Pelik terpilih menjadi 'Manager of the Month'

Saturday, March 5, 2011
Oleh Chris Harris

Arsene Wenger mengakui bahawa dia merasa pelik dinobatkan sebagai 'Barclays Manager of the Month' - kerana dia baru sahaja mengalami kekalahan dalam salah satu peringkat akhir sebuah kejuaraan.

Pengurus dari Perancis ini telah memenangi penghormatan itu untuk kali pertama sejak 4 tahun mengemudi pasukannya kepada 10 mata daripada kemungkinan 12 mata sepanjang Liga Perdana di bukan Februari.

Bulan tersebut merupakan bulan yang mana Arsenal memenangi perlawanan menentang Barcelona di Liga Juara-juara dan dalam masa yang sama mereka juga turut kecewa selepas ditewaskan di Piala Liga 2-1 menentang Birmingham. Oleh kerana itu Wenger agak terkejut dengan penghormatan terbaru yang diterimanya.

"Ia seperti satu keganjilan apabila anda kehilangan sebuah piala dalam peringkat akhir kemdia anda mendapat gelaran 'Manager of the Month'!" akui pengurus dari Perancis itu.

"Ia kelihatan kecil tentang hasil yang telah dibuahkan. Tetapi kini masih masih dalam perjalanan yang baik dalam Liga Perdana dan kami mahu meneruskannya. Kini kami dalam posisi kami yang baik sepanjang beberapa tahun ini. Dan kami boleh mengakhiri kerja kami.

"[Anugerah ini] cuma bermaksud bahawa kami dalam perjalanan yang baik, itu saja. Perjalanan yang hanya bermakna pada akhir musim ini. Ia hanya menunjukkan tahap keyakinan yang kami miliki."


[Sumber: http://www.arsenal.com/]