Arsene Wenger: Arsenal akan beli pemain baru

Wednesday, August 24, 2011
Wenger jamin pasukannya akan beli pemain baru sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup


Oleh Happy Susanto

Pengurus Arsenal Arsene Wenger kini kehilangan dua pemain pentingnya pada musim panas ini, iaitu Cesc Fabregas yang berhijrah ke Barcelona dan Samir Nasri yang keluar ke Manchester City.

Wenger sedang berusaha menenangkan para peminat the Gunners dengan mengatakan bahawa pasukannya akan segera membeli pemain baru sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup pada minggu depan.

Jurulatih berasal dari Prancis itu kini sedang berada di Italy untuk menghadapi Udinese dalam perlawanan kedua peringkat play-off Liga Juara-juara. Apabila kembali ke England, dia memberi jaminan akan segera memikirkan siapa pemain baru yang akan dibawa masuk.

"Kami sedang memberi perhatian pada perlawanan kelayakkan esok, dan kami hanya boleh melakukannya dengan pemain-pemain yang ada pada waktu ini," ujar Wenger dalam laman rasmi kelab.

"Mereka sebenarnya sudah cukup baik untuk melakukan itu. Namun, selepas itu kami akan membina bagaimana penampilan kami. Kami akan bekerja keras dalam pasaran perpindahan pemain."

"Kami sudah membeli (Alex Oxlade) Chamberlain. Kita akan lihat kemampuannya menjadi pemain hebat. Gervinho juga mampu menjadi pemain hebat untuk kelab, tetapi kami masih menginginkan sesuatu yang lebih. Kami kekurangan pemain tengah pada waktu ini. Itulah sebabnya mengapa kami ingin memperkuatkan bahagian ini."


(Sumber: http://www.goal.com/)