Arsene Wenger masih harapkan pemain muda

Monday, May 2, 2011
Kebiasaan untuk memaksimumkan pemain muda berbakat di Arsenal akan terus dipertahankan oleh pengurus berasal dari Perancis itu untuk musim hadapan.


Oleh M Yanuar F

Setelah enam musim suram dalam gelaran juara, Arsenal dijangkakan akan mengakhiri  kebiasaan mereka untuk memaksimumkan kemampuan pemain muda yang mereka miliki. Namun Arsene Wenger menolak kemungkinan itu.


Pengurus Arsenal itu merasakan bahawa bakat pemain muda masih diharapkan oleh pasukannya. Namun dia juga tidak mengelak sebarang kemungkinan untuk membawa pemain baru yang berpengalaman.

"Kami ingin menambah pemain bersesuaian dengan keperluan, tetapi saya sangat berhati-hati dengan apa yang saya katakan kerana ia mungkin boleh terbalik sehingga 180 darjah," tambahnya.

"Sangatlah penting untuk kelab terus mempercayai apa yang kami lakukan, anda sendiri melihat bahawa pemain mampu berkembang ketika mereka mendapat peluang."

Wenger memberi Wojciech Szczesny sebagai contoh, penjaga gol Arsenal yang menurutnya lebih meningkat dua bulan lalu.

"Begitulah hukum di dalam bolasepak. Anda hanya mampu menngembangkan peningkatan tertentu jika anda bermain. Ramai pemain menginginkan keduanya. Mereka ingin menang di setiap perlawanan dan mereka juga ingin menghasilkan pemain muda berkualiti," ulas Wenger.


(Sumber: http://www.goal.com/)