BolaShebbie: Pengadil atau diktator?

Friday, March 11, 2011
PADA 15 Februari lalu di Stadium San Siro, ketika perlawanan Liga Juara-Juara di antara AC Milan menentang Tottenham Hotspur, pemain tengah Milan Mathieu Flamini menerjah ke arah Vedran Corluka dengan kedua-dua belah kakinya.

Akibatnya, Corluka cedera parah dan terpaksa diusung keluar padang. Tindakan pengadil adalah sekadar amaran kad kuning.


Pada 6 Mac pula, di Stadium Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United, pemain pertahanan The Reds, Jaime Carragher menerjah ke arah Nani dengan kedua dua belah kaki. Akibatnya, kaki Nani cedera teruk! Tindakan pengadil perlawanan adalah amaran kad kuning.


Dua hari selepas itu di Stadium Camp Nou, dalam perlawanan Liga Juara-Juara i antara Barcelona menentang Arsenal, penyerang Robin van Persie menyepak bola selepas pengadil meniup wisel. Tindakan pengadil adalah amaran kad kuning. Itu adalah kad kuning kedua van Persie dalam perlawanan itu yang bermakna dia terpaksa meninggalkan padang.


Pembaca kolum ini sudah tentu sedar saya kurang selesa dan senang dengan tahap pengadilan keseluruhan dan sekali lagi kita menyaksikan keputusan pengadil yang amat mengelirukan.

Dalam dua insiden pertama yang saya nyatakan tadi, kad merah harus dilayangkan kepada Mathieu Flamini serta Jaime Carragher kerana tindakan yang begitu kasar dan merbahaya.

Pemain yang dikasari cedera parah akibat tindakan itu.

Apakah agaknya dalam minda kedua-dua pengadil - Stephane Lannoy dari Perancis dan Phil Dowd dari England - pada waktu insiden itu berlaku? Bukankah seharusnya, Massimo Busacca dari Switzerland menggunakan budi bicara terhadap Robin van Persie yang ketika itu sudah miliki kad kuning? Jelas bahawa perkataan budi bicara dan pengadil sudah tidak serasi lagi dalam dunia bola sepak. Jelas pengadil sudah mula bertukar menjadi diktator di atas padang! Jelas bahawa pengadil sudah menjadi bintang bola sepak dunia. Setahu saya Undang-undang Perlawanan masih lagi sama di semua negara.

Dan Fifa melaung-laungkan kempen Fair Play ke semua pelusuk bumi ini!


(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

United tempang tanpa Nani

MANCHESTER - Manchester United bakal mengharungi perlawanan suku akhir Piala FA menentang Arsenal hari ini tanpa sayapnya, Nani, sekali gus menambah kepincangan pendahulu Liga Perdana England itu yang sudahpun kehilangan beberapa tonggak penting.

Nani mengalami kecederaan teruk di tulang kering ekoran terjahan keras pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher ketika pasukan itu kalah 3-1 di Anfield dalam saingan liga, Ahad lalu.

Kecederaan tersebut bukan saja menyebabkan pemain antarabangsa Portugal itu terlepas aksi menentang Arsenal, malah tidak dapat diturunkan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Olympique Marseille, Selasa depan.

Nani menambah masalah kecederaan skuad bimbingan Alex Ferguson itu yang sudahpun kehilangan tonggak pertahanan, Rio Ferdinand serta dua pemain tengah, Park Ji-sung dan Antonio Valencia.

Ferguson bagaimanapun enggan melihat ketiadaan Nani sebagai musibah buat pasukannya, sebaliknya menegaskan, apa yang penting United kekal bersatu dan akan berdepan Arsenal sebagai sebuah pasukan yang kuat.

"Kami pernah mengalami pengalaman seperti ini dan mampu bangkit. Ini bukan kali pertama berlaku sudah beberapa kali.

"Anda tidak mungkin melalui satu musim di mana semuanya sentiasa cerah. Apabila anda berdepan detik buruk, maka anda kena berdepan dengannya dan bangkitt,'' tegas Ferguson.

Menurut Ferguson, apa yang melegakan, pemulihan Nani berjalan pantas meskipun dia terpaksa disisihkan daripada dua perlawanan penting.

"Bengkak di kakinya sudah semakin susut, itu berita baik tetapi saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar bila dia boleh kembali beraksi.

"Mujurlah, kami akan berehat dua minggu selepas ini untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa bermula Sabtu depan, jadi dia pasti sedia beraksi sebaik liga disambung,'' ujar Ferguson lagi.

