Arshavin rasa diperlukan di Arsenal

Monday, May 30, 2011
Arshavin punyai masa depan di Arsenal


Pemain tengah Arsenal Andrey Arshavin percaya dia masih diperlukan sebagai sebahagian daripada perancangan Arsene Wenger di Stadium Emirates pada musim akan datang.

Masa depan Arshavin bersama skuad Gunners telah menjadi keraguan berikutan kegagalan kelab tersebut memenangi sebarang trofi pada musim ini.


Pemain antarabangsa Rusia ini telah dikaitkan untuk kembali ke kelabnya asalnya di Zenit St Petersburg yang mana dia kini sedang berlatih untuk negaranya.

Zenit telah mengaku kemungkinan kembali menandatangani pemain berumur 30 tahun itu dan dia juga telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab di Turki dan Sepanyol.

Bagaimanapun, Wenger mengesahkan bahawa dia tidak akan mengeluarkan Arshavin keluar dan mahu pemain perancang tersebut terus berada di dalam skuadnya pada penggal berikutnya.

Dan Arshavin turut memberikan kenyataannya dalam The Sun bahawa: "Pengurus mahu terus bekerja dengan saya."

Arshavin menyertai skuad the Gunners pada Januari 2009 semasa musim perpindahan dan telah menjaringkan 28 jaringan gol dalam lebih 100 kemunculan untuk kelab.

Dia diletakkan di dalam skuad utama dalam setiap perlawanan Arsenal dalam Liga Perdana musim ini, tetapi tiada jaminan untuk dia terus berada dalam XI terbaik Wenger. 


(Sumber: http://www.sportinglife.com/)