Wenger: 'Kami menghadapi masalah dalam pelancaran'

Saturday, March 5, 2011

Mengenai persembahan pasukan...
Saya sangat gembira dengan persembahan mereka. Saya rasakan di bahagian pertahanan kami sangat baik, kami bertindak lebih secara fizikal [tapi] kami agak kekurangan dari segi kreativiti. Keseluruhannya, kami tidak berjaya untuk menjaringkan gol. Apa yang mengecewakan adalah kami berusaha keras di saat-saat akhir tetapi kami kurang ketajaman pada minit-minit akhir. Kami mendapat dua keputusan yang tidak memihak kepada kami hari ini yang akhirnya menghukum kami, terutama keputusan offside [kepada Arshavin]. Untuk memang perlawanan hari ini 1-0 adalah sangat penting.


Mengenai keputusan offside kepada Andrey Arshavin…

Apa lagi yang mampu kita lakukan? Jika anda katakan kepada saya itu adalah offside, yang mampu saya katakan hanyalah dia tidak berada dalam kedudukan offside.


Mengenai kehilangan peluang untuk mendekatkan jurang kepada Manchester United...
Ia sesuatu yang mengecewakan, ya. Hari ini merupakan sebuah perlawanan yang kita mahu untuk menang 1-0. Kami tidak mahu ada sesuatu yang mengecewakan kita, tetapi ia telah berlaku. Apa yang perlu kita lakukan kini hanyalah untuk terus fokus kepada perlawanan pada malam selasa nanti. Kami telah bermain perlawanan ke 46 sejak musim bermula. Saya tak mahu menyalahkan sikap pe,ain saya. Ia memang benar kami ada masalah dalam mempamirkan kelancaran kami hari ini [dan] saya lebihkan kepada kualiti dalam pertahanan, mereka menjaga pihak lawan satu dengan satu dan ia amat sukar. Kami kehilangan seorang pemain penyerang yang [mampu] memberikan impak.

Saya berpendapat bahawa kami kini telah bermain 11 perlawanan - 8 menang, tiga seri - maka kami agak konsisten dalam keputusan. Keputusan hari ini datangd dengan ketika yang tidak baik - saya setuju. Adakah ia kerana secara psikologi impak dari kejuaraan? Sya tidak rasa begitu. Saya merasa kami kekurangan dari segi ketajaman dan kuaiti teknikal di suku akhir ketiga.


Mengenai keperluan samada Arshavin patut menjatuhkan diri semasa ditentang oleh Bramble...
Jika dia jatuhkan diri, anda mungkin akan mengatakan bahawa dia sengaja rebah. Anda tidak boleh dalam satu-satu masa mengatakan bahawa seseorang pemain tidak perlu menjatuhkan diri dan jika mereka tidak melakukannya, 'kenapa anda tidak jatuhkan diri?'. Saya rasa dia melakukan perkara yang betul untuk terus berlari, tetapi anda tidak perlu tahu samada Bramble telah tertewas. Saya tidak mahu untuk menjadi pakar untuk tahu Bramble telah dikalahkan semasa dia kembali.


Mengenai penampilan pertama Szczesny dan Koscielny selepas Akhir Piala Carling...
Mereka telah menunjukkan persembahan yang baik. Dalam pertahanan kami bertindak cukup baik.


Mengenai Theo Walcott atau pemain lain yang cedera untuk berpeluang bermain di Barcelona...
Tidak [untuk Walcott]. Tidak untuk Van Persie. Fabregas berpeluang.


Mengenai keadaan Jack Wilshere selepas perlawanan...
Dia menghadapi masalah buku lali, tetapi kita akan lihat bagaimana hasilnya selepas rawatan esok. Dia akan berehat dari sebarang latihan untuk mungkin satu atau dua hari. Isnin [mungkin] dia akan kembali. Kita akan lihat.



[Sumber: http://www.arsenal.com/]