Arsenal akan turun ibarat 'singa lapar' hari ini selepas disingkirkan oleh Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu, malah masih kecewa dengan kekalahan kepada Birmingham pada final Piala Liga, dua minggu lalu. - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

PREVIEW: ARSENAL vs MANCHESTER UNITED


BARISAN BERKEMUNGKINAN

Arsenal: Almunia; Sagna, Djourou, Koscielny, Gibbs; Denilson, Wilshere, Nasri; Bendtner, Van Persie, Arshavin.

Manchester United: Van der Sar; Rafael, Smalling, Vidic, Evra; Fletcher, Carrick, Gibson, Giggs; Berbatov, Rooney.



TAHUKAH ANDA?
  • Manchester United telah memenangi lapan perlawanan-perlawanan terakhir di tempat sendiri.
  • Pasukan Sir Alex Ferguson tidak pernah kalah dalam enam perlawanan terakhir mereka menentang Arsenal di Old Trafford dalam semua kejohanan.
  • Manchester United telah menjulang Piala FA sebanyak 11 kali.
  • Arsenal telah memenangi Piala FA 10 kali dalam sejarah mereka.
  • Arsenal hanya memenangi satu daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan. Kemenangan terakhir mereka adalah melalui Piala FA menentang Leyton Orient apabila mereka menang 5-0 di Emirates.
  • Skuad the Gunners telah dibawa kepada dua kali perlawanan ulangan dalam pertandingan musim ini oleh Leeds and Leyton Orient.
  • Perlawanan ini adalah perlawanan pertama Arsenal menentang pasukan lawan dari Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan melibatkan piala musim ini.
  • Dalam 13 perlawanan Piala FA bagi kedua-dua pasukan, Manchester United telah memenanginya sebanyak enam kali manakala Arsenal sebanyak lima kali. Dua perlawanan berkesudahan seri.
  • Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger telah bertemu dalam Piala FA sebanyak 5 kali. United telah memenangi tiga daripadanya dan skuad the Gunners hanya memenangi satu. Terdapat dua keputusan seri yang salah satunya berlaku pada perlawanan akhir 2005 yang kemudiannya Arsenal memenangi trofi melalui keputusan penalti.
  • Secara keseluruhannya antara kedua-dua pasukan ini, Manchester United telah memenangi 87 kali pertemuan, sementara Arsenal telah memenangi pada 77. Keputusan seri antara keduanya adalah sebanyak 46 kali.

PERTEMUAN TERAKHIR

December 13, 2010: Manchester United 1-0 Arsenal

Park Ji-Sung menjaringkan satu-satunya gol perlawanan kepada Manchester United untuk meneruskan penguasaan mereka di tangga teratas Liga Perdana. Ia adalah pertembungan yang sukar tetapi Park bijak menggunakan tandukkannya untuk memastikan tuan rumah mendapat kejayaan dengan keputusan 1-0.



(Sumber: http://www.goal.com/)

FERGUSON: ARSENAL ANCAMAN TERBESAR UNITED MUSIM INI

Thursday, March 10, 2011
Oleh Rob Harris


LONDON — Pengurus Manchester United Alex Ferguson percaya Arsenal adalah ancaman terbesar pasukannya musim ini.

Walaupun Arsenal telah disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh Barcelona tanpa memberikan satu tentangan pun dalam perlawanan Selasa lepas, skuad the Gunners hanya tiga mata ketinggalan di belakang United dalam perlumbaan mengejar kejuaraan Liga Perdana dan mempunyai satu permainan dalam tangan.

United dan Arsenal turut bertemu dalam FA Cup suku akhir pada hari Sabtu nanti, dengan kedua-dua mencuba untuk segera bangkit dari keputusan teruk baru-baru ini. United mengalami kekalahan berturut-turut dalam persaingan liga kepada Chelsea dan Liverpool untuk menyekat kemaraan dalam Arsenal mencapai cita-cita, sementara skuad the Gunners juga kalah dalam peringkar akhir Piala Liga kepada Birmingham.

"Arsene Wenger dan pemain-pemainnya telah merombak kembali pasukan untuk datang menyerang dan memastikan mereka terus berada di tempat ke-2," kata Ferguson. "Musim lepas mereka merosot sekitar bulan Februari hingga Mac menyebabkan Chelsea dan pasukan kami ditinggalkan dalam satu persaingan yang melihat kami ditinggalkan dengan satu mata.

"Saya rasakan ramai spekulator melihat perkara yang sama akan berlaku pada musim ini, ditambah dengan cabaran dari Spurs and Manchester City membuat ia lebih sukar lagi untuk Arsenal kembali ke tangga teratas liga."

Tetapi itu tidak diketahui.

"Secara jelas mereka menjadi ancaman bahaya bagi kami mencapai cita-cita dalam persaingan sejak beberapa tahun lepas, dan saya pasti mereka menganggap kami sebagai ancaman utama bagi harapan mereka," Ferguson berkata.

Bagi pemain tengah Arsenal Jack Wilshere, keutamaan kini adalah liga.

"Mungkin sekarang kami telah tersingkir dari kejohanan Eropah, kami boleh jadi lebih kuat dalam liga, memberikannya tumpuan yang lebih banyak, memberi lebih perhatian untuk memenangi gelaran," kata Wilshere. "Kini kami perlu untuk menjadi kuat dalam liga, memberi lebih perhatian dan memastikan kami mendapat sebuah trofi pada hujung tahun ini."

Arsenal mungkin bukan satu-satunya pasukan yang akan merombak barisannya untuk Sabtu.

Wenger berkata bahawa ketua pasukan Cesc Fabregas akan menjadi pemerhati untuk "mungkin dua permainan berikutnya" dan penjaga gol Wojciech Szczesny akan direhatkan "untuk seketika" kerana kecederaan jari. Wenger menambah bahawa kelab mungkin terpaksa mencari penjaga gol tambahan melalui pinjaman.

Wilshere menjangka pemain-pemain utama United akan direhatkan kerana pasukan itu masih terlibat dalam persaingan Liga Juara-juaranya dalam 16 pasukan akhir pada Selasa menentang Marseille.



"Kami tahu Manchester United adalah sebuah pasukan yang hebat, tetapi mereka mempunyai satu perlawanan untuk kejohanan Eropah minggu depan, jadi mereka mungkin akan menurunkan barisan yang lemah, oleh itu kami boleh pergi ke sana dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan itu," kata Wilshere.

Disebalik kemarau gelaran Arsenal selama enam tahun ini, Manchester City pula belum memenangi apa-apa trofi sejak kemenangan Piala Liga 1976.

City, yang berada di tempat ketiga dalam liga, akan dikunjungi Reading untuk pertemuan ke-2 pada hari Ahad, yang telah menewaskan pasukan dari Liga Perdana, Everton dan West Bromwich Albion dalam FA Cup pada musim ini.

Perlawanan-perlawanan piala untuk West Ham dan Birmingham turut akan berlangsung sementara mereka dalam usaha untuk selamat dari penyingkiran dari Liga Perdana.

Birmingham, yang memenangi piala pertamanya dalam 48 tahun pada peringkat akhir Piala Liga bulan lepas, harus menewaskan Bolton pada hari Sabtu untuk mencapai peringkat separuh akhir FA Cup.

West Ham pula akan menghadapi Stoke pada hari yang berikutnya.



(Sumber: http://news.bbc.co.uk/)

Malaysia tak gentar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR

HALANGAN pusingan pertama berjaya dilepasi skuad bola sepak Olimpik kebangsaan setelah mereka mengikat Pakistan 0-0 pada aksi kedua di Stadium Punjab, Lahore malam kelmarin.

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 berbekalkan kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Shah Alam 23 Februari lalu.

Kini semua mata tertumpu kepada majlis undian pusingan kedua yang akan berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 30 Mac ini.

Untuk aksi pusingan kedua secara timbal balik pada 19 dan 23 Jun depan, Malaysia bersama 10 lagi pemenang pusingan pertama bakal diundi bertemu 13 pasukan yang mendapat bye pada pusingan pertama.

Kemungkinan lawan Malaysia pada pusingan kedua itu ialah Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, beliau tidak gentar siapa yang bakal ditentang pada pusi- ngan kedua nanti sambil menyuarakan keyakinan Malaysia mampu mencipta kejutan.

“Tiada mana-mana pasukan saya harapkan untuk diundi bertemu nanti. Ini kerana, jika telah mendapat bye, sudah tentu mereka semua pasukan yang bagus.

“Tetapi kita tidak akan menye- rah kalah sebelum turun beraksi dan akan memberi saingan. Dengan persiapan rapi, tak mustahil untuk kita mencipta kejutan,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Lahore semalam.

Andai berjaya melepasi pusingan kedua, Malaysia berpeluang menjadi 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk bersaing dalam enam perlawanan sepanjang 21 September 2011 hingga 14 Mac 2012.

Hanya juara setiap kumpulan akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertarung merebut satu slot pertemuan playoff dengan pasukan di tangga keempat saingan kelayakan zon Afrika.

Diminta mengulas aksi para pemainnya di Lahore kelmarin, Kim Swee berkata, sasaran untuk tidak melepaskan sebarang gol berjaya dicapai biarpun mereka gagal meraih kemenangan.

“Seperti dijangka, Pakistan mengasak dari awal tetapi pemain kita telah menjalankan tugas dengan baik. Cuma keadaan padang yang teruk tidak membenarkan kita bermain mengikut rentak sebenar.

“Pada babak kedua, kita mula menguasai permainan dengan mendapat tiga percubaan terbaik tetapi gagal disempurnakan dengan baik,” ujarnya.


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

ARSENAL CARI HARAPAN PIALA MENENTANG UNITED


LONDON - ARSENAL akan cuba membuang segala kekecewaan selepas terkeluar dari saingan Liga Juara-juara pada hari Sabtu apabila mereka akan melawat Old Trafford untuk satu pertemuan suku akhir Piala FA dengan Manchester United.

Selepas menyatakan persediaan pasukannya pada bulan lepas untuk mencabar empat kejuaraan yang julung-julung kali berlaku, Arsene Wenger akan hanya tinggal satu kejuaraan iaitu Liga Perdana sekiranya mereka ditewaskan pada hari Sabtu.

Kekalahan yang mengejutkan dalam peringkat akhir Piala Liga ke atas Birmingham telah diikuti dengan kekalahan pada hari Selasa menentang masterclass Nou Camp di tangan Barcelona, di mana Gunners kalah 3-1 pada malam itu, 4-3 atas agregat.

Perasaan kecewa dan penuh dendam terhadap kekalahan itu tidak dapat menyembunyikan realiti yang Arsenal telah ditewaskan dengan mudah di dalam kedua-dua perlawanan, dan Wenger kini perlu menaikan semangat pasukannya segera untuk sebuah lagi tugasan di tempat lawan. Arsenal tidak menewaskan Manchester United dalam tiga tahun ini dan dalam pertemuan di Old Trafford pun mereka mempunyai rekod yang lebih buruk, sepanjang lima tahun sejak 2006.

Satu lagi kekalahan pada hari Sabtu, menentang pasukan Manchester United yang telah berhadapan dengan kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool, dan keraguan akan keupayaan Arsenal dalam menghadapi permainan yang penuh dengan tekanan akan berlaku lagi.

Wenger telah berjanji untuk menyenaraikan barisan terkuat dalam pasukannya, dia percaya Arsenal amat memerlukan satu semangat rangsangan untuk mencapai kemenangan untuk memastikan pada baki musim ini mereka terus berada di landasan yang betul. 'Pada masa itu nanti kami memerlukan kemenangan yang besar, ia akan membantu kami kerana kita telah tewas dengan teruk baru-baru ini. Kami mengejar satu kemenangan seperti itu,' Wenger berkata pada minggu ini. -- AFP


(Sumber: http://www.straitstimes.com/)

FERGUSON AKUI UNITED 'LEMAH'



ENGLAND - Alex Ferguson mengakui pasukannya memang 'lemah' ketika kalah 1-3 kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana hujung minggu lalu dan pengurus Manchester United itu enggan memberikan alasan lain.

Untuk itu katanya, matlamat utama United kini adalah untuk menjarakkan kedudukan daripada Arsenal, yang ketika ini di tangga kedua liga.

"Tiada sebarang alasan yang dapat saya berikan kerana kalah Ahad lalu, Liverpool sememangnya layak menang.

"Memang saya rasa kecewa kerana kami tidak beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut namun saya tetap berharap prestasi pasukan ini dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik,'' kata Ferguson.

Arsenal hanya tiga mata di belakang United, ketika skuad Ferguson perlu fokus untuk perlawanan Piala FA menentang Gunners esok.

"Musim ini tidak banyak beza berbanding musim lalu kerana ada pasukan yang berupaya meningkatkan prestasi mereka ke tahap terbaik seperti Manchester City dan Spurs, yang mampu memberikan kesukaran kepada Arsenal.

''Saya juga yakin Arsene Wenger dan para pemainnya akan mengatur perancangan untuk menghambat kedudukan kami sebagai pendahulu liga.

''Ini juga adalah salah satu cabaran yang terpaksa kami harungi untuk mendapatkan kejuaraan Liga Perdana,'' kata Ferguson. - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

FABREGAS LUPAKAN AKSI OLD TRAFFORD

LONDON - Cesc Fabregas terlepas aksi Piala FA menentang Manchester United esok. Ketua pasukan Gunners itu mengalami satu lagi kecederaan pelipat lutut ketika pasukan itu kalah kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

Fabregas berkata: "Kira-kira 15 minit selepas permainan bersambung, saya rasa sakit di bahagian belakang dan ketika itu saya sedar harapan untuk terus bermain sudah berakhir,''.

Pemain tengah Sepanyol berusia 23 tahun itu akan menjalani ujian imbasan untuk mengetahui tahap kecederaannya itu.

Dia juga tidak beraksi pada perlawanan akhir Piala Liga dan seri dengan Sunderland di tempat sendiri selepas mengalami masalah kecederaan paha yang dialaminya ketika menentang Stoke.

Lebih memburukkan keadaaan buat bos Arsenal, Arsene Wenger ialah Thomas Vermaelen juga mungkin tidak dapat beraksi pada baki perlawanan musim ini.

Pemain pertahanan tengah dari Belgium itu menjalani pembedahan pergelangan kaki pada Januari lalu dan dijangka boleh beraksi pada bulan ini.

Namun kata Vermaelen: "Saya tidak tahu bila dapat beraksi. Apa yang pasti ia bukan bulan ini. Saya belum dapat menjalani latihan. Ia tempoh panjang yang sukar buat saya." - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

SPURS ENGGAN JUMPA BARCA

LONDON - Harry Redknapp memuji semangat juang pemain Tottenham ketika memastikan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara, semalam.

Namun bos Spurs itu merayu badan bola sepak Eropah UEFA: 'Jangan beri kami berdepan Barcelona!'

Permainan menarik pasukannya berjaya mempertahankan kelebihan satu gol daripada perlawanan pertama untuk menyingkirkan gergasi bola sepak Itali, Milan di White Hart Lane.

Sekurang-kurangnya mereka berjaya mara dengan agregat 1-0, lebih baik berbanding musuh setempat di utara London, Arsenal yang tersingkir kepada Barcelona di Sepanyol kelmarin.

Redknapp berkata: "Barcelona adalah pasukan yang sememangnya mahu anda elakkan. Mereka membuatkan pasukan seperti Arsenal, hampir tidak melawan.

"Saya rasa persembahan Barcelona tempoh hari adalah yang terbaik yang pernah saya saksikan. Mereka cukup menakjubkan.

"Bagi semua orang, untuk mengalahkan Barcelona adalah satu tugas yang amat sukar. Namun kami mahu mara sejauh yang boleh,''.

Bos Spurs itu akan tahu siapa akan menjadi lawan mereka pada suku akhir dalam undian Jumaat depan.

Mengenai perlawanan semalam, beliau menambah: "Malam ini adalah malam gemilang buat pemain, penyokong dan semua orang. Kami sangat gembira.

"Semua ini dicapai hasil kerja kuat. Anda sendiri lihat Milan adalah kelab yang hebat, memiliki tradisi yang hebat.

"Memang sukar apabila hanya memiliki kelebihan satu gol. Anda akan cuba mempertahankan kelebihan tersebut.

"Jika dua tahun lalu ada yang berkata bahawa selepas saya melatih semula pasukan ini yang menduduki tempat tercorot ketika itu saya mampu membawa pasukan ini ke suku akhir Liga Juara-Juara, anda harus katakan ia gila.

"Kini apa yang kami capai merupakan bonus. Amat menakjubkan kerana pemain berjaya melakukannya,''. - Agensi


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)

MALAYSIA LEPASI HALANGAN PERTAMA



LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.

Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0.

Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.

Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Swee tidak boleh terus dibuai mimpi dengan kejayaan tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu mengekalkan rentak kecemerlangan itu bagi menghadapi ujian yang dijangkakan lebih getir pada saingan pusingan kedua kelak.

Pada aksi pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan, skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam.

Sebanyak 13 pasukan terbabit mendapat undian bye pada pusingan pertama.

Apa-apa pun, tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama.


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)