Sasaran Arsenal Bojan Krkic tolak dakwaan keluar Barcelona

Friday, June 3, 2011
Laporan sebelum ini telah menyatakan penyerang muda ini akan keluar dari Camp Nou, tetapi dia menolak dengan berkata bahawa dia tidak berminat untuk meninggalkan johan Liga Juara-juara ini pada musim panas nanti.

Oleh Stefan Coerts 

Bojan Krkic, Barcelona telah mentertawakan khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan keluar dari pasukan johan Liga Juara-juara pada musim panas ini.

Laporan baru-baru ini dari Sepanyol telah menyebut bahawa Barca mungkin akan memasukkan pemain antarabangsa Spanyol bawah 21 tahun dalam satu perjanjian untuk mendapatkan penyerang Villarreal Giuseppe Rossi, tetapi Bojan menolak dakwaan itu dan dia bercadang untuk terus berada di Camp Nou dan akan bersaing untuk mendapatkan tempatnya dalam pasukan.

"Saya hanya boleh ketawa mengenangkan khabar-khabar angin ini. Ini merupakan bolasepak, banyak perkara boleh berubah dengan pantas. Biar saya jelaskan semuanya: Saya tidak akan digunakan sebagai pertukaran untuk memudahkan pemindahan orang lain," kata Bojan kepada El Mundo Deportivo.

"Dan ia bukan sahaja hanya kerana saya mengatakan sedemikian, tetapi juga kerana itu juga yang kelab rasakan tentangnya. Ia merupakan matlamat saya untuk terus tinggal di Barcelona buat sekian lama dan mendapat kejayaan di sini. Saya merupakan pemain yang sangat muda dan masih banyak lagi untuk dibuktikan."

Pemain penyerang ini juga telah dikaitkan dengan satu langkah perpindahan ke Arsenal, kemudian memberi respons terhadap khabar-khabar angin menghubungkan Barcelona dengan sebuah perpindahan untuk Rossi, dan menyatakan bahawa pemain antarabangsa Itali itu mempunyai keupayaan untuk menyerlah dalam pasukan gergasi Catalan.

Katanya: "Dia seorang penyerang yang sangat lengkap dan telah pun mencatat gol yang banyak untuk Villarreal. Saya rasa bahawa dia [mempunyai] kualiti bermain untuk Barcelona."  


(Sumber: http://www.espnstar.com/) 

1 Komen:

  1. Ayie said...:

    lama tak dengar cerita bojan hodak.. hahaha