Toure gagal ujian dadah

Saturday, March 5, 2011
MANCHESTER: Pemain pertahanan antarabangsa Ivory Coast dan Manchester City, Kolo Toure menerima hukuman penggantungan permainan selepas gagal ujian dadah.

Kenyataan di laman web City menyatakan: “Kami mengesahkan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) memaklumkan ‘Sampel A’ Kolo Toure disah positif mengandungi bahan terlarang.

“Hasil keputusan ini, dia digantung beraksi sama ada membabitkan pasukan utama atau simpanan sebagai sebahagian daripada proses perundangan.

“Tiada lagi komen terbaru akan dikeluarkan.” Toure yang berusia 30 tahun bulan ini mengikat kontrak bersama City dari Arsenal dengan nilai berpindahan 14 juta (RM68.8 juta) pada 2009.

Dia dilantik ketua pasukan City sebelum tugasnya itu diambil alih Carlos Tevez. Toure mempunyai 85 kap antarabangsa. - AFP


[Sumber: http://www.hmetro.com.my/]