Preview: Arsenal lwn Liverpool

Sunday, April 17, 2011
Oleh Stan James



Pertemuan antara Arsenal dan Liverpool kali ini merupakan perlawanan mesti menang bagi kedua-dua pasukan. Kemenangan Arsenal akan menrapatkan jarak antara Arsenal yang berada di tangga ke-2 dan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya 4 mata, manakala Liverpool berada dalam kejaran untuk terus berada dalam Liga Europa pada musim akan datang.



Arsenal berada dalam perjalanan yang amat panjang tanpa kekalahan dalam Liga Perdana semenjak Disember lepas. Masalahnya adalah Arsenal terlalu banyak mendapat keputusan seri dalam perlawanan-perlawanan yang penting dan boleh mengugat kemampuan mereka untuk merangkul kejuraan musim ini.

Daripada 14 perlawanan, mereka telah mendapat keputusan seri sebanyak enam kali, yang menyaksikan mereka kehilangan sebanyak 12 mata. Berada di belakang Manchester United memperlihatkan seolah-olah mereka berada di tahap selesa dalam liga.

Selain itu, Van Persie berada dalam keadaan yang paling baik untuk Arsenal pada waktu ini. Dia telah menjaringkan sebanyak 20 gol dalam 21 kemunculannya di Liga Perdana, dan menentang Liverpool kali ini akan menyaksikan kemunculan ke 150-nya dalam skuad utama di Liga Perdana.

Liverpool kini menghadapi pergolakkan turun naik pasukannya berbanding persembahan mereka ketika di separuh musim terawal sebelum ini. Mungkin agak keterlaluan andai kita mengatakan bahawa pemulihan yang dilakukan oleh Kenny Dalglish telah sempurna, namun begitu dibawah beliau Liverpool berjaya pulih dari kemerosotan.

Liverpool telah memenangi 7 perlawanan semenjak tahun baru termasuk perlawanan berkesudahan dengan kemenangan Liverpool 3-0 keatas Manchester City dalam perlawanan terakhir mereka yang mana menyaksikan pemain baru mereka Andy Carroll menjaringkan dua kali, untuk memastikan mereka mendapat tempat ke Liga Europa pada musim berikut. Masih jauh lagi untuk mengatakan bahawa Liverpool telah pulih. Liverpool telah tewas 2 daripada 5 perlawanan mereka termasuk dengan pasukan yang bergelut dalam zon penyingkiran, West Brom yang mana diuruskan oleh bekas pengurus Liverpool yang dipecat, Roy Hodgson.


Berita tentang Arsenal

Arsenal berkemungkinan akan menurunkan pemain pertahan mereka seperti Johan Djourou and Bacary Sagna yang telah kembali selepas berehat akibat kecederaan.

Barisan terakhir Arsenal (semasa di Blackpool): Lehmann, Eboue, Squillaci, Koscielny, Clichy, Diaby, Fabregas (Ramsey 88), Wilshere, Nasri (Gibbs 86), van Persie, Arshavin (Walcott 61).  
Pemain simpanan yang tidak digunakan: Almunia, Rosicky, Chamakh, Bendtner.


 
Berita tentang Liverpool

Hampir semua skuad utama Liverpool pada kali ini boleh beraksi, walaupun Steven Gerrard, Daniel Agger and Glen Johnson masih terlibat dengan kecederaan.

Barisan terakhir Liverpool (semasa di Manchester City): Reina, Flanagan, Carragher, Skrtel, Aurelio, Kuyt, Lucas, Menombak, Meireles, Suarez, Carroll (Ngog 90).  
Pemain simpanan yang tidak digunakan: Gulacsi, Kol, Maksi, Wilson, Shelvey, Robinson.


(Sumber: http://betting.stanjames.com/)