Wenger sasar pemain tinggi tingkat cabaran

Wednesday, June 1, 2011
• Kami perlu untuk tingkatkan saiz skuad, kata Wenger
• 'Kami telah melakukan 95%, tetapi kami mesti memperoleh 5% lagi' 


Oleh: Marcus Christenson


Selama bertahun-tahun Arsène Wenger telah mengatakan bahawa 'saiz bukanlah masalah', tetapi selepas enam musim tanpa sebarang trofi mungkin telah mengubah fikirannya apabila pada hari Rabu lepas mengakui antara keutamaannya pada musim panas ini adalah untuk menandatangani pemain-pemain bersaiz tinggi.

Arsenal telah dobolosi 43 gol pada Liga Perdana musim lepas, dengan beberapa kelemahan tertentu tetapi Wenger kini percaya dia mempunyai penyelesaian bagi masalah pertahanan skuadnya ketika cuba untuk memintas Manchester United, Chelsea dan Manchester City. "Kami mengakui bahawa terdapat beberapa gol bolos dari ruang yang terbuka, kebanyakannya datang dari hantaran-hantaran lintang yang kita tidak mahukannya berlaku," katanya.



"Ia sesuatu yang mudah untuk diselesaikan. Kami perlu untuk meningkatkan saiz skuad kami. Kami perlu pemain yang bertubuh besar untuk meningkatkan kepelbagaian saiz dalam skuad kami. Kami perlu untuk mempunyai kebolehan dalam menentang lawan yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu lebih daripada apa yang kami lakukan pada musim lepas."

Arsenal telah menamatkan liga musim lepas dengan 12 mata di belakang United selepas kejatuhan di penghujung liga yang kini terus menghantui mereka dan Wenger amat memahami betapa rasa cinta para peminat Arsenal telah dikecewakan, dan dia mengatakan bahawa pasukannya hanya 5% lagi untuk memperoleh kejuaraan..

"Kritikan kepada Arsenal kini lebih tajam akibat daripada desakkan peminat," katanya. "Peminat amat berguna kepada kami kerana mereka telah meletakkan kami terus berada di dalam Liga Juara-juara maka kami perlu memberikan mereka lebih daripada itu, tetapi kami tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan itu semua. Ramai peminat menyukai apa telah kami lakukan tetapi mereka mahu kami dianugerahkan sesuatu agar mereka yakin yang kami sedang melakukan sesuatu yang tepat. Mereka mahukan bukti bahawa kami melakukan perkara-perkara yang tepat. Bagi peminat-peminat kami, mereka kecewa kerana kami terlalu hampir untuk memperoleh sesuatu untuk membuktikan kepada orang lain bagaimana bolasepak mampu menjadikan sesuatu yang mengkagumkan, namun kahirnya ia gagal untuk dilaksanakan.

Lelaki Perancis itu yang telah dikaitkan dengan penghijrahan pemain pertahanan Lens, Raphaël Varane, menambah: "Saya akan menggelarkan kekecewaan ini sebagai 'kekecewaan cinta'. Ia kejam dan kadang-kadang anda mendapat jawapan berlebihan bagi semua itu. Saya turut berkongsi dan memahaminya. Tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengubah falsafah kita atau bagaimana cara kelab melakukannya.

"Kami telah melakukan 95% dengan cara yang betul, tetapi kami mesti memperoleh 5% lagi kerana ia sangat mengecewakan jika terus gagal memperoleh kejayaan. Peminat-peminat sudah tentu sedih kerana kami tidak memenangi liga, tetapi kami begitu hampir dengannya. Pada 2003 kami juga merupakan sebuah pasukan terbaik, tetapi tidak menang. Kami meneruskannya dan pada 2004 kami menjadi lebih kuat." 


(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)

2 Komen:

  1. hah baru pakcik wenger sedar... bola cross memang player arsenal lemah... semua katik2.... eish3..

    setuju sangat wenger kalo beli player defend yang tinggi , lasak dan tau pasal permainan EPL...


    http://azxej.blogspot.com/

  1. tol gak tu...klu dpt hold bola cam barca xpe gak...hihihi