Barcelona, pengajaran bagi Arsenal

Monday, May 30, 2011
Ia punyai falsafah yang sama, secara kasar infrastrukturnya juga sama, tetapi secara keseluruhannya ia memberikan keputusan yang berbeza yang boleh diperbandingkan di antara Barcelona dan Arsenal.


Oleh Routeen

Hantaran dan pergerakan.

Berbicara mengenai falsafah kedua-dua pasukan Barcelona dan Arsenal apabila mereka bermain dalam bolasepak. Kedua-dua permainan mereka sangat mengagumkan untuk ditonton, namun Barcelona masih berada di dalam satu kelas yang lebih tinggi dari segi tersebut. Tetapi seandainya anda ditanya apakah dua pasukan di dunia yang mempunyai permainan hantaran yang terbaik (samada mereka memahami atau yang tidak memahami), sudah pasti anda akan mengatakan bahawa ia adalah Barcelona dan Arsenal.

Jadi apakah perbezaan di antara pasukan dari Sepanyol dan Inggeris ini? Penulis merasakan antara salah satu sebabnya adalah: Barcelona mengambil masa untuk mereka mencipta peluang, manakala Arsenal pula terlalu kerap tergesa-gesa untuk membuat hantaran atau satu percubaan dari mana-mana bahagian di luar kotak penalti tanpa benar-benar masuk ke dalam kotak tersebut.

Sebab seterusnya yang ingin penulis bawakan adalah, pergerakan pemain-pemain Barcelona sangat mengagumkan, mempunyai kerja keras yang amat tinggi, dan terdapat banyak produktiviti datang daripada hantaran-hantaran yang mereka lakukan. Lihat sahaja pemain-pemain seperti Pedro, Villa dan Messi, membuat larian meluru ke dalam kotak yang mana benar-benar memberi impak untuk membuktikan mengapa hantaran-hantaran mereka adalah yang terbaik di dunia, serta mempunyai keupayaan memilih kepada siapa hantaran-hantaran tersebut harus diberikan. Arsenal pula sebaliknya, tidak bekerja hampir sekeras seperti apa yang Barcelona lakukan.

Barca punyai Xavi, Iniesta, Messi dll. Arsenal punyai Fabregas dan Wilshere.

Kesemua pemain-pemain yang tersebut di atas telah melalui akademi kelab masing-masing dan berjaya menuju ke puncak. Jadi bagaimana Xavi, Iniesta dan Messi boleh berada dalam kelas terbaik manakala Fabregas dan Wilshere hanya boleh diletakkan dalam kadar kelas kedua apabila diperbandingkan dengan Barcelona?


Penulis rasa antara sebabnya adalah Arsenal terlalu kerap mengubah cara mereka. Lihat sahaja bagaimana pasukan ini berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gallas keluar, Henry meninggalkannya, Vieira berpindah, dan beberapa pemain lain turut berhijrah. Hakikatnya, mereka tidak menggantikan pemain-pemain itu dengan pemain yang betul, dan mereka kini masih menderita hasil dari kesan penggantian pemain yang salah tersebut.

Jika diperbandingkan dengan apa yang Barcelona lakukan, mereka membawa masuk seseorang pemain dahulu sebelum mengeluarkan pemain lain. Sebagai salah satu contoh adalah seperti kes Zlatan Ibrahimovic di mana Barcelona mengimbangkan pasukan dengan kemasukan David Villa sebelum mengeluarkan Ibrahimovic kepada AC Milan.

Barcelona telah pun mempunyai satu garis kasar asas di belakang skuad, dengan Andres Iniesta and Xavi menguasai bahagian tengah selama bertahun-tahun, Puyol menjadi satu 'lynchpin' dalam bahagian pertahanan mereka, dan Lionel Messi tetap menjadi pemain yang mengagumkan. Hakikatnya, Barcelona tidak menghilangkan pemain-pemain utama mereka, mereka hanya menjual pemain-pemain tertentu yang kurang menyerlah dan membawa masuk pemain yang lebih baik, dan mereka sebenarnya turut berbelanja tidak seperti Arsene Wenger. 

Satu lagi perbandingan dalam penjualan Ronaldinho, satu tindakan yang amat berani tetapi sebuah langkah yang amat baik. Dia telah melalui saat-saat yang baik bersama Barcelona dan ia adalah masa yang tepat untuk menjualnya. 


(Sumber: http://football-talk.co.uk/)


Fakta perbezaan pertemuan antara Arsenal dan Manchester United menentang Barcelona:
  1. Arsenal tidak pernah membenarkan Barcelona menang di London.
  2. Manchester United membuatkan Barcelona seperti berada di laman sendiri dengan memberi kemenangan 3-1.
  3. Arsenal memastikan Messi tidak memecahkan rekod untuk memperoleh gol di England.
  4. Manchester United melepaskan Messi dengan jaringan dari luar kotak penalti.