Arsenal 'letak harga £54m pada Cesc Fabregas'

Friday, June 3, 2011
Itulah harga yang Real Madrid perlu bayar jika mereka mahu melihat Fabregas dengan sarungan jersi seperti ini.


Oleh Bill Mann

Arsenal telah memberitahu Real Madrid bahawa mereka boleh mendapatkan kapten Arsenal, Cesc Fabregas – untuk £54m.. Berita menggemparkan ini diperolehi dari the Sun, yang mengatakan bahawa pengarah Real Madrid, Jose Angel Sanchez telah berhubung dengan the Gunners pada tempahan eksplisit presiden Florentino Perez.



Menurut satu sumber dari Real Madrid: "Perez telah mengenal pasti Fabregas sebagai satu perjanjian utama untuk melukakan Barcelona. Dia percaya perjanjian ke atas Fabregas akan menjadi satu kenyataan untuk musim akan datang. Dia akan melakukan apa saja yang diperlukan untuk meletakkan kelab ini kembali mendahului Barca."

Sebelum ini Arsenal telah memaklumkan Real bahawa mereka tidak akan menjual Fabregas kepada mana-manai kelab Liga Perdana Inggeris dan mahupun melepaskkannya ke Barcelona untuk £30m, iaitu jumlah tawaran oleh kelab Catalan itu. Maka dengan ini persiapan Perez bukan sahaja kata-kata gurauan, pemain tengah berumur 24 tahun ini berkemungkinan besar boleh berada di Bernabeu tidak lama lagi.

Daily Mail mendakwa bahawa Arsenal bakal membuat tawaran untuk penyerang West Bromwich, Peter Odemwingie. Pemain Nigeria tersebut telah menjaringkan gol untuk skuad the Baggies ini dalam kekalahan 3-2 mereka kepada Arsenal pada musim lepas di Emirates, dan menurut Mail Arsene Wenger menggemari pemain berusia 29 tahun itu dan akan menawarkan WBA £4m untuk khidmatnya.

Ayah Alex Oxlade Chamberlain telah meminta agar Arsenal menandatangani anak lelakinya. Bekas pemain sayap England, Mark Chamberlain memberitahu Daily Telegraph bahawa penyerang Southampton berusia 17 tahun itu sedang diintai oleh beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, dan diantara kelab-kelab tersebut adalah Liverpool dan Manchester United, tetapi mereka mahukan perjanjian bersama Arsenal.

"Dengan mempertimbangkan kemajuannya pada peringkat awal musim....dia telah membuat perubahan yang ketara," kata Chamberlain. "Membangun di sesebuah tempat seperti di Arsenal ia tidak mungkin sesuatu perkara yang buruk. Di mata saya, saya mahu dia pergi ke sana secepat mungkin dan meneruskan pembangunan dirinya."

The Gunners telah dikaitkan dengan perpindahan £10m untuk Oxlade-Chamberlain pada Januari. Walaupun rancangan itu gagal untuk menjadikannya kenyataan, Wenger dipercayai telah bersedia untuk menjadikan satu lagi tawaran untuk membawa masuk remaja tersebut.

Sementara itu Wenger telah meminta Jack Wilshere melakukan beberapa kerja bagi pihak kelab, dengan pemain tengah berumur 19 tahun diminta menggunakan hubungannya di England untuk cuba dan memujuk bek tengah Bolton, Gary Cahill untuk berpindah  ke Emirates.

Kedua-dua pemain ini akan melakukan tugasan antarabangsa esok pada kelayakkan Euro 2012 dengan pertembungan menentang Switzerland dan Wilshere telash menggunakan akaun Twitternya dengan menyingkap: "Bit of golf with big Gaz Cahill... trying to convince him to join me at Arsenal haha."

Provokasi tersebut telah memberi satu reaksi pantas dari rakan sepasukan Cahill di Bolton yang mana pemain tengah Stuart Holden telah melakukan tweeting terhadap Wilshere dengan menyebut "jangan sentuh" Cahill. Wenger merupakan seorang penggemar Cahill dan telah dikaitkan dengan perpindahan £17.5m untuk pemain berumur 26 tahun tersebut.

Manchester City telah mengakui kalah dalam pencarian mereka untuk menandatangani Alexis Sanchez dan akan sebaliknya menyerbu Napoli. Metro melaporkan bahawa jurulatih the Citizens, Attilio Lombardo telah berkata bahawa mereka telah mengaku kalah dalam percubaan untuk menandatangani penyerang Chile dari Serie A dari pasukan Udinese, tetapi sebaliknya membuat perancangan untuk tawaran kepada trio Napoli iaitu Edinson Cavani, Ezequiel Lavezzi dan Marek Hamsik.

Dalam satu temubual dengan penyiar Itali iaitu Radio CRC, Lombardo berkata: "Napoli mempunyai beberapa pemain yang handal dan kerana itu kami terus melakukan pemburuan. Saya berharap agar berlaku urus niaga yang baik antara Napoli dan Manchester kerana saya boleh melihat satu atau tiga daripada pemain-pemain mereka di kelab kami."

Walaupun Lombardo tidak menentukan pemain-pemain mana yang diperkatakannya, akhbar-akhbar Itali melaporkan bahawa pemain-pemain yang menjadi buruan tersebut adalah Cavani, Lavezzi and Hamsik yang berada dalam rancangan City.

Masih dengan City, mereka dikatakan bersedia untuk menyaingi Chelsea dalam sebarang tawaran untuk Javier Pastore, playmaker dalam pasukan Palermo yang sedang membuat kejutan pada musim lepas dalam Serie A. Berusia 21 tahun dan didatangkan dengan harga £44m yang mana jumlah yang mengejutkan, telah menyebabkan Juventus dan Inter Milan melepaskan perlumbaan untuk mendapatkan pemain Argentina tersebut.

Chelsea masih berminat, bagaimanapun City turut tidak melepaskan peluang untuk memberi saingan. Bercakap kepada wartawan-wartawan di Itali, presiden Palermo, Maurizio Zamparini berkata: "Kami mempunyai satu tawaran besar dari Chelsea untuk Pastore tetapi ia tidak mencapai angka minimum yang kami rancangkan untuk seorang pemain kualiti sepertinya. Jika sebuah kelab mahu memiliki Pastore, harganya adalah £44m."

Dia bertindak untuk menyebut bahawa terdapat lima kelab-kelab lagi yang sedang memburu pemain tersebut termasuk City dan sebuah kelab besar dari Sepanyol.


(Sumber: http://www.thefirstpost.co.uk/)