Aaron Ramsey buat langkah United tersekat

Monday, May 2, 2011
Kekalahan membuat United gagal melebarkan jarak terhadap Chelsea.

Oleh Donny Afroni

Gol tunggal Aaron Ramsey membuatkan langkah Manchester United untuk merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris tersekat. Hal ini berlaku setelah United terpaksa menerima kekalahan 1-0 kepada Arsenal di Stadium Emirates.


Dengan keputusan tersebut, United kini hanya mempunyai jarak tiga mata kepada Chelsea. Sementara itu bagi Arsenal, kemenangan tersebut membuka peluang mereka untuk meraih gelaran juara, walaupun tidak sebesar kemampuan Chelsea. Ketiga-tiga pasukan ini masih mempunyai baki tiga perlawanan.

Bermain di laman sendiri, Arsenal menguasai perlawanan dengan baik. Tekanan diberikan kepada pertahanan United selama sepuluh minit pertama. Sebaliknya, United pula berusaha menruntuhkan pertahanan Arsenal melalui bahagian kiri.

Jack Wilshere mensia-siakan peluang ketika perlawanan berlangsung selama tiga minit. Dia menerima umpanan silang daripada Theo Walcott, namun sepakan Wilshere melambung di atas palang Syaitan Merah.

Selepas perlawanan memasuki minit ke-20, United mula memberikan saingan sengit hingga membuat Arsenal mengalami kesulitan dalam melakukan umpanan-umpanan pendek. Perlawanan kedua-dua pasukan berlangsung dengan begitu menarik.

Menjelang babak pertama berakhir, United mendapat beberapa peluang untuk mencetak gol, namun tidak berhasil. Keputusan akhirnya seimbang tanpa gol sehingga 45 minit separuh masa pertama berakhir.

Memasuki babak kedua, permainan United lebih baik berbanding sebelumnya. Perlawanan baru berlangsung selama empat minit, tendangan bebas Wayne Rooney memaksa penjaga gol Wojciech Szczesny melakukan  tampanan. Patrice Evra yang berusaha untuk memanfaatkan bola muntah, hanya mampu menyepak bola ke sisi gawang.

Arsenal akhirnya bejaya menghasilkan gol pendahuluan pada minit ke-56 setelah Ramsey menjaringkan gol ke gawang Edwin van der Sar. Jaringan ini bermula daripada aksi Robin van Persie yang menggelecek di kotak penalti sebelum memberikan umpanan kepada Ramsey.

Ketinggalan dengan satu gol membuat United terpaksa bertindak balas. Szczesny terpaksa bekerja keras untuk mematahkan peluang yang diperoleh Nani dan Michael Owen. Owen sempat melakukan protes ke atas terjahan yang dilakukan oleh Gael Clichy pada menit ke-87, namun pengadil C Foy menafikannya.

Menjelang perlawanan berakhir, United cuba melakukan serangan untuk menyamakan kedudukan. Namun mereka mengalami kesulitan untuk menembus pertahanan Arsenal. Keputusan akhir berkesudahan 1-0 yang mempamirkan kemenangan ke atas skuad The Gunners apabila pengadil membunyikan wisel tanda perlawanan tamat..


(Sumber: http://www.goal.com)