Blatter: FA patut ambil tindakan terhadap Rooney

Saturday, March 5, 2011
Presiden FIFA Sepp Blatter telah menuntut agar Persatuan Bolasepak untuk bertindak kepada kesalahan Wayne Rooney kerana telah menyiku James McCarthy.

FA tidak mengambil tindakkan kanjutan berkenaan salah laku terhadapap penyerang MAnchester United, dengan menyatakan bahawa dalam peraturan FIFA tidak membenarkannya kerana pengadil Mark Clattenburg telah mengambil tindakkan semasa perlawanan berlangsung, dengan menghadiahkan sebuah sepakkan percuma.

Tetapi Blatter mengatakan: "Ia bergantung kepada kebijaksanaan pertubuhan kebangsaan. Mereka boleh menggunakan video sebagai bukti oleh jawatankuasa disiplin dan kawalan.

"Mereka boleh bertindak atau menukar sesuatu keputusan jika kad merah atai kuning dilayangkan kepada pemain yang salah. Jika ada penganiayaan, pertubuhan kebangsaan boleh mencampuri dan mengenakan tindakkan - ia dibenarkan melalui kebijaksannan pertubuhan kebangsaan."

Blatter telah bercakap di persidangan berita pada Sabtu diikuti dengan pertemuan Ahli LembagaFA Antarabangsa, badan yang bertanggungjawab membuat peraturan, tetapi pengerusi FA David Bernstein - yang duduk disebelah presiden FIFA - menegaskan bahawa mereka telah mengikut peraturan FIFA.

Dia juga turut menyatakan bahawa hanya insiden yang benar-benar serius sahaja seperti hentakkan tangan terhadap Pedro Mendes oleh Ben Thatcher pada 2006 boleh disifatkan sebagai isu yang boleh diketengahkan.

Bernstein berkata: "Dalam situasi Wayne Rooney, dibawah peraturan FIFA andai referee melihat insiden itu - yang mana dalam kes ini dia telah bertindak, FA tidak mempnyai sebarang kuasa kecuali untuk sesuatu perihal yang dipanggil luar biasa, sangat luar biasa - insiden Ben Thatcher adalah satu-satunya yang telah digunakan.

"Jika anda membuka ruang untuk sesuatu yang 'separuh luar biasa', anda akan menyebabkan lebih banyak permasalahan diaju melasui cara sebegini. Bagi saya ia lebih kepada penglihatan mata, yang mana asasnya pengadil masih berada di tempatnya, walaupun kadangkala ia mengecewakan para peminat dan kita haraokan mereka faham."

Bernstein berkata bahawa dia percaya Blatter tidak benar-benar faham insiden Rooney itu "sebagaimana ia yang sebenarnya berlaku".

Tambahnya: "Saya sangat pasti pandangan saya betul. Saya telah cuba untuk menasihati dalam perkara ini. Anda seseorang pengadil mengatakan dia telah melihat insiden itu maka FA tidak boleh melakukan apa-apa keputusan kecuali ia perihal yang luar biasa."



[Sumber: http://soccernet.espn.go.com/]