Samuel Eto’o dan Mirko Vucinic

Saturday, June 18, 2011
Oleh James

Kita akan memberi fokus kepada bahagian hadapan yang mana menyaksikan bahawa dua penyerang yang bermain dalam Serie A Itali telah dikaitkan dengan kemungkinan berpindah ke Arsenal.

Menurut Goal.com, Samuel Eto'o Inter Milan akan berpindah ke kelab dalam Liga Perdana Inggeris. Bekas penyerang Barcelona itu – menurut laporan tersebut – telah dikehendaki oleh Manchester City, Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Arsenal.

‘Malaysia mampu kejut Lubnan’

Daripada Syed Riduan Ahmad di Beirut, Lubnan

Dua kekalahan sebelum ini beri kami kekuatan untuk tidak ulangi kesilapan sama: Fahmi

KEYAKINAN skuad Olimpik kebangsaan kini semakin memuncak merakam kemenangan atau sekurang-kurangnya pulang membawa bekalan satu mata menjelang pertembungan pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lubnan, esok.

Biarpun rekod dua perlawanan persahabatan sebelum ini tidak menggambarkan keyakinan itu, ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yakin dia dan rakan sepasukannya mampu melakukan sesuatu di Beirut.

“Dua kekalahan sebelum ini memberi kami kekuatan untuk tidak mengulangi kesilapan sama,” kata penjaga gol kebangsaan itu. “Lubnan antara pasukan terbaik Asia, tetapi tidak bermakna kita tidak berpeluang membuat kejutan.

‘Real sudah melampau’


MADRID: Perang mulut antara Barcelona dan Real Madrid semakin panas, kelmarin apabila Presiden Barca, Sandro Rosell menuduh pesaing kelab Catalan itu tidak mempunyai semangat kesukanan dan membidas jurulatih Real, Jose Mourinho.

Pertelingkahan memuncak antara dua kelab gergasi Sepanyol itu selepas bertarung empat perlawanan untuk tiga kejohanan dalam tempoh 18 hari musim lalu dan Rosell menggunakan sidang media penghujung musim untuk mengeluarkan kenyataan keras membidas Real.

Malaysia kalahkan Myanmar 2-0

KOTA BAHARU, June 18 (BERNAMA) -- Malaysia mengalahkan Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di stadium Sultan Muhammad Ke-IV Stadium malam tadi.

Samir Nasri tolak untuk terus di Arsenal



Penyokong-penyokong Arsenal tertanya-tanya samada mereka akan memulakan musim baru dengan kehadiran Cesc Fabregas atau Samir Nasri, dengan kedua-dua pemain mendapat pelbagai spekulasi pada musim panas ini.

Jadual perlawanan Arsenal dalam Liga Perdana 2011/2012

Friday, June 17, 2011

Jadual Liga Perdana Barclays telah dikeluarkan untuk musim 2011-2012 akan datang. Sila baca lebih lanjut untuk melihat siapa yang bakal bertemu dengan Arsenal.

Jadual Liga Perdana Inggeris 2011/12

Perlawanan besar akan berlaku pada minggu kedua dan ketiga yang mana melibatkan Arsenal.


Oleh Dede Sugita

Belum pun sebulan Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirainya untuk musim 2010/11, jadual perlawanan untuk musim berikutnya telah dikeluarkan.

Kick-off minggu perdana edisi 2011/12 akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Ogos, dengan juara bertahan Manchester United akan bertandang ke halaman West Bromwich Albion, dan Chelsea sebagai yang merupakan naib juara turut menjadi pelawat kepada Stoke City.

Penghuni di tempat ke-3, Manchester City, membuka tiai perlawanannya musim depan dengan menjamu pasukan yang baru menaiki Liga Perdana, Swansea City.

Arsenal (ke-4) akan bertandang ke halaman lawan menentang Newcastle United, manakala Tottenham Hotspur (ke-5) serta Liverpool (ke-6) masing-masing bakal menerima kunjungan Everton dan Sunderland.

Pemain 'Invincible' Arsenal antara barisan tersingkir


LONDON - Nama-nama seperti Patrick Vieira, Owen Hargreaves, Matthew Upson dan Jonathan Woodgate mengetuai senarai pemain yang dilepaskan kelab masing-masing untuk saingan Liga Perdana England musim depan.

Badan pengendali liga terulung di England itu semalam mengeluarkan senarai pemain yang dibebaskan kelab masing-masing pada musim panas ini.

Harimau Malaya tetap hormati Myanmar

KOTA BAHRU - Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap memandang serius perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini.

Menurut Rajagobal, perlawanan ini cukup penting buatnya mencari formula terbaik bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum berdepan Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini.

"Ini adalah kesempatan terbaik untuk saya mencari kombinasi yang tepat ketika bertemu Taiwan nanti kerana kita mempunyai muka-muka baru dalam pasukan, selain lima pemain kita berdepan masalah kecederaan.

Gambar pemain dicetak pada tiket edisi terhad tentang Arsenal

PASUKAN kebangsaan sekali lagi diberi pengiktirafan apabila gambar skuad Harimau Malaya dicetak pada latar belakang 25,000 keping tiket edisi terhad sempena perlawanan persahabatan bertemu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal di Stadium Bukit Jalil, 13 Julai depan.

Arsenal lepaskan 3 pemain remaja

Trio tersebut dilepaskan dengan kemunculan kurang daripada 20 dalam pasukan utama selepas Arsene Wenger mengemaskini skuad sebagai sebahagian daripada pembaik pulihan musim panasnya di kelab Utara London tersebut


Oleh Andrew Kennedy

Arsenal telah melepaskan trio remaja mereka iaitu Mark Randall, Thomas Cruise dan Roarie Deacon, dengan ketiga-tiga pemain tersebut akan menjadi agen bebas pada hujung bulan ini.

Pemergian Randall adalah merupakan yang paling signifikan, dengan berusia 21 tahun dan telah beraksi sebanyak 17 kali untuk skuad Arsene Wenger semenjak membuat penampilan pertamanya dalam Piala Liga semasa berumur 17 tahun.

Pemain tengah tersebut telah menghabiskan kempen 2010/11 dalam pinjaman ke 'League Two'  untuk kelab Rotherham United yang mana dia telah membuat 10 kemunculan, turut terlibat dalam pinjaman untuk Burnley di MK Dons.

Cruise, 20, telah melakukan satu kemunculan dalam skuad senior, di bahagian pertahanan kiri dalam kejohanan Liga Juara-juara menentang Olympiacos pada tahun 2009. Cruise menghabiskan baki perkhidmatannya ke atas pinjaman dalam League One untuk pasukan Carlisle United.

Deacon memperoleh empat gol dalam 16 kemunculan untuk pasukan simpanan Arsenal pada musim lepas, namun begitu pemain berusia 19 tahun itu masih gagal untuk mendapatkan kontrak lanjutan di Emirates.


(Sumber: http://www.goal.com/)



Real tunjuk minat pancing Edin Dzeko



LONDON: Penyerang Manchester City Edin Dzeko menjadi sasaran terbaru Real Madrid.

Bos Real Jose Mourinho terdesak untuk menandatangani penyerang itu yang gagal menyerlah sejak berpindah dari Wolfsburg dengan bayaran 27 juta pound (RM132.3 juta) Januari lalu.

Tetapi Mourinho bersedia menawarkan 20 juta pound (RM98 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain Bosnia berusia 25 tahun itu dan percaya ia mampu mendorong City menjualnya.

Dzeko menandatangani kontrak empat setengah tahun di Eastlands, walaupun menjadi sasaran Real tahun lalu dan Januari.

Pengurus City, Roberto Mancini bersedia untuk memulakan perbelanjaan besar-besaran termasuk bagi mendapatkan khidmat penyerang Chelsea Didier Drogba dan Neymar dari Brazil yang turut menjadi sasaran Real.

Jika kelab itu membeli lebih banyak penyerang, Dzeko sudah pasti mendapati dirinya sukar disenaraikan dalam kesebelasan utama. - Agensi 


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)



Sporting Lisbon nafi beri tarawan Bendtner

Kelab dari Portugis itu menyatakan mereka tidak membuat sebarang tawaran untuk penyerang yang mahu keluar dari the Gunners itu, yang mana bapanya turut mendedahkan bahawa dia juga menjadi sasaran perpindahan bagi kelab juara Jerman, Borussia Dortmund


Oleh Luis Mira

Sporting Lisbon telah mengesahkan bahawa tiada tawaran untuk penyerang Arsenal Nicklas Bendtner yang telah dilakukan.

Bapa penyerang itu mendedahkan pada hari Khamis lalu bahawa Sporting telah melakukan perbincangan dengan Arsenal untuk pemain tersebut yang mencari satu cabaran baru untuk mendapat permainan dalam skuad utama.

Jangan cuba aib

 Oleh Sukhairi Abd Thani

FAM kesal semangat juang tulen anak jati Malaysia dikaitkan dengan rasuah

PASUKAN Harimau Malaya dan skuad Olimpik kebangsaan bebas daripada segala kegiatan rasuah!

Itu kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan Naib Presidennya, Datuk Subahan Kamal yang ‘naik angin’ apabila tersiar laporan mengatakan kedua-dua pasukan bola sepak negara itu terbabit dengan gejala tidak bermoral itu.

Karier Ballack berakhir


BERLIN - Karier antarabangsa Michael Ballack bersama skuad kebangsaan Jerman kini sudah berakhir.

Semalam, jurulatih Jerman, Joachim Loew memberitahu, pemain tengah Bayer Leverkusen itu sudah tidak ada dalam perancangan masa depannya.

Ini kerana Loew lebih yakin dengan persembahan mantap yang dipamerkan barisan pemain muda Jerman.

Page 'Blog The Gunners Malaysia' di Facebook

Thursday, June 16, 2011
Kini 'Blog The Gunners Malaysia' telah melancarkan pagenya di laman web Facebook. Anda boleh melihat perkembangan yang berlaku di dalam blog ini melalui laman web tersebut. Dalam page tersebut, ia memuatkan link update terbaru yang telah diposkan untuk memastikan pengguna-pengguna facebook dapat melihat perkembangan yang berlaku dan tidak terlepas peluang untuk mengetahui berita-berita terbaru terutama tentang pasukan Arsenal serta beberapa pos lain berkaitan sukan bolasepak. Gambar-gambar berkaitan pasukan kegemaran kita ini juga turut dimuatkan di dalam page tersebut.
(http://www.facebook.com/pages/Blog-The-Gunners-Malaysia/105746809517613)

Arsenal & Liverpool pantau Vurnon Anita

 
Oleh Tegar Paramartha

Pemain pertahanan Ajax Amsterdam, Vurnon Anita, dikhabarkan sedang dipantau oleh dua kelab raksasa Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal dan Liverpool.

Seperti yang dipetik melalui Tribal Football, sebuah sumber di Belanda mengungkapkan bahwa Liverpool selangkah lebih kehadapan berbanding Arsenal dalam perebutan pemain muda berpotensi tersebut.

Vurnon Anita yang kini berusia 22 tahun tersebut telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun di Ajax, dan dikhabarkan bahwa dalam kontraknya terdapat syarat yang menyatakan bahwa apabila ada kelab yang memberikan tawaran dengan jumlah €15 juta, maka tawaran tersebut mesti diterima.

Jurulatih Liverpool, Kenny Dalglish, diyakini telah memantau Anita. Kenny dikhabarkan aktif memantau bakat-bakat muda di negara Belanda lebih kerap.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Arsenal letak harga Nicklas Bendtner £12 Juta

Jumlah £12 juta ditawarkan oleh the Gunners untuk penyerang yang sudah menyatakan niatnya untuk pindah itu.

Oleh Dede Sugita

Jumlah £12 juta ditawarkan Arsenal untuk penyerang Nicklas Bendtner, yang sudah menyatakan niatnya untul keluar dari Stadium Emirates.

Seiring dengan ungkapan pemain kebangsaan Denmark tersebut, terdapat banyak kelab yang dikabarkan tertarik untuk menggunakan khidmatnya.

Selain tiga pasukan besar Serie A seperti Inter Milan, AC Milan, dan Juventus, serta trio Bundesliga; Bayern Muenchen, Borussia Dortmund, dan Hamburg SV, Besiktas (Turki) serta Sporting (Portugal) turut dikatakan mempunyai minat untuk mendapatkannya.

Barca tidak akan pecahkan tabung untuk Cesc



Presiden Barcelona Sandro Rosell telah menegaskan bahawa beliau tidak akan "membuta-tuli" untuk menandatangani kapten Arsenal Cesc Fabregas dan berfikir pemain tersebut tidak akan menyertai Real Madrid.

Pada Mac lepas, Rosell menolak dakwaan bahawa kelab boleh membayar €50 juta untuk menandatangani Fabregas dan berkata, pada masa ini nilainya telah berkurangan berbanding tahun lepas kerana kontraknya semakin hampir untuk tamat.

Rosell kini telah menggariskan bahawa Barca tidak akan menandingi tawaran pada tahun lepas iaitu sebanyak €40 juta.

Skrin besar di Dataran Merdeka


PEMINAT bolasepak tempatan berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia menentang Lebanon melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, siaran langsung itu dibawakan oleh kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Larsson mampu lakukan kepulangan sensasi

Sebastian Larsson mampu melakukan kepulangan yang mengagumkan selepas 4 tahun


SEBASTIAN LARSSON boleh membuat satu kepulangan yang sensasi kepada Arsenal - empat tahun selepas disingkirkan oleh Arsene Wenger.

Pemain dari Sweden, 26, mempertimbangkan pilihannya selepas dilepaskan oleh Birmingham City yang kini telah tersingkir dari Liga Perdana.

Larsson telah dijual kepada skuad the Brum dengan tawaran perpindahan £1 juta pada tahun 2007. Namun dia mendakwa: "Arsenal telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat saya dan saya akan mendapat tahu lebih lanjut lagi dalam beberapa hari kemudian.. Terdapat beberapa kelab yang turut menunjukkan minat mereka."

Pada 6 Ogos nanti Arsenal akan melakukan pertembungan di  Lisbon Stadium of Light menentang Benfica untuk perlawanan pra-musim.


(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)

Blaise Matuidi jadi rebutan Arsenal-Liverpool

Wednesday, June 15, 2011
Dua kelab teratas Liga Perdana Inggeris itu bersaing satu sama lain untuk mendapatkan khidmat pemain tambatan St Etienne, Blaise Matuidi.


Oleh Anugerah Pamuji

Nama pemain tambatan St Etienne, Blaise Matuidi menjadi perebutan dua kelab teratas Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool.

Liverpool tanggung beban


LIVERPOOL - Liverpool dibebani masalah membayar gaji 30 juta pound (RM150 juta) untuk sekumpulan pemain yang 'tidak dikehendaki' musim depan, jika mereka gagal disingkirkan.

Pemain-pemain kurang efektif seperti Milan Jovanovic dan Joe Cole sahaja menerima gaji 12 juta pound (RM60 juta), biarpun beraksi hambar pada musim pertama.

Skuad Reds terdesak menjual beberapa pemain yang tidak lagi diperlukan khidmat mereka dalam revolusi Anfield di bawah kendalian Kenny Dalglish.

United mahu rampas Sanchez dari City

 
LONDON - Manchester United dilaporkan semakin hampir untuk menewaskan Manchester City dalam perebutan bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Udinese, Alexis Sanchez.

Ketua eksekutif United, David Gill telah berlepas ke Itali dengan misi untuk melengkapkan pembelian pemain berharga £27 juta (RM134 juta) yang menjadi rebutan itu.

Sekiranya Gill berjaya mengatasi City, Barcelona dan beberapa kelab gergasi Eropah lain dalam pembelian tersebut, ia bakal menyaksikan perbelanjaan Alex Ferguson pada musim perpindahan ini mencecah £82 juta (RM407 juta).

Harimau Malaya disyaki rasuah

 
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR - Krisis rasuah dalam bola sepak negara memasuki episod kemuncak apabila Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad semalam tidak menolak kemungkinan ada pemain skuad Harimau Malaya dan Olimpik terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan peringkat antarabangsa.

Malah kata Azzuddin, perkara itu sudah pun berada pada peringkat siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Liga bola sepak wanita bermula tahun hadapan

Oleh YATIMIN ABDULLAH

SEBAGAI langkah memperkasakan bola sepak wanita, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan liga bola sepak wanita mulai tahun hadapan.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan untuk mewujudkan liga berkenaan telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa bola sepak wanita kebangsaan yang dipengerusikannya beberapa hari lalu.

Higuain berlatih ambil alih tugas Messi


BUENOS AIRES: Gonzalo Higuain akan memainkan peranan Lionel Messi dalam latihan sebagai persiapan pasukan Argentina sekiranya penyerang Barcelona itu tidak beraksi, kata jurulatih Sergio Batista, kelmarin.

Messi adalah pilihan utama untuk mengisi penyerang tengah berdasarkan taktik Batista bagi menghadapi Copa Amerika bulan depan walaupun jurulatih itu mempunyai penyerang klasik dalam pasukannya seperti Higuain dari Real Madrid dan Diego Milito yang beraksi bersama Inter Milan.

“Ideanya adalah siapa yang boleh menggantikan tempat Messi. Kami mempunyai nombor sembilan seperti Higuain, kami melatihnya tidak terhad untuk ‘kawasan nombor sembilan’,” kata Batista dalam sidang media di pusat latihan Argentina di luar bandaraya itu.

Argentina memulakan persiapan menjadi tuan rumah kejohanan itu yang bermula 1 Julai ini apabila dijadualkan menentang Bolivia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di La Plata. Kumpulan itu juga dianggotai Colombia dan Costa Rica. - Reuters 


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)

Chelsea Blue Pitch di Malaysia


Oleh FAIZAL SAHARUNI

SATU lagi sejarah bakal dicatat apabila program Chelsea Blue Pitch akan bertapak di Malaysia bermula bulan depan.

Projek tersebut yang lebih menjurus kepada aspek latihan dan pembangunan bola sepak merupakan sebahagian daripada kempen Jelajah Asia Chelsea 2011 yang bertemakan Here to Play, Here to Stay di Asia.

Bookie, jurulatih didakwa

 Oleh Norhashimah Mohd Radzali, Ifwan Tun Tuah dan Zatul Iffah Zolkiply

Babitkan saingan Piala Presiden pasukan T-Team, Selangor, Pahang, NS heading

'PERANG' membasmi gejala rasuah yang kembali mencalar imej bola sepak negara diperhebatkan apabila dua watak - seorang bookie dan bekas jurulatih didakwa di tiga mahkamah berasingan, semalam di atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan.

Ia membabitkan saingan Piala Presiden pasukan T-Team, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, pada tahun lalu.

Tertuduh, ahli perniagaan dari Singapura, K Rajendran, 51, dan bekas jurulatih T-Team, Sufian Ngah, 41, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan memohon untuk dibicarakan.

Malaysia vs Arsenal, Liverpool dan Chelsea - Sambutan hangat

Perlawanan Malaysia menentang Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Tiket-tiket mendapat mambutan memberangsangkan

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) - Tiket untuk perlawanan-perlawanan persahabatan antara Malaysia dan gergasi-gergasi Inggeris - Arsenal, Liverpool dan Chelsea di sini pada bulan depan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Fabregas: Saya gembira di Arsenal


Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas telah cuba untuk membatalkan spekulasi yang mengatakan bahawa dia akan menyertai Barcelona pada musim panas ini dengan menegaskan dia "sangat gembira" di Arsenal, tetapi pada masa yang sama membiarkan pintu luas terbuka untuk satu perpindahan dari kelab.

Fabregas bertindak untuk menenangkan keadaan selepas rakan sepasukannya Bacary Sagna menyatakan bekas pemain pasukan remaja Barca ini sangat ingin kembali kembali ke Camp Nou. Pemain berusia 24 tahun ini menyebut bahawa masa depannya berada di tangan Arsene Wenger.

Beckham tak kisah jadi penonton di Olimpik

LONDON: David Beckham amat berpuas hati biarpun sekadar menjadi penonton pada temasya Sukan Olimpik London tahun depan sekiranya tiada peranan buatnya dalam pasukan bola sepak Britain yang diselubungi kontroversi.

“Bola sepak akan menjadi acara penting Sukan Olimpik dan pasti menyeronokkan jika dapat menyaksikannya,” kata bekas bintang Manchester United yang kini beraksi bersama Los Angeles Galaxy.

“Ini kali pertama saya ke Olimpik dan mungkin akan ke sana bersama anak-anak.

Qatar baham skuad Olimpik

Anak didik Kim Swee diratah lawan dalam siri persahabatan di Doha
 
Oleh Syed Riduan Ahmad

ONG Kim Swee memilih tidak menurunkan kesebelasan utama dan kesudahannya adalah skuad Olimpik negara tewas kepada Qatar 4-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Doha, awal pagi semalam.

“Inilah hakikat yang perlu kita terima apabila berdepan pasukan handal seperti Qatar,” kata ketua jurulatih itu yang memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utamanya. “Amat rugi jika pemain kita cedera pada perlawanan ini kerana misi utama ialah menentang Lubnan pada 19 Jun nanti.”

6 perkara yang Arsene perlu buat & lakukan sekarang...

Enam perkara yang Arsene Wenger perlu buat dan lakukan sekarang... pandangan dari peminat Arsenal


Oleh Jamie Nield-Siddall

Untuk membuatkan kabinet sepi Arsenal bergemerlapan dan memperoleh sebuah trofi pertama mereka sejak tahun 2005, apakah yang mampu dijangka oleh para peminat terhadap kempen akan datang?

Mungkin ia masih diperingkat awal untuk tumpuan di dalam jendela perpindahan, tetapi dengan Liverpool dan Manchester United telah berbelanja besar, Chelsea pula bersedia untuk memberi era Ancelotti dengan sebuah wajah baru manakala City…City telah bersedia untuk satu babak baru dalam sejarah mereka sebagai persediaan revolusi yang bakal berlaku di Eastland, dengan mempunyai potensi (kewangan) untuk mewujudkan satu pasukan impian serta menjadi satu kuasa dominan di peringkat dunia.

Maaf City – Ronaldo


MADRID – Cristiano Ronaldo kelmarin memberitahu Manchester City ‘saya tidak akan menyertai kelab anda”.

Bintang Real Madrid itu menolak spekulasi mengenai perpindahan sensasi bernilai 150 juta pound (RM747 juta) ke Eastlands, biarpun laporan turut mengatakan dia dipancing dengan gaji luar biasa iaitu 21 juta pound (RM105 juta) setahun.

Wira Piala FA terima RM10,000


Oleh: RADHUAN HUSSAIN

KUALA TERENGGANU – Pemain dan pegawai skuad bola sepak Terengganu yang menjulang Piala FA Sabtu lalu dan atlet yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia XIV, bakal menerima ‘durian runtuh’ daripada kerajaan negeri.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada majlis meraikan wira-wira Piala FA dan atlet Sukan Malaysia XIV di Dataran Shahbandar di sini, semalam yang disaksikan lebih 7,000 orang.

Ahmad berkata, bagi skuad Penyu, setiap pemain dan pegawai akan menerima RM10,000.

Gervinho tak minat Spurs


PENYERANG Lille, Gervinho menolak tawaran Tottenham Hotspurs yang dilaporkan berjumlah RM52 juta.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menolak tawaran tersebut kerana lebih tertarik untuk bermain bersama Arsenal.

Laporan media melaporkan, Arsenal cuba mendapatkan khidmat pemain itu dengan harga RM69 juta. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)

Chelsea pancing Modric tawaran lumayan


LONDON - Chelsea bersedia menawarkan gaji setinggi 130,000 pound (RM650,000) seminggu untuk memikat bintang Tottenham, Luka Modric ke Stamford Bridge.

Angka itu hampir tiga kali ganda daripada gaji yang diterima pemain dari Croatia itu di White Hart Lane sekarang, iaitu hanya 50,000 pound seminggu (RM250,000).

Skuad Blues mengharapkan tawaran lumayan tersebut dapat memujuk perancang utama yang dianggar bernilai 15 juta pound (RM75 juta) itu berpindah dari utara ke barat ibu kota London.

Semua stadium tiada piawaian

Tuesday, June 14, 2011
 
Oleh KHAIRI MOHAMAD

SEMUA stadium bola sepak di negara ini kecuali Stadium Nasional, Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam masih belum sesuai diguna- kan sebagai venue perlawanan pada peringkat antarabangsa.

Ini kerana ia tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ex-Gunners berkata Wenger mesti kekalkan duo utama


Ray parlour berkata bahawa ia satu "bencana" jika Arsenal kehilangan kedua-dua pasangan pemainnya, Cesc Fabregas dan Samir Nasri pada musim panas ini.

Bekas pemain tengah skuad the Gunners itu berkata selepas pemain bintang tengah kelab dihubungkan dengan pemindahan dengan sejumlah wang besar jauh dari Stadium Emirates.

Fabregas telah lama diperkatakan untuk berpindah ke Barcelona, sementara Manchester United dilaporkan akan terus memantau Nasri, tetapi Parlour berkata bahawa dia lebih suka melihat mereka berdua meneruskan perjuangan masa hadapan mereka kepada kelab.

Nasri, Fabregas kekal di Emirates

Wenger tidak sedia lepaskan dua tonggak untuk hadapi musim baru


LONDON: Pengurus Ar­­senal, Arsene Wenger berkata, Samir Nasri perlu kekal di kelab itu dalam usaha untuk memenuhi potensi sebenar dirinya sebagai pemain bola sepak dan mendakwa kapten pasukan, Cecs Fabregas juga bercakap mengenai masa depan untuk kekal bagi 'tempoh yang lama'.

Nani buat pengakuan


LONDON - Pemain sayap Manchester United, Nani mengakui biarpun gembira untuk kekal di Old Trafford, namun dia berminat untuk berlatih di bawah jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho pada satu peringkat dalam kariernya.

Pemain antarabangsa Portugal itu mengulangi pendiriannya bahawa dia seronok bersama United, namun pada masa yang sama gembira apabila mendapat tahu dia turut menarik minat naib juara La Liga, Real.

Salah faham


LONDON: Penyerang Arsenal, Robin van Persie menafikan dia menuduh pemain Liga Perdana Inggeris tidak profesional.

Van Persie dipetik mendakwa beberapa pemain Inggeris yang namanya tidak disebut terlalu suka berfoya-foya dan berparti sehingga menjejaskan karier mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan komen itu menerusi laman Twitter miliknya semalam.

Arsenal bantu Poland untuk pengawasan hooliganism di Euro 2012

Hos bersama mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian bersama the Gunners bagi membantu menghasilkan pengawasan lebih baik kerana kebimbangan dalam aktiviti hooliganism sepanjang kejohanan tersebut.


Oleh Ananth

Poland FA telah mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian bersama Arsenal dalam latihan terhadap pelatih kawalan untuk Kejuaraan Eropah tahun depan, yang mana mereka merupakan tuan rumah bersama dengan Ukraine.

Terdapat beberapa masalah berkenaan hooliganism di Poland seketika dahulu, dan negara tersebut telah mencuba untuk mendapat bantuan dari the Gunners untuk memastikan bahawa peraturan akan terpelihara di dalam stadium.

Nasib Arsene Wenger ditentukan peminat Arsenal

Pengarah Arsenal, Ivan Gazidis mengakui bahawa masa depan Arsene Wenger di Emirates ditentukan oleh peminat the Gunners.

Oleh Tegar Paramartha

Arsenal kembali mengharungi musim tanpa meraih apa-apa gelaran, tetapi Arsene Wenger tetap mendapat pembelaan oleh pengarah Arsenal, Ivan Gazidis.

Gazidis menyatakan bahawa nasib Arsene Wenger akan ditentukan oleh peminat Arsenal sendiri, tetapi dia tetap memuji Wenger dengan menyebut bahawa tugasnya amat bagus. Gazidis menilai pencapaian Arsenal dengan situasi kewangan pada waktu ini yang telah boleh dikategorikan sebagai sangat memuaskan.

'Financial Fair Play' system

Monday, June 13, 2011
Kelab-kelab Championship telah dihadkan untuk melakukan hanya pada apa mereka peroleh bermula musim 2012-13 manakala League One & Two telah dihadkan kepada 55 peratus perolehan gaji pemain.

Oleh Laurie Bonne

Presiden Uefa, Michel Platini telah membentangkan keputusan Liga Bolasepak untuk melaksanakan sistem Kewangan Fair Play di mana kelab perlu mengurangkan paras hutang mereka dan hanya dibenarkan untuk membelanjakan apa mereka bawa masuk sebagai hasil daripada pemain baru dan pembayaran gaji.

Wenger beritahu Nasri untuk kekal di Arsenal

Arsene Wenger telah meminta agar Samir Nasri meneruskan khidmat beliau bersama Arsenal dan tidak keluar untuk menyertai Manchester United.

Beberapa bintang di Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas ini selepas kelab mengalami untuk kali yang ke enam tanpa trofi..

Dan Nasri yang berusia 23 tahun setakat ini tidak menafikan mengenai spekulasi bahawa dia dikaitkan dengan perpindahan kepada pesaing utama pasukan iaitu United.


Van Persie tidak puas hati

Sunday, June 12, 2011

PENYERANG Arsenal, Robin van Persie mempersoalkan potensi kelabnya dengan menganggap The Gunners tidak lagi setanding kelab gergasi lain selepas berhadapan beberapa siri kekalahan musim lalu.

Ronaldo cakap besar


LONDON – Cristiano Ronaldo memberitahu Manchester City perlu berbelanja besar jika berhajat mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan Mirror Sport, bintang Real Madrid itu bercakap besar kepada rakannya bahawa dia diminati oleh pemilik kelab yang berpangkalan di Abu Dhabi, Sheikh Mansour dalam usaha jutawan tersebut menjadikan City sebagai sebuah kelab No. 1.

Shearer hairan Capello kekal

Pengendali berbangsa Itali dikatakan gagal bawa England ke tahap membanggakan


LONDON: Lagenda bola sepak England, Alan Shearer melontarkan 'bom' ke kepada Fabio Capello apabila menyuarakan mana-mana negara kuasa utama bola sepak dunia akan memecat jurulatih seperti itu selepas Piala Dunia.

Penyerang itu berkata: "Capello seorang pengurus yang hebat apabila tiba di negara ini, tetapi dia tidak bekerja sepenuhnya untuk England.