Tewaskan United, Wenger masih impi gelaran Juara

Monday, May 2, 2011
Arsene Wenger masih menginginkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris, tapi tidak bersikap tegas berkaitan penalti yang tidak diberikan kepada Arsenal.

Oleh Agung Harsya

Selesai mengalahkan Manchester United 1-0, Arsene Wenger tetap berkeinginan untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris kepada Arsenal.

Gol tunggal Aaron Ramsey ke gawang Edwin van der Sar sebenarnya lebih bermakna bagi Chelsea kerana jarak mereka dengan pendahulu liga tinggal hanya tiga mata. Arsenal berada di belakang Chelsea juga dengan tiga mata sedangkan Liga Perdana kini hanya berbaki tiga perlawanan lagi. Namun, Wenger tetap optimis.


"Mari kerahkan seluruh tenaga. Kami tidak bernasib baik musim ini, tapi mungkin kami akan memperoleh keuntungan dalam tiga baki perlawanan. Siapa tahu? Kami hanya tidak ingin mendapat penyesalan dan kami ingin mempersembahkan seluruh kemampuan dalam setiap perlawanan. Kami ingin sehampir mungkin dengan pendahulu liga dan berjaya ke Liga Juara-juara," ujar bos Arsenal.

"Jika dilihat kembali perlawanan menentang Liverpool dan Tottenham Hotspur, kami sebenarnya bermain sangat baik. Sukar untuk menjaga fokus pasukan. Saya sudah mengatakannya berulang kali dan saya sangat, sangat bangga atas kemampuan pasukan ini kerana mereka telah mengerahkan segalanya."

Berkenaan kontroversi hadiah penalti yang seharusnya diperoleh Arsenal yang terkena tangan Nemanja Vidic, Wenger menjelaskan.

"Seharusnya ia penalti. Jika itu dilakukan dengan sengaja, ia kelihatan begitu, mungkin kad merah perlu, tetapi, entahlah. Saya kira pengadil tidak melihatnya. Sukar melihatnya kerana ia begitu pantas. Mungkin apembantu pengadil punyai pendapatnya sendiri, dan anda perlu menanyakannya," katanya.

Walaupun begitu, berkaitan aduan Michael Owen yang diterjah oleh Gael Clichy di kotak penalti Arsenal semasa perlawanan memasuki babak akhir, Wenger hanya memberi reaksi ringkas, "Mungkin ia penalti kerana kakinya tersangkut. Mungkin."


(Sumber: http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. Apa-apa jer boleh berlaku dengan baki 3 perlawanan..