Impian United lebur

Monday, April 18, 2011

MALANG buat Manchester United apabila angan-angan mereka untuk mengungguli tiga trofi musim ini lebur selepas terkandas di separuh akhir Piala FA ketika menentang Manchester City, kelmarin.


Bagaimanapun, jurulatihnya Sir Alex Ferguson tidak menyalahkan pasukannya kerana kekalahan itu tetapi menunding jari kepada jentera pertahanan yang lemah dan gagal menghalang gawang gol daripada dibolosi.

Ditambah dengan kegagalan pe-nyerang Dimitar Berbatov yang terlepas dua peluang keemasan di awal permainan dengan United terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Paul Scholes dilayangkan kad merah.

“Tindakan ke atas Scholes itu sebenarnya tidak menjejaskan permainan. Tetapi serangan bertubi-tubi yang hadir merencatkan permainan dan ia amat mengecewakan kerana kami menguasai perlawanan pada separuh masa pertama,” katanya.

Hasrat United mengulangi treble pada 1999 terkubur namun peluang memburu kejuaraan Liga Juara-juara (CL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) . 




(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)