Bacary Sagna takut kehilangan Cesc Fabregas

Monday, May 2, 2011
Bacary Sagna memahami situasi yang sedang melanda Cesc Fabregas di Arsenal.

Oleh Anugerah Pamuji

Pengaruh kapten Cesc Fabregas di dalam tonggak utama Arsenal nampaknya sudah begitu kuat bersatu.

Ini terbukti daripada pemain pertahanan kanan Bacary Sagna yang merasa sangat kuathir seandainya ketua pasukan itu akan benar-benar meninggalkan mereka di musim panas akan datang.


Namun Sagna juga mempunyai pandangannya sendiri apabila Fabregas harus mengambil langkah demikian. Menurutnya, gelaran juara adalah perkara yang membuatkan pemain antarabangsa Spanyol itu semakin menghampiri pintu keluar.

"Saya memahami jika Cesc meninggalkan kami," kata Sagna, seraya termenung seperti takut ditinggalkan oleh pemimpin skuad the Gunners itu, seperti yang dipetik oleh News of the World.

"Dia telah berada di Arsenal dalam jangka masa yang lama dan dia ingin sekali memenangi kejuaraan" ulas Sagna.

Sagna mengakui, sudah tiba masanya Fabegas merasakan gelaran yang sudah lama diidamkannya tidak mampu dia kecapi di Arsenal.

"Sebagai seorang yang profesional, kami menginginkan kejayaan dan memenangi banyak piala dan gelaran, namun kami tidak mampu memperolehinya dalam enam tahun ini," tambah Sagna.

Ia bukan rahsia lagi dan telah menjadi pengetahuan umum andai ramai mengetahui bahawa Fabregas memang semakin hampir dengan kelab zaman kanak-kanaknya, Barcelona, yang bersedia membawa kembali bekas pemain didikan mereka itu.


(Sumber: http://www.goal.com/)