Aksi Balotelli bangkit kemarahan pemain United

Monday, April 18, 2011

LONDON - Mario Balotelli mencemarkan kejayaan yang dilakar Manchester City selepas bertikam lidah dengan beberapa pemain Manchester United ketika perlawanan hampir berakhir di Wembley, kelmarin.

Balotelli membangkitkan kemarahan pemain-pemain bintang Alex Ferguson apabila dia meraikan kejayaan kelabnya itu menewaskan United 1-0 di hadapan penyokong Red Devils.

Impian United lebur


MALANG buat Manchester United apabila angan-angan mereka untuk mengungguli tiga trofi musim ini lebur selepas terkandas di separuh akhir Piala FA ketika menentang Manchester City, kelmarin.

City di ambang kemasyhuran


LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya kejayaan mara ke pentas final Piala FA mampu menjadi platform buat mereka menjuarai Liga Perdana England.

Awal pagi semalam, skuad kendalian Mancini tampil cemerlang apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester United pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley.

Video: Arsenal 1 - 1 Liverpool

Sunday, April 17, 2011

Keputusan terkini Piala FA Inggeris

Keputusan Separuh Akhir Piala FA Inggeris musim 2010/2011.


Laporan perlawanan: Arsenal 1 - 1 Liverpool

Oleh Jeremy Wilson


Arsenal kelihatan semakin menghampiri untuk mengakhiri musim ke-6 tanpa sebarang trofi selepas mereka mendapat keputusan seri yang sungguh dramatik 1-1 kepada Liverpool di Emirates.

Robin Van Persie seakan-akan membawa kejayaan kepada Arsenal untuk membawa kelabnya kepada 3 mata berharga pada waktu-waktu kecederaan, tetapi terjahan terburu-buru Emmanuel Eboue kepada Lucas Leiva memberi peluang kepada Dirk Kuyt untuk menyamakan kedudukan dengan jaringan penalty di babak akhir.

Wenger pertahankan falsafah

LONDON - Arsene Wenger menegaskan dia tidak berhasrat untuk mengubah 'falsafah bola sepak' meskipun kelab itu kini dimiliki ahli perniagaan Amerika Syarikat, Stan Kroenke.

Pengurus Arsenal itu berkata, dia akan terus meletakkan kepercayaan kepada barisan pemain muda yang berkemahiran tinggi tetapi murah untuk dibeli.

Wenger menyuarakan keyakinan itu menjelang aksi penting menentang Liverpool di Stadium Emirates dalam aksi Liga Perdana England malam ini.

Arsenal mampu mengurangkan jarak mata dengan pendahulu, Manchester United kepada empat mata sekiranya mencatat kejayaan tetapi jika kalah, peluang untuk menjulang gelaran semakin sukar.

Peluang Gunners hampiri United

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjelaskan dia tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan falsafah bola sepak ketika ini apabila kelab itu dimiliki oleh hartawan Amerika, Stan Kroenke.

Falsafah tersebut iaitu 'menaruh kepercayaan kepada pemain muda, mahir dari segi teknikal malah kurang mahal', bakal menerima ujian paling getir musim ini apabila Liverpool menjadi pelawat ke Stadium Emirates.

Arsenal mampu mengurangkan kelebihan Manchester United di tangga teratas liga kepada empat mata jika menang, namun sekiranya mereka kalah, peluang kejuaraan mungkin berakhir.

Bisa Persie, Suarez

Wenger bimbang Liverpool kian garang

LONDON: Arsenal ada peluang mencabar genggaman kuat Manchester United ke atas buruan mahkota kejuaraan untuk seminggu lagi tetapi mereka terlebih dahulu perlu berdepan Liverpool yang sudah kembali berse­lera bagi pertemuan getir di Stadium Emirates, hari ini.

Dua bulan lalu barisan didik Arsene Wenger berdepan prospek memburu empat gelaran dan kekalahan kepada The Reds pimpinan Kenny Dalglish akan mengesahkan penantian lama Gunners masuk musim ketujuh.

Arsenal pasti akan memikirkan kehebatan Liverpool menewaskan Manchester City, Isnin lalu dengan dua bintang baru - Andy Carroll dan Luis Suarez tampak sudah membantu gan­dingan berbisa menggegar gawang.

Preview: Arsenal lwn Liverpool

Oleh Stan James



Pertemuan antara Arsenal dan Liverpool kali ini merupakan perlawanan mesti menang bagi kedua-dua pasukan. Kemenangan Arsenal akan menrapatkan jarak antara Arsenal yang berada di tangga ke-2 dan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya 4 mata, manakala Liverpool berada dalam kejaran untuk terus berada dalam Liga Europa pada musim akan datang.