Parlour: Arsenal patut tandatangani Parker bukan Barton

Sunday, June 19, 2011

Oleh Michael Wade

Ray Parlour telah mendakwa bahawa Scott Parker merupakan jawapan kepada masalah yang berlaku di bahagian tengah Arsenal, bukan Joey Barton.

Spekulasi telah menyatakan bahawa bos the Gunners Arsene Wenger bersedia untuk menyambar pemain tengah Newcastle, Barton dalam satu usaha untuk memberikan pasukannya sentuhan akibat kekurangan ketajaman di bahagian tengah.

Tetapi bagi Parlour, yang telah bermain dalam tiga kemenangan Liga Perdana untuk Wenger, telah memberitahu talkSPORT bahawa mereka patut mengalihkan perhatian mereka kepada kapten yang tidak putus asa seperti Parker di West Ham.

Bercakap kepada Weekend Sport Breakfast itu: “Mereka memerlukan kekuatan di bahagian tengah tetapi saya gemar kepada Scotty Parker.

“Scotty telah membuktikan yang dia boleh melakukannya secara antarabangsa dan saya rasa dia mampu menyesuaikan diri dengan mudah dan ia akan menjadi satu perpindahan besar juga.

“Dia mempunyai semua yang anda perlu dari seorang pemain tengah. Dia memecahkan kebuntuab, dia seorang yang baik dalam terjahan, dia melakukan pelbagai perkara sebagaimana dia telah melakukannya untuk West Ham. Dia telah menjadi pemain harapan untuk West Ham pada musim ini dan saya akan memilihnya.

“Kesungguhan Joey Barton mungkin lebih baik tetapi dia memainkan peranan di bahagian sebelah kanan untuk Newcastle tetapi bagi saya cara Arsenal bermain saya rasakan mampu untuk disesuaikan oleh Parker  dengan sempurna dalam memegang peranan di hadapan pemain-pemain pertahan.

“Dia tidak perlu untuk turun naik sebagaimana yang dia pernah lakukan tetapi kini dia telah mendapat pengalaman melalui beberapa kelab besar.”

Parlour turut menekankan khidmat daripada penyerang Tottenham Jermain Defoe sebagai seorang lagi pemain yang boleh mengukuhkan pasukan.

“Saya tahu mereka telah dikaitkan dengan Jermain Defoe dan dia akan menjadi satu perjanjian yang baik bagi Arsenal,” dia menambah.

“Mereka mewujudkan begitu banyak peluang dan umpama jika anda meletakkan seekor rubah di dalam kotak (penalti), saya pasti dia akan melakukan banyak jaringan buat Arsenal.

“Saya tidak rasa peminat Tottenham akan menyukainya tetapi itulah bolasepak pada hari ini.” 


(Sumber: http://www.talksport.co.uk/)