Laporan perlawanan: Arsenal 1 - 1 Liverpool

Sunday, April 17, 2011
Oleh Jeremy Wilson


Arsenal kelihatan semakin menghampiri untuk mengakhiri musim ke-6 tanpa sebarang trofi selepas mereka mendapat keputusan seri yang sungguh dramatik 1-1 kepada Liverpool di Emirates.

Robin Van Persie seakan-akan membawa kejayaan kepada Arsenal untuk membawa kelabnya kepada 3 mata berharga pada waktu-waktu kecederaan, tetapi terjahan terburu-buru Emmanuel Eboue kepada Lucas Leiva memberi peluang kepada Dirk Kuyt untuk menyamakan kedudukan dengan jaringan penalty di babak akhir.



Arsene Wenger dan Eboue , kedua-duanya mengeluarkan bantahan kepada pengadil Andre Marriner semasa meninggalkan padang. Kini Arsenal ketinggalan 6 mata dibelakang pendahulu liga Manchester United dalam Liga Perdana dalam keadaan yang menyaksikan perlawanan hanya berbaki 6 untuk musim ini.


Keputusan seri tanpa gol mungkin tidak memberi apa-apa masalah kepada Liverpool kerana dua pemain utamanya telah terlibat dengan kecederaan.

Andy Carroll mengalami kecederaan kaki semasa melakukan pendaratan selepas melakukan hantaran diseparuh masa ke-2, namun selepas terus beraksi dia mendapati lututnya tidak memberi keselesaan.


Jamie Carragher turut disusung keluar dan mendapat ikatan dibahagian leher selepas perlanggaran kepala bersama rakan sepasukkannya John Flanagan.


Namun begitu, Liverpool telah mengesahkan pada akhir perlawanan tersebut bahawa Carragher telah sedar semula dan boleh bercakap kepada kakitangan kelab di bilik persalinan.
 
Dengan kehadiran semula Wojciech Szczesny, Johan Djourou dan Theo Walcott dalam barisan utama Arsenal berkenaan dengan kecederaan lepas, persoalannya adakah ia terlalu lewat bagi pasukan Arsene Wenger. Ketiadaan pemain-pemain ini jelas memberikan kesan menyebabkan keputusan seri kepada Sunderland, West Brom serta Blackburn dan walaupun mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk pulih sepenuhnya dalam perlawanan penuh, peningkatan kehadiran mereka sangat jelas.Walcott telah menyebabkan Fabio Aurelio mendapat masalah melalui pergerakkan dan lariannya. Dia turut membuat ujian awal kepada kecekapan Pepe Reina.

Aurelio akhirnya tidak berjaya untuk meneruskan perlawanan dan keluar pada minit ke-21, meninggalkan Jack Robinson dan John Flanagan untuk menangani ancaman-ancaman dari Walcott dan Samir Nasri.

Seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini di halaman sendiri menentang Sunderlan dan Blackburn, Arsenal mendapati bahawa mereka mendapat kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan lawan yang sering fokus dalam menjaga kedudukan bola dan mengawal pihak Arsenal sejak dari tengah.

Cesc Fabregas tidak banyak melakukan peranan penting dengan hanya melakukan satu percubaan pada separuh masa pertama yang bertukar hantaran bersama Van Persie.

Peluang terhampir Arsenal tiba semasa permainan hambar berlaku di separuh masa pertama apabila Laurent Koscielny melakukan tandukan hasil daripada hantaran sepakan penjuru Van Persie yang akhirnya mengenai palang gol Liverpool.

Liverpool terus-menerus menahan serangan bertubi-tubi Arsenal dan mencari peluang melalui serangan balas. Luis Suarez turut menguji Szczesny dengan sebuah sepakan percuma manakala Jay Spearing mungkin mampu memenangi sebuah penalti apabila Djourou melakukan cabaran terhadapnya.

Corak perlawanan diteruskan pada separuh masa ke-2 walaupun perlawanan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali untuk melakukan urusan kecederaan kepada Carroll dan Carragher.

Sedang masa perlawanan semakin suntuk, Wenger melakukan gantian berpotensi dengan membawa masuk Andrei Arshavin dan Nicklas Bendtner. Terdapat beberapa percubaan menarik berlaku selepas itu dengan percubaan Van Persie dan Suarez yang akhirnya berjaya diselamatkan oleh Reina dan Szczesny sebelum berlaku babak-babak akhir yang kontroversi.

Akhirnya wisel terakhir dibunyikan yang menandakan sebuah alunan bunyi yang tidak menggembirakan bagi Stan Kroenke yang menonton perlawanan tersebut berakhir yang mana merupakan perlawanan pertama Arsenal sejak dia memegang kawalan majoroti kepada kelab tersebut.


(Sumber: http://www.telegraph.co.uk/)