Torres ingin tamatkan kemarau gol di Chelsea

Saturday, March 5, 2011

Empat perlawanan dan tiada gol untuk FernandoTorres sejak mendatangani Chelsea, walaupun pemain Spanyol ini optimis akan menjaringkannya pada perlawanan akan datang untuk skuad the Blues.

Chelsea akan mengunjungi Blackpool pada malam Isnin dan Torres mengyatakan bahawa dia akan menajamkan kekurangan serangan selepas menyelesaikan perpindahan £50 juta dari Anfield pada hari terakhir musim perpindahan Januari.

"Saya tahu saya datang ke sini untuk menjaringkan gol," katanya pada Chelsea TV.

"Ia adalah tugas seorang penyerang, jadi saya mengharapkan agar mendapat jaringan pertama dan saya yakin ia akan menjadi permulaan untuk gol-gol seterusnya."

"Perlawanan sebelum ini menentang Man United sangat baik bagi saya, dan tajam.

"Jadi, saya menanti untuk menjaringkan gol pertama dan teruja untuk menanti kemungkinan itu.

"Saya berharap agar dapat menjaringkan gol menentang Balckpool."

Carlo Ancelotti cuba untuk tidak menekan Torres dengan mengatakan bahawa ia tidak penting samada penyerang itu menjaringkan gol atau sekadar mencipta peluang, dalam masa yang sama jangkaan Didier Drogba akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini, pemain Spanyol itu diharap akan kembali dengan 20 gol atau lebih pada musim akan datang.


[Sumber: http://www.freebetting.co.uk/]