar daripada saingan Liga Europa dengan perasaan bangga. Kini fokus kami adalah untuk menjuarai Piala Belanda.” - AP 



(Sumber: http://www.bharian.com.my/)