Villa mahu Fabregas, Gunners mahu Defoe, Walcott: 'Kita mesti menangi trofi'

Sunday, June 5, 2011
Oleh Bryan Waters


Vila mahukan Fabregas

The Sun melaporkan bahawa penyerang Barcelona, David Villa percaya kapten Arsenal Cesc Fabregas berpeluang untuk kembali ke Emirates.

Fabregas adalah sasaran utama Barcelona dalam perpindahan musim panas ini dan gemar membawa bekas pemain pasukan remaja Barcelona itu kembali ke Catalonia. Vila dan Fabregas kini akan berganding dalam perlawanan antarabangsa, turut bersama dengan beberapa pemain Barcelona, dan sudah tentu Fabregas akan diharapkan meninggalkan Emirates untuk ke Nou Camp.

Vila, yang telah menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara dengan kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Manchester United berharap agar kapten Arsenal berusia 24 tahun itu akan menandatangani perjanjian kepada kelab tersebut. Vila berkata: 'Saya mengharapkan kehadiran Cesc. Anda tahu apa yang mampu diberikannya kepada pasukan. Saya berharap dia akan datang ke Barcelona, bukan sahaja sebagai pemain, tetapi seseorang yang layak untuk kembali'.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger telah menegaskan untuk menolak kemungkinan penghijraan tersebut dengan menyatakan bahawa dia mahu Fabregas terus berada dalam skuad dan akan menyingkirkan sebarang tawaran. Barcelona belum membuat tawaran rasmi yang baru namun the Gunners mahukan tawaran £45 juta untuk pemain Sepanyol tersebut.


The Gunners mahukan Defoe

Penyerang Tottenham Jermain Defoe adalah sasaran pemindahan yang mengejutkan di Utara London bagi saingan mereka iaitu Arsenal, seperti yang dilaporkan The Daily Star.
Defoe, yang telah mengalami musim kecederaan di White Hart Lane, dilaporkan akan menjadi sasaran untuk £10 juta bagi Arsene Wenger, yang mana Wenger percaya yang naluri serangan Defoe apabila kembali cergas mampu memberikan pasukannya beberapa kuasa dalam menjaringkan lebih banyak gol.

Pemain antaranbangsa England itu hanya mencatat sembilan gol dalam 30 kemunculan untuk Tottenham, empat dalam Liga Perdana, dan ketidakcergasannya memperlihatkan Defoe dikeluarkan dari barisan utama Spurs dan memaksa untuk menghabiskan kebanyakan daripada musim ini di bangku simpanan. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan seorang graduan dari akademi West Ham, mungkin akan mencari cabaran baru dan tarikan bolasepak dalam Liga Juara-Juara dan ini memungkinkan pemain penyerang tersebut membuat pernghijrahan yang mengejutkan merentasi Utara London. 
Walcott: Kami mesti menangi trofi

Pemain sayap Arsenal Theo Walcott telah memberitahu thefa.com bahawa dia merasakan musim lalu adalah satu musim paling produktif yang pernah dirasainya dan dia telah melakukan perubahan besar dalam kerjayanya.

Walcott membuat 38 kemunculan dan mencatat 13 jaringan, jumlah gol tertinggi dalam kerjaya Arsenalnya, dalam satu musim yang agak merudum untuk skuad Gunners, di mana Walcott dan penyerang Robin Van Persie merupakan harapan utama untuk kelab.

Berusia 22 tahun, pemain yang menandatangani perjanjian ke Arsenal dari Southampton pada tahun 2006 ini mengakui bahawa perjuangan kelabnya mengalami kesulitan dan turut mengakui bahawa pasukannya pada keseluruhannya sangat mengecewakan. Katanya: 'Saya mempunyai musim yang paling baik yang pernah saya alami setelah sekian lama. Sebagai satu pasukan, kami tidak mampu melakukan semaksimum mungkin keupayaan kami dalam beberapa perlawanan terakhir. Kami perlu mempersalahkan diri kami dalam hal tersebut. Kami mesti memenangi kejuaraan dan trofi.'

Walcott pada waktu ini akan bersama dengan skuad England untuk kelayakkan Euro 2012 dalam tentangan bersama Switzerland.


(Sumber: http://www.adifferentleague.co.uk/